Breaking News

Khamis, 6 Februari 2014

Home » , , » Preview dan sinopsis film Kami Histeria

Preview dan sinopsis film Kami Histeria




Terima kasih kepada ujang9897 sebab ajak aku pergi tengok preview filem terbaru terbitan Red films, sebuah filem ringan komedi seram Kami histeria, filem yg hampir keselurahannya di terajui oleh pelakon wanita jelita malaya siapa lagi kalau bukan Nur fazura Diana Danielle Nad zainal Mila jirin dan menampilkan seorang bakat baru Umie omar dan turut di bantu oleh izzue islam, juga turut menampilkan pelawak otai seperti afdlin shauki, sathiya babyface dan beberapa bekas peserta rajalawak... aku perasan kebanyakan film terbitan Redfilms lebih kepada wanita hehe adakah ini satu prejudis? kehkehkeh...







jalan cerita yg menarik, ringan, sesuai la untuk famili yg nak bersantai dan berhibur sambil release tension, lawak yg bersahaja, kami histeria menampilkan satu kelainan dari segi jenaka komedi dan visual yg menarik, berlainan dari lambakan filem filem komedi seram yg kebanyakannya boring (benda sama), satu cubaan yg berani, harus di beri pujian buat pengarah muda ini..

kalau anda peminat Nad zainal anda mesti tahu dia seorang pelakon yg serba boleh, aku yakin anda akan terkejut dan terhibur dengan watak Nad zainal dalam filem kami histeria...


dari segi runut bunyi pula amat mengkagumkan, kerana runut bunyi untuk filem kami histeria ini telah di jayakan dengan penuh gemilang oleh seorang pemusic legend Loque. sampai ada la menjerit dalam hall kahkahkahkah (klu la aku boleh record smlm) :D syabas diucapkan kepada Loque...

overall aku berani cakap tak rugi tengok filem kami histeria XOXO nora suka so nora bagi 4 bintanggg....









sinopsis.
Lima orang gadis remaja: Laila, Bad, Peanut, Airin dan Jojo mempunyai band mereka sendiri yang diberi nama “Kami Histeria”. Kumpulan ini berpindah ke kediaman baru di sebuah rumah pangsa yang berhantu. Semasa membuat rakaman lagu mereka, suara Langsuir turut dirakamkan dalam rakaman tersebut.
Lagu tersebut menjadi hit dan amat diminati ramai setelah dimuat naik ke YouTube. Mereka berusaha mendapatkan khidmat bantuan dari Cik Lang (Langsuir) untuk dirakamkan suaranya. Cik Lang sanggup membantu mereka dengan syarat sekiranya lagu mereka menjadi hit Cik Lang akan menuntut sesuatu daripada mereka. Bagaimana perjanjian kumpulan Kami Histeria bersama Cik Lang? Adakah Cik Lang berniat baik untuk membantu mereka atau sekadar helah untuk mendapatkan apa yang dihajati?



gambar sekitar preview malam kelmarin hehe.


saje nak menepek dengan artis. haha

 
 ok. dah habis, lokasi event berlangsung di TGV KLCC :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Designed By