Breaking News

Rabu, 17 September 2014

Home » , , , , , , , , , , , , , » Pra Tonton Filem Nasi Tangas |Nasi Nasi kangkang| arahan Hashim Rejab

Pra Tonton Filem Nasi Tangas |Nasi Nasi kangkang| arahan Hashim Rejab


Nasi tangas ataupun nasi kangkang merupakan suatu perbuatan sihir dari si isteri terhadap si suami, ia bertujuan untuk mengawal dan menundukkan si suami dan patuh pada apa-apa sahaja perintah si isteri. Cerita sihir atau ilmu hitam ini memang agak sinonim di kalangan masyarakat melayu.

Setinggi-tinggi terima kasih kami ucapkan kepada pihak Metrowealth kerana sudi menjemput kami ke tayangan pra tonton Filem bergenre Seram arahan Hashim Rejab Nasi tangas ( Nasi kangkang ) yang menggandingkan para pelakon lama dan baru seperti Azwan Kombos, along eyzendy, Adiba yusnus, Shima Anuar, Den wahab, Delimawati dan HermanTino.

Nasi Tangas merupakan filem seram pertama arahan Hashim rejab, kalau sebelum ini beliau terkenal dengan filem-filem bergenre Romantik komedi.
Jika anda terhibur bersama gelak tawa filem-filem hashim rejab sebelum ini kami pasti kali ini anda akan rasa ketakutan dan keseraman #NasiTangas (Nasi kangkang).

SINOPSIS
Hairi ( Azwan Kombos ) dan Fatin ( Shima Anuar ) merupakan sahabat baik dari universiti lagi . Keakraban mereka membawa mereka sehingga ke alam pekerjaan dimana mereka bersama – sama membuka sebuah restoran dan mengusahakan restoran tersebut hingga berjaya . Pada masa yang sama , Hairi mempunyai seorang teman wanita , Mira ( Adiba yunus ) . 

Persahabatan Hairi dan Fatin seringkali menimbulkan rasa negatif di hati Mira kerana Fatin lebih memahami dan mengenali Hairi melebihi dirinya . Akhirnya , Hairi mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Mira dan hal ini dikemukakan kepada Fatin . Walaupun , ianya adalah keputusan yang tidak di duga namun Fatin dengan rela hati menerima keputusan Hairi tersebut .

Keseluruhannya kami rasa filem kali ini agak menjadi dan dalam seram kami juga terhibur dengan beberapa babak yang agak lucu, tahniah kepada para pelakon kerana berjaya menjayakan watak dengan begitu cemerlang, kami cuma nasihatkan kepada ibu bapa elakkan dari membawa anak kecil ye. :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Designed By