Breaking News

Jumaat, 12 September 2014

Home » , , , , , , , , » Kelab Golf Diraja Pekan

Kelab Golf Diraja Pekan


Kelab Golf Diraja Pekan pahang.

Sebelum mengakhiri program di Pahang, kami di bawa melawat ke Kelab Golf Diraja Pekan. Kelab golf ini menawarkan lapangan golf 18 lubang. Jika berada di Pekan, tidak susah untuk mencari kelab golf ini yang terletak berhampiran kawasan istana.

kami berpeluang ‘tee off’ di Kelab Golf diRaja Pahang bersama-sama dengan Haji Idros Yahya, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang, dan Encik Azizul Aziz  , pengurus Kelab Golf diRaja Pahang.

“Buat mereka yang inginkan kelainan, boleh datang ke sini untuk bermain golf. Lapangan ini juga baru-baru ini telah dinaiktaraf untuk memberikan lebih kepuasan kepada para ‘golfer’,” terang Azizul.
Bermacam-macam ciri yang ada pada lapangan ini. Fairway yang panjang, lubang buta, bunker besar dan tinggi serta green yang sukar.

Unit GolfMajlis Daerah PekanJalan Mahkota, 26600 Pekan Bandar DiRaja, Pahang Darul Makmur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Designed By