Breaking News
Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Wednesday, October 15, 2014

puting beliung melanda pendang kedah

Puting beliung melanda pendang, kedah, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 4 petang semalam 14 October 2014, tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun berlaku beberapa kerosakkan yang teruk pada rumah penduduk kampung.




Read more ...

Saturday, September 13, 2014

Melaka River Cruise Warisan Sejarah Sungai Melaka

Melaka River Cruise Warisan Sejarah Sungai Melaka.

Menyusuri laluan warisan sejarah sungai melaka merupakan satu aktiviti yang menarik selain dari dapat melihat keunikan bandar warisan melaka yang kaya dengan sejarahnya kami juga dapat mempelajari serba sedikit mengenai sejarah di negeri melaka.

Sungai melaka merupakan laluan utama pedagang pada suatu ketika dahulu, melaka merupakan kawasan perdagangan yang terkemuka di dunia, tidak hairanlah jika kita lihat pelbagai warisan yang wujud di melaka hari ini.

Sesetengah bangunan usang tersergam indah yang telah wujud sejak zaman kegemilangan negeri melaka di lihat masih utuh berdiri sehingga ke hari ini, ianya dapat anda saksikan sepanjang merentas sungai, desa dan perkampungan moden yang menyinpan pelbagai cerita.

Dengan hanya bayaran RM8 anda akan di bawa berlayar menaiki kapal persiaran selama 45minit bersama seorang "tour guide" yang akan menerangkan mengenai sejarah di sepanjang sungai tersebut.

Melaka River and Coastal Development Corporation
Telefon: +606-281 4322/ 23

Read more ...

Friday, September 12, 2014

Renaissance Hotel Johor Baharu

Keindahan kota bandaraya johor baharu dapat anda saksikan di Renaissance hotel, keistimewaan hotel yang bertaraf 5 bintang ini pastinya dari segi penginapan, keselesaan pengunjung adalah keutamaan mereka, lokasinya yang terletak di bandar permas jaya, juga berhampiran lebuhraya terkemuka.

Selain dari decoration yang menarik hotel ini juga turut menyediakan pelbagai perkhidmatan asas yang menarik.
turut tersedia Spa yang di sediakan khas untuk lelaki dan wanita, bagi anda yang mengutamakan kesihatan pasti menggemari mini Gymnasium yang di sediakan dengan pelbagai kelengkapan, bagi yang gemarkan aktivity santai pastinya tidak akan melepaskan peluang berenang di kolam renang dimana pada petangnya anda dapat menyaksikan matahari terbenam.

Setiap hotel pastinya mementingkan quality makanan, di renaissance hotel juga tidak ketinggalan dengan menyediakan pelbagai menu makanan yang sedap dan lazat, dari chef's yang berpengalaman.

Untuk keterangan lanjut hubungi Siti Natrah Raidanie Roseda Abdul Halim Public Relation Officer 07-3813 333 / 017737 8017
Email: natrah.rainanie@renaihotels.com

Read more ...

Sunday, August 31, 2014

Homestay Maju manik di sungai manik perak | Bukan sekadar Homestay

Ketibaan kami di homestay maju manik di sambut dengan begitu meriahnya, bagai raja sehari paluan kompang mengiringi ketibaan kami.
Homestay maju manik adalah gabungan 2 buah kampung iaitu kampung sungai batu dan kampung tanjong keramat di daerah sungai manik hanya 10KM dari bandar teluk intan, Perak.

kemeriahan dan keramahan penduduk kampung tidak habis di situ sahaja kami di hidangkan pula dengan menu istimewa mereka iaitu ubi lenyek dan jelly labu. Untuk pengetahuan anda di sungai manik ni mereka memang cukup terkenal dengan ubi lenyeknya.

Selain dari program anak angkat mereka juga akan memenuhi setiap permintaan pengunjung sekiranya tidak bersetuju dengan aktiviti yang di sediakan, ikut selera dan keselesaan andalah. Menarik bukan?

Suasana panorama yang di kelilingi sawah padi dan berhampiran dusun buah-buahan, kami percaya pastinya mendamaikan hari anda.

