Breaking News

Rabu, 20 Ogos 2014

Home » , , » HomeStay kampung Sri Paya KulaiJaya mengekalkan adat negeri Johor

HomeStay kampung Sri Paya KulaiJaya mengekalkan adat negeri Johor

HomeStay kampung Sri Paya KulaiJaya mengekalkan adat negeri Johor

Kampung sri paya antara kampung yang masih mengekalkan adat istiadat dan tradisi orang johor, dan anda akan merasai sendiri pengalaman itu di homestay kampung sri paya yang terletak di kulaijaya, johor, antara pengalaman menarik yang kami dapat ialah aktiviti permainan tradisional seperti bermain bola kampung dengan memakai kain pelikat, timbang bulu ayam dan baling botol dengan kelapa tua.

Memetik sendiri buah-buahan juga adalah sesuatu pengalaman yang menyeronokkan kami di bawa ke dusun berhampiran homestay kampung sri paya ini dan beriadah mesra menikmati buah-buahan segar yang manis seperti buah duku langsat, pulasan, rambutan dan berbagai lagi.

Di sini kami ada mama dan papa yang sangat sporting dan penyayang (ehh!), bukan sahaja homestay semata anda akan ada keluarga angkat yang sangat ohsem. jadi jika ingin melawati dan merasi sendiri. datanglah bercuti ke homestay kampung sri paya yang terletak di kulaijaya, untuk ke legoland dan JPO juga tak jauh..

untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi Ahmad b. Mohamed di talian 019-7007008 atau 07-6523490




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Designed By