Breaking News

Tuesday, August 26, 2014

Home » , , , , » The Banjaran Hotsprings Retreat Lokasi istirehat terbaik di ipoh.

The Banjaran Hotsprings Retreat Lokasi istirehat terbaik di ipoh.



The Banjaran Hotsprings Retreat ini terletak di kawasan pergunungan dan bersebelahan Lost world of tambun Theme park dan hotel yang terletak di bandaraya ipoh perak, tempat tarikan kawasannya merangkumi Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz dan Gua Perak.

The Banjaran Hotsprings Retreat hotel bertaraf 5 bintang ini selain dari kolam air panas semulajadinya yang menjadi tarikan utama, mereka turut menyediakan perkhidmatan spa, Pelbagai terapi rawatan disediakan, termasuk aromaterapi, Ayurveda dan hidroterapi. apa yang menarik lagi, mereka turut menyediakan perkhidmatan kereta mewah limosin. manakala pengangkutan ulang alik dari lapangan terbang (di sediakan atas permintaan) dan pengangkutan dalam kawasan lingkungan 20 km di sediakan secara percuma.

Nikmati kemewahan hidupan semulajadi dengan suasana hutan segar di kawasan pergunungan dan gua, panorama indah pastinya mendamaikan hari anda, dan ini menjadikan The banjaran Hotspring menjadi tarikan utama pelancong dalam dan luar negara.

kami rasa bertuah di bawa melihat kawasan hotel dan kolam air panas semulajadi, dan persekitaran kawasan yang di kelilingi kehijauan semulajadi.

untuk sebarang pertanyaan dan tempahan anda boleh layari - http://www.thebanjaran.com/






Boss besar Banjaran Hotsprings.

No comments:

Post a Comment

Designed By