Berikut Antara aktiviti yang di sediakan di homestay maju manik ialah...
- jamuan makan chim chum.
- Lawatan ke IKS ( bengkel kerisik, bengkel biskut, bengkel bahulu, industri ikan dalam sangkar, burung puyuh.
- Persembahan pukong.
- Demo menanam padi cedong menggunakan kuku kambing.
- Demo menuai padi.
- Menangkap ikan menggunakan serkap dan Sukan Bendang.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan apakata anda hubungi mereka di talian - 0124946158 / 01124139238 Email: koperasimajumanik@yahoo.com

Read more ...

Monday, August 25, 2014

Kemeriahan tradisi Baba dan Nyonya Di Melaka Nyonya Village

Baba dan Nyonya merupakan satu tradisi yang di percayai bermula sejak  era Pemerintahan dinasti ming pada abad yang ke-15, apabila seorang saudagar dari negara tanah besar china yang di kenali sebagai Baba datang ke tanah melayu untuk berdagang di selat negeri melaka dan akhirnya jatuh cinta pada gadis melayu yang bernama Nyonya.

Hasil perkahwinan mereka mencentus tradisi baba & Nyonya yang kekal hingga ke hari ini kerana keunikan gabungan dua budaya yang berbeza yaitu China dan Melayu, dari situlah bermula era Baba dan Nyonya yang terkenal dengan keunikan budaya, pakaian hinggalah pada makanan, dan apa yang penting mereka tetap mengekalkan bahasa melayu sebagai bahasa ibunda Baba dan nyonya.

keunikan dan kemeriahan budaya baba & nyonya ini dapat anda saksikan dan rasai sendiri di Melaka Nyonya Village yang terletak di negeri melaka, apa yang menarik lagi, selain dari anda akan di hidangkan dengan makanan tradisi keluarga baba & Nyonya anda juga akan di hiburkan dengan persembahan tarian tradisional baba & nyonya dan pertunjukan fesyen baba dan nyonya.

status halal dan kebersihan makanan di melaka Nyonya village ini tidak perlu anda risau kerana kami sendiri di bawa ke dapur mereka dan memeriksa sendiri bagaimana mereka menyediakan makanan, hmm kami sangat berpuas hati dengan kebersihan dapur mereka, dan apa yang paling penting makanan di sini sangat sedap.

kami cadangkan sekiranya anda ke melaka jangan lupa untuk singgah ke Melaka nyonya Village.
untuk sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi mereka di...
tell: 06-2831178 Fax: 2831173
www.babanyonyamelaka.com

Read more ...

Wednesday, August 20, 2014

Gaharu tea valley Ladang Gaharu terbesar di malaysia

Gaharu tea valley Ladang Gaharu terbesar di malaysia


Gaharu tea valley Bukanlah sesuatu yang asing bagi penduduk negeri perak terutama bagi mereka yang tingal di sekitar Gopeng, Boleh di katakan antara pusat tanaman pokok gaharu terbesar di Malaysia.

seperti mana yang kita tahu gaharu merupakan satu produk yang cukup popular dan mempunyai aset nilai yang begitu tinggi, bukan sahaja wangi kayu gaharu juga di katakan mampu merawati pelbagai penyakit, Pokok gaharu juga di katakan antara pokok yang hampir pupus dan terancam dek kerakusan manusia, oleh itu pihak GAHARU TECHNOLOGIES SDN BHD (GTSB) mengambil langkah inisiatif dengan memulakan penanaman Pokok gaharu dan di komersialkan sebagai salah satu pusat pelancongan di negeri perak.

kami di berikan peluang melawati ladang tanaman pokok gaharu seluas 300 ekar dengan lebih 200,000 pokok gaharu, memang agak teruja kerana banyak info dan pengalaman yang kami perolehi di sini, antaranya bagaimana proses tanaman di lakukan dan bagaimana pokok gaharu ini menghasilkan minyaknya haa menarik bukan?

selain dari di jadikan ubat-ubatan gaharu juga di gunakan bagi produk makanan, antara yang menarik minat kami ialah maggie, aiskrim, Kuih-mueh, Nougat, aiskrim dan banyak lagi. bagi kepercayaan masyarakat cina gaharu merupakan pohon cinta, jadi ada pokok gaharu yang mereka gelarkan pokok cinta, iaitu di katakan sesiapa yang memeluknya akan bertemu jodoh dengan cepat, hmm menjeling kakak kat sebelah tu ye abang, ehh!

