Breaking News

Khamis, 11 September 2014

Home » , , , , , , , , , » Klana Resort Seremban

Klana Resort Seremban

Klana Resort Seremban. Resort ini terletak di dalam kawasan Taman Tasik Seremban, yang dikelilingi dengan kehijauan. Alunan muzik tradisional menyapa ketibaan kami di lobi sambil kami disambut oleh pemangku Pengurus Besar Klana Resort, Encik Saiful Bahri dan YB Abu Samah Mahat.

Sambil menikmati jamuan ringan, satu sidang media telah diadakan. Klana Resort merupakan hotel terbaik di Seremban, bertemakan kehijauan pepohon dan tasik menjadikan ia seperti sebuah ‘resort in the city’,”. Manakala Pengarah Tourism Malaysia Negeri Sembilan, Zaidi Kassim sangat teruja untuk membantu menaikkan nama Negeri Sembilan di mata dunia pelancongan. “Sudah ramai pelancong yang mengenali Port Dickson tetapi tidak daerah-daerah lain di Negeri Sembilan. Jadi dengan adanya program ini saya berharap agar pihak media dapat membantu mewarwarkan destinasi lain seperti Seri Menanti, Seremban, Jelebu dan banyak lagi,” terang Zaidi kepada para media.

Kami kemudiannya makan tengahari di Xinjiang Restaurant, sebuah restoran masakan Cina di Klana Resort Seremban. Usah risau makan di sini kerana restoran ini disahkan halal dan chefnya, Ho Tui Kit pula berpengalaman dalam menu masakan Cina Muslim. Antara menu yang patut dicuba adalah deep fried cod fish with Thai Sauce, braised shark fin soup with crab meat, chicken with dried chilli and cashew nut serta banyak lagi. Bukan setakat restoran masakan Cina Muslim, malah Klana Resort Seremban turut menawarkan sebuah restoran makanan Jepun, iaitu Yuri Japanese Restaurant. Ini merupakan restoran makanan Jepun terbaik di Seremban kerana menggunakan bahan-bahan mentah berkualiti tinggi dan segar. Menurut Chef Yong Kok Seng, berpengalaman hampir 22 tahun dalam masakan Jepun,” Kami hanya menggunakan bahan-bahan mentah terbaik dan di sini masih ada rasa tradisional masakan Jepun asli. Hanya gred terbaik digunakan di sini dan Hanya gred terbaik digunakan di sini dan harganya amat berpatutan.” Signature dish di sini yang patut dicuba adalah Kani Tanuki Sala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Designed By