Breaking News

Tuesday, December 6, 2011

Home » , , » Ini Pesan Mak!

Ini Pesan Mak!


hai semua, saya dengar cerita blogger perempuan cepat feymes sebab mereka suka cerita mengena diri mereka (means personal story to other people) saya dengar dari blogger feymes tu ben ashaari (bukan nama sebenar) so if saya nak cerita pasal diri saya boleh feymes tak :D

saya rasa sesiapa je boleh maju jika ada usaha, tak kira la, dengan apa usaha pun, macam ex-kawan saya, (sekarang dia dah feymes) dihentam dipijak ditendang ditempeleng dingorat (haha itu tipu XD) kadang-kadang hati saya terguris luka juga dengan tohmahan dan mulut keji anon dan blogger gangster yang menyerang!

saya dah lama sedar mungkin sejak dari lahir lagi, mak saya pesan biar apa orang buat pada kita, jangan sesekali kita dendam atau lawan balik, nampak lemah tak bererti lemah! orang yang cuba menunjuk kekuatannya adalah orang yang lemah! so sejak dari itu saya ambil kata-kata itu dan pahat dalam hati, dan akhirnya saya sering jadi mangsa buli, saya membesar dikalangan melayu, dan mereka (kawan melayu saya) anti pada cina india, sebab kg kami dahulu jauh dari pekan, so memang tak ada cina india, ada tu ada tapi tak ramai,

dari kecik saya melihat budaya buli dan racist, saya hanya fikir, lihat dan pendam, saya anak yang baik pada ketika itu, ensem dan cute jugak, saya selalu ingat pesan mak saya, sebab pernah terjadi seorang jiran menyerang mak saya kerana anaknya menuduh saya mencuri gulinya, (sebenarnya saya menang ok) dan mak hanya diam dan cuba calmdown kan jiran saya yang mukanya sangat hodoh sama seperti perangainya, kerana dia terlalu percaya cakap anaknya, kerana tidak mahu mak dan keluarga saya berperang saya hanya diamkan diri, saya tak mahu mak saya menjadi mangsa dan saya sangatlah takut..

tapi apabila saya melangkah ke alam dewasa dan remaja saya sudah berjalan dan hidup sendiri, segala apa yang saya buat adalah atas tanggungjawab saya maka, tiada lagi kena mengena dengan mak saya, ! saya silap, saya sedar, saya menjadi hilang pertimbangan kadang-kadang saya menjadi kurang respect pada orang, saya tidak memandang usia mereka untuk dihormati tetapi cara dan pemikiran mereka adakah mereka layak untuk dihormati. dan itu menjadikan saya kurang ajar! tapi saya peduli apa jika usia tua perangai seperti bangsat!

akhirnya ramai yang sakit hati dengan saya, akibat mulut saya jika berkata, sebab saya akan perhatikan anda dan cari dimana pointnya! saya boleh baca mata anda (macam prof X haha :D), so saya rela dipandang lemah, tapi mental saya tidak lemah!!

dan inilah punca saya tidak mahu ada ramai kawan, cukup yang kenal saya dan yang sedia ada, jika saya diam, itu bermakna saya menghormati, dan jika saya diam dan tak tegur-tegur langsung, itu bermakna saya memang menyampah dengan anda, jika saya diam dan buat-buat cool itu bermakna saya bosan dengan anda!

so inilah sedekit sebanyak tentang saya, dan harap-harap saya boleh feymes lepas ni XD

garapan cerita dari flashback memorycard kepala hotak saya dan diolah semula tanpa menggunakan sebarang software...

No comments:

Post a Comment

Designed By