Breaking News

Tuesday, February 18, 2014

Home » , , , » Percaturan dalam Hidup.

Percaturan dalam Hidup.



Perancangan aku ialah ingin mengatur langkah atau strategi sebagai umat manusia, iaitu masuk ke alam perkahwinan, aku cuba menjadikannya sebagai satu percaturan dalam hidup aku, kenapa? sebab aku ingin mengahwini wanita yg tidak aku cintai?

Adakah semua ni salah? tapi aku cuba meyakini bahawa aku akan belajar mencintainya selepas bergelar suaminya yg sah, aku percaya juga selain memberi nafkah zahir dan batin mencintai juga adalah satu tanggungjawap seorang suami?

Jadi adakah ini di anggap salah kerana aku mengahwininya tanpa ada sikit pun rasa cinta? satu percaturan?
aku mempertaruhkan soal hidup aku dan gadis tersebut?
kawan-kawan berilah kritikan yg hebat, soal ini aku perlukan bimbingan,
apa yg aku percaya tanggungjawap juga mampu mematangkan sesorang...

Kalau kita kaji balik dalam buku sejarah yg terdapat dimusium negeri melaka yg tercatat pada mukasurat 97 halaman 3 kurungan empat ada menyebut pada zaman pemerintahan sultan melaka dan 5 beradik hang dahulukala, perkahwinan pada ketika itu juga bukanlah berteraskan saling mencintai sebelum berkahwin juga,
Tetapi mereka belajar mencintai antara satu sama lain selepas berkahwin, dan menganggap ianya adalah satu kewajipan dan tanggungjawap yg harus dipikul dengan gigih, Walaupun bukan atas dasar cinta sama cinta,

Kalau kita lihat balik sejarah pada dinasti Ming yg tercatat pada buku-buku kuno cinta yg anda boleh lihat pada muka surat 117 bab 7 pada zaman mereka juga cinta sebelum kahwin juga selalu mendapat tentangan hebat dari keluarga, apatah lagi jika berbeza bangsa dan darjat, dan akhirnya mereka juga terpaksa mengahwini pasangan pilihan keluarga.

Peredaran zaman mungkin berlaku tapi cara dan identiti manusia itu tidak berubah dengan banyak, sebagai contoh seperti apa yg terjadi pada keluarga Cullen, yaitu vampire ataupun pontianak yg mencintai manusia? dan watak sampingan serigala jadian juga mencintai wanita yg sama? konflik terjadi dimana wanita itu melayan kedua binawer tersebut dengan sama kasih dan sayang sehingga menimbulkan rasa cinta antara mereka bertiga? dalam masa yg sama si wanita tersebut hanya diberikan watak dan peranan untuk hanya mencintai salah seorang dari mereka? nampak tak? kenapa bercinta jika kesudahannya pasrah?

Dekat situ kita dah nampak kan macam mana peredaran zaman tak banyak membawa perubahan kepada siapa kita sebagai manusia.. disisiNya kita hanyalah watak yg memainkan peranan dan membawakan setiap cerita yg telah dituliskannya diLuh Mahfuz, jadi janganlah takut dengan hari esok kerana telah ditetapkanNya, jika kita berani menyahut cabarannya,apakah cabaranNya? cabaranNya ialah kita harus menunaikan segala perintahNya...

*salam karut dari jejaka hensem seantero.

No comments:

Post a Comment

Designed By