Breaking News

Isnin, 7 Januari 2013

Home » , , » Kenapa hantaran kahwin mahal-mahal sangat.

Kenapa hantaran kahwin mahal-mahal sangat.


orang yang nak masuk meminang tu adalah lelaki yang nak tanggung dosa-dosa kita, jika kita tak solat, jika kita keluar rumah tak menutup aurat, lelaki yang nak membimbing kita, lelaki yang bakal menjadi imam dan ayah kepada anak-anak kita jadi kenapa harus di letakkan hantaran kahwin yang mahal-mahal.



telah di riwayatkan juga di dalam hadis yang berbunyi:
Wanita-wanita yang paling diberkati dikalangan umatku adalah yang paling rendah mas kahwinnya” (Riwayat Ahmad)



tapi apa yang berlaku pada masyarakat melayu hari ini ialah berbeza dengan sunnah nabi kita terdahulu, ibu-bapa sekarang seperti menjual anak, lebih memandang "apa pekerjaan lelaki itu dan apa kereta yang di pandu si lelaki itu" bukan akhlaknya.

terus terang ini adalah punca terlalu banyak gejala seks bebas kerana remaja selalu berfikir jika hendak berkahwin sekurang-kurangnya perlu ada "10k" dengan hasutan para syaitan lebih-lebih lagi jika iman terlalu lemah, memang malaysia ini negara yang kaya, tapi bukan semua rakyatnya yang kaya dan berkemampuan.

dan satu lagi masalah jika si anak hendak berkahwin si ibu bapa akan melarang kerana alasan usia masih muda (pada hal sudah mencecah 20-an) atau dengan alasan masih belajar, sedarkah anda purata remaja yang menyumbangkan bayi-bayi di tong-tong sampah dan semak samun antaranya adalah pelajar-pelajar dari universiti, bukalah minda wahai masyarakat melayu yang baik itu kenapa harus di lewatkan. wallahu'alam.

sumber rujukan. UAI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Designed By