Breaking News

Isnin, 10 November 2014

Home » , , , , , , , , , , » Keputusan konsert akhir Akademi Fantasia penuh kontroversi

Keputusan konsert akhir Akademi Fantasia penuh kontroversi

Akademi Fantasia 2014 telahpun melabuhkan tirainya pada malam ini dengan penuh kontroversinya, Firman dinobatkan sebagai juara AF2014 manakala Aman menyandang gelaran naib juara. ramai sebenarnya yang terkejut dan tidak berpuas hati dengan keputusan AF2014 pada tahun ini.
Zahid juara AF2 juga turut mengkritik persembahan aman melalui laman Twitter miliknya "Aman perform simple je.. Nothing intresting.. Come on final kot.." yang di petik melalui akaun Twitter miliknya.

Rata-rata peminat AF2014 meluahkan rasa tidak puas hati mereka dilaman sosial Twitter, terutama apabila Ewal yang dikatakan antara pelajar yang memberikan persembahan terbaik dan konsisten saban minggu tetapi hanya memenangi tempat ketiga.

Ada juga segelintir peminat yang mengkritik persembahan Nuha sewaktu menyampaikan lagu Beribu sesalan kerana terlupa lirik walau bagaimanapun nuha berjaya memenangi tempat ke 4 dan manakala Adel yang diserap masuk minggu lalu memenangi tempat ke 5 ramai yang terkejut dengan keputusan ini kerana adel antara pelajar yang mempunya vokal yang cukup mantap.

Persoalannya adakah keputusan AF2014 kali ini telus mengikut undian peminat ataupun sudah dirancang, apa-apapun tahniah kami ucapkan kepada Firman selaku juara AF2014.

1 ulasan:

  1. Dah rezeki la.. org undi Aman n Firman atas dasar bersedekah..mgkin astro nak buat amal. Pelajar lain kira orang senang..

    BalasPadam

Designed By