Breaking News

Sunday, January 6, 2013

Home » , , » Apa yang Di perlukan HATI.

Apa yang Di perlukan HATI.




Pada suatu ketika dahulu, aku bertanya pada diri ku sendiri, apakah yg aku inginkan? lalu hati ku menjawap, "tiada lain melainkan kasih sayang dan cinta yg tulus dari seorang wanita" lalu aku bertekad mencari cinta, mencari kasih dan sayang dari seorang wanita, apabila aku hampir dengannya, aku bertanya lagi dengan diri ku, adakah engkau yakin ini yang engkau cari dan perlukan, lalu hati ku berkata, "ya, kau sudah hampir dengannya" aku menjawap, kenapakah aku masih merasa kosong di dalam jiwa ku seandainya itu yang benar-benar di perlukan, lalu aku biarkan, aku tidak mahu hati ku memberi jawapannya, apabila aku mendapatkan seperti apa yang di inginkan oleh hati ku yaitu cinta dan kasih sayang dari seorang wanita, aku masih merasa sama, kosong, aku tidak merasa ketenangan malah kebahagiaannya tidak seperti yang aku bayangkan, kerana itu aku tidak bisa menghargai kasih dan sayang itu, akhirnya aku kehilangan kasih sayang dan cinta yang  hati ku dahagakan selama ini, tapi aku masih merasa sama walau selepas aku kehilangannya, perasaan yang sama ketika aku mencari sesuatu dahulu, lalu aku bertanya lagi, wahai hati adakah benar segala kemahuan mu selama ini, apakah yang aku perlukan dan mahukan agar aku dapat merasa ketenangan. aku mencari jawapannya hampir bertahun-tahun, hingga aku menyadari apa yang aku perlukan memang kasih sayang dan cinta tapi bukan yang utama dari seorang wanita tapi ALLAH SWT, memang aku perlukan kasih dan sayang dari seorang wanita tetapi dengan keredhaan allah, itulah yg perlu, selama ini aku mencari jawapan tetapi jarang sekali aku meminta darinya, jarang sekali aku mensyukuri nikmatnya, aku bermohon padanya tapi tidak dengan seikhlas hati, bagaimana allah perkenankan doa kita seandainya ia tidak datang dari hati yang ikhlas, dan bagaimana pula kita boleh memahami jiwa kita seandainya tidak kita selamai hati nurani kita sendiri, jadi aku berharap agar janganlah kita berhenti memohon keredhaan dan hidayah dari allah.

kerna sesungguhnya allah maha mengampuni lagi maha penyayang dialah sebaik-baik pelindung mohonlah kepadanya perlindungan sekiranya anda takut kerana di zalimi.

sama-samalah kita berdoa agar seluruh saudara kita di berikan rahmat dan hidayah dan berdoalah agar allah sentiasa menyayangi kita seperti mana dia menyayangi para rasul dan sahabat-sahabatnya. takbir. allahu'akbar.

2 comments:

  1. L sentiasa harapkan hidayah daripada Allah.. semoga kita semua kekal didalam rahmatnya.

    ReplyDelete
  2. terima kasih L, in sya allah. :)

    ReplyDelete

Designed By