Breaking News

Khamis, 13 Oktober 2011

Home » » Cerita Lelaki Yang Bodoh!

Cerita Lelaki Yang Bodoh!

Ada sebuah kisah dimana jalan ceritanya tak pernah indah macam cerita yang sedia ada, seorang lelaki yang lahir ke dunia walaupun nampak lengkap dari mata kasar yang boleh dikatakan sempurna bagi kelahiran manusia di dunia ini, tapi itu tidaklah menggambarkan dia sempurna..

Di awal cerita penuh dengan masalah dan kacau bilau, sebenarnya di tengah-tengah dan di akhir cerita pun sama..

Perjalanan bersama-sama detik-detik masa dalam mencari diri sendiri dan tujuan hidup, dugaan tak payah la nak sebut sangat, masalah dan kacau bilau yang sering di timbulkan mamat ni ialah umpama bayang-bayang yang sentiasa mengekori dari belakang, cuba la bayangkan macam mana nak lari dari bayang-bayang sendiri.

Apa yang dirasakannya betul? apa yang cuba dilakukannya? tak pernah betul, yang jadi hanyalah masalah, seperti manusia lain mamat ni hanyalah ingin yang terbaik, kepercayaan dari orang-orang yang di sayanginya.

Bertambah kacau bilau apabila mamat ni cuba mencari cinta, apalah guna jika ingin menimba perigi yang dalam sedang baldinya bocor T_T mencurah air semula ke dasar.

Kekacauan demi kekacauan yang ditimbulkannya, hanya ingin membuktikan yang dia juga berguna, walaupun jelas pada dasarnya mamat ni tak berguna, tidak pernah putus asa untuk mencari kelebihan diri, sungguh bodoh bukan..

Sudahlah tahu laut ombaknya deras, janganlah diredah dengan rakit yang kecil... mungkin terlalu besar impiannya menginginkan seseorang yang mampu memahaminya, memberi bahu sedia untuk disandar ketika diri mula longhlai, menghulur tangan ketika diri mula rebah.

2 ulasan:

Designed By