Breaking News

Wednesday, September 10, 2014

Home » , , , , , , , , , , , » Aktiviti Pengecaman Burung | Bird Watching

Aktiviti Pengecaman Burung | Bird Watching

Aktiviti Pengecaman Burung | Bird Watching bersama sahabat Media CC1M.

Kuala Kubu Bharu atau juga di kenali sebagai KKB, terletak di daerah Hulu Selangor, selangor Malaysia, yang juga merupakan ibu daerah hulu Selangor.

Kuala Kubu Baharu merupakan bandar yang kaya dengan kehijauan bukit -bukit dan juga terdapat sungai dan air terjun yang dikatakan tercantik di selangor, mungkin faktor itulah menjadikan KKB sebagai pusat tumpuan berbagai spesis burung liar yang unik dan kebanyakannya jarang ditemui, bukan sahaja burung-burung dari dalam negara malahan juga dikatakan turut menjadi persinggahan spesis burung - burung dari luar negara terutama dari negara jiran, yang singgah mengikut musim tertentu.

Atas inisiatif inilah pihak majlis daerah hulu selangor mengambil kesempatan untuk menjadikan kuala kubu baharu sebagai salah satu destinasi pelancongan terutamanya kepada mereka yang gemarkan aktiviti lasak dan mencabar, aktiviti pengecaman burung ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana ianya memerlukan ketahanan fizikal dan mental. pastinya penggemar-penggemar burung tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan pelbagai jenis burung yang datang dari serata pelusuk asia.

Wing Of KKB 2014.

Bagi Peminat-peminat burung juga berpeluang untuk menyertai Wings Of  KKB 2014 yang dianjurkan oleh pihak Majlis Daerah Hulu Selangor pada bulan April ini. Banyak aktiviti menarik seperti Birding workshop, bird race, bird photography. untuk Sebarang maklumat lanjut andalah boleh hubungi Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor.

No comments:

Post a Comment

Designed By