Breaking News

Wednesday, September 10, 2014

Home » , , , , , , , , , , , » Istana lama Sri Menanti lambang Negeri Sembilan

Istana lama Sri Menanti lambang Negeri Sembilan

Istana sri menanti merupakan antara istana yang tertua di malaysia dan masih utuh berdiri gah sehingga ke hari ini, di bina pada sekitar tahun 1902 dan menjadi kediaman rasmi kesultanan negeri sembilan pada suatu ketika dahulu, senibinanya yang unik berteraskan masyarakat minangkabau dan untuk pengetahuan anda semua istana lama sri menanti ini antara istana kayu tertinggi di malaysia.

Kami rasa amat bertuah dengan kehadiran YAM tunku Zain Al-Abidin, putera kedua YAM Tengku Muhriz, beliau turut bersama rakyat jelata dan rombongan sahabat media serta turut sudi untuk berkongsikan pengalaman beliau, antara aktiviti lain ialah bermain permainan tradisional seperti konda kondi dan lain-lain.

Istana Lama Seri Menanti (yang kini di kenali sebagai Muzium Di Raja Seri Menanti) menyimpan pelbagai khazanah lama kerajaan minangkabau sejak dari era pembangunannya lagi.

Istana ini pada asalnya telah di bina pada tahun 1902 dan siap pada 1908, Istana Lama Seri Menanti ini di reka oleh dua orang tukang melayu, di mana pelannya adalah diperincikan oleh ketua pelan pelukis, Mrwoodford dari jabatan kerja raya, Istana Lama Seri Menanti ini, di tabalkan sebagai Muzium di Raja Seri Menanti apabila Yang Di- Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yam Tuan Antah, berpindah ke istana baru yang dibina berhampiran istana lama.

No comments:

Post a Comment

Designed By