Breaking News

Selasa, 9 September 2014

Home » , , , , , , , » Menara Condong warisan Teluk intan perak

Menara Condong warisan Teluk intan perak

Menara condong merupakan Antara salah satu tarikan pelancongan menarik di perak, Menara yang pada asalnya di bina bagi menempatkan tangki air bagi menampung seluruh kawasan bandar sekiranya berlaki musim kemarau, selain dari itu ianya juga pernah berperanan sebagai penanda waktu dan arah bagi laluan kapal ke pelabuhan telok anson.

menara yang di bina pada tahun 1885 oleh kontraktor leong Chon Chong, bayangkan menara condong ini berusia lebih 120 tahun namun keadaannya masih kekal utuh dan berdiri gah bersama era pembangunan hari ini.
kecondongan menara ini sering dibandingkan dengan menara condong Pisa di Itali, namun ketinggian menara ini hanya 25 meter dengan 110 anak tangga berbanding dengan menara condong pisa yang berketinggian 55 meter.

uniknya lagi menara condong ini senibinanya yang berkonsepkan sebuah pagoda, menara ini di perbuat dari struktur kayu dan batu, lapisan bawah bangunan pula berukuran garis pusat 13 meter dan menguncup ke atas berukuran garis pusat 8.2 meter.

dan kini menara condong teluk intan hanya berperanan sebagai menara jam yang di pasang pada tahun 1894, dan juga merupakan antara destinasi pelancongan di negeri perak, di kawasan berhampirannya pula terdapat bazaar peniaga yang menjual pelbagai cenderamata menarik.

1 ulasan:

Designed By