Breaking News

Tuesday, January 8, 2013

Home » , , » Empat CARA TIDUR - imam syafie

Empat CARA TIDUR - imam syafie



Setiap hari aku mesti menggarukan kepala "apa yang nak di update ni, hehe. anda juga begitu kan kan. hahah. baiklah kali ini aku nak bercerita tentang cara kita tidur, kalau sebut pasal tidur ni ada macam-macam ragam dan gaya kan, ada juga yg tidur sambil berjalan la, tidur sambil bercakap la, haa itu mengigau namanya haha.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk bermungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."

berikut adalah cara-cara tidur yang di catat oleh imam Syafie kita.:

Empat CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan
Bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
Malam.



3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
Dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

[imam as-syafie]

jadi bagaimana cara anda tidur, dan ada juga yg suka tidur siang, dan kalau ikut sunnah nabi kita tidur siang elok sebenarnya tapi di antara selepas zuhur dan bangunlah sebelum asar. itu adalah waktu yg terbaik untuk merehatkan minda kita.


selamat beramal moga kita sentiasa di rahmati allah swt.

1 comment:

Designed By