Antara produk Gaharu:

Gaharu Tea
Gaharu Cookies
Gaharu Instant Noodles
Gaharu Soup Mix
Gaharu Nougat
Gaharu Oil/Fragrance
Gaharu Wood Chip

Info lanjut :
Gaharu Tea Valley Gopeng
[Gaharu Technologies Sdn. Bhd.]
Lot 9840, Mukim Teja,
Kampung Pintu Padang,
31600 Gopeng Perak.
Tel : 05-357 5999







Read more ...

Tuesday, August 19, 2014

Runtuhan konkrit di tapak projek MRT

JAM 21:46 PGO SELANGOR TERIMA PANGGILAN MANGSA TERTIMBUS RUNTUHAN KONKRIT DI TAPAK PROJEK PEMBINAAN LANDASAN MRT, KOTA DAMANSARA (BERHAMPIRAN HOSPITAL PUSRAWI)
BALAI TERLIBAT: BBP SUNGAI BULOH, BBP DAMANSARA. JENTERA PERTAMA SAMPAI : 2203.
LAPORAN AWAL KEJADIAN : KEMALANGAN MELIBATKAN RUNTUHAN BLOK KONKRIT DI TAPAK PEMBINAAN LANDASAN MRT. TERDAPAT 3 MANGSA DISYAKI TERPERANGKAP DAN TERTIMBUS DI BAWAH RUNTUHAN KONKRIT TERSEBUT.
MAKLUMAT TERKINI AKAN DIMAKLUMKAN

Read more ...

Tuesday, August 5, 2014

video | Save The Children Of ghaza | malaysian against zionist


Save The Children Of ghaza | malaysian against zionist


Detik-detik ramadhan dan syawal kali ini mungkin di sambut dengan airmata bagi  mereka, mereka meraikan dan menyambut bulan mulia ini dengan tangisan si kecil yang kesakitan, mereka di jamu dengan bom, roket dan peluru yang bertubi-tubi menghentam tanpa mengira usia, mereka beraya dengan tetamu laknat dari neraka, mereka di seksa dan bunuh dengan kejam, sedang dunia di hidang dengan sajian Fifa world cup dan kini Sukan komanwel.

mereka di zalimi, kediaman mereka di musnahkan.

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman israel terhadap penduduk bumi ghaza, baru-baru ini lebih 10,000 orang membanjiri dataran merdeka kuala lumpur, yang hadir dari pelbagai kaum dan bangsa, bagi membantah kezaliman kerajaan zionist israel terhadap palestine.

atas sifat kemanusiaan kami harap anda turut membantu dalam misi memboikot produk israel, kami ucapkan tahniah atas kejayaan dunia kerana hampir berjaya menjatuhkan McDonalds, dan ini salah satu sebab kenapa anda perlu boikot mcdonalds baca di sini.

malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman kerajaan Zionist israel yang menzalimi penduduk bumi ghaza.


video sekitar perhimpunan aman di dataran merdeka kuala lumpur.

video ni kali kedua kami upload, yang pertama di delete oleh pihak youtube :)





Read more ...

Tuesday, July 22, 2014

#OpSaveGaza Anonymous Godam lebih 1,000 Websites kerajaan Israel

#OpSaveGaza Anonymous Godam lebih 1,000 Websites kerajaan Israel


Mereka seolah mahu Dunia lupa akan kekejaman tentera zionist israel terhadap palestine kerana tertumpu pada insiden Pesawat MAS MH17 yang di tembak jatuh pada 17 july yang lalu, kami tertanya-tanya adakah ini konspirasi mereka?.

Syabas kami ucapkan kepada Aktivis cyber yang menggelarkan diri mereka Anonymous, lebih 1000 website israel berjaya mereka godam termasuklah laman web rasmi kerajaan israel dalam operasi yang mereka panggil #OpsSaveGaza tindakan protes terhadap tentera zionist Israel yang melancarkan serangan terhadap rakyat palestin dan mengorban beratus nyawa termasuk kanak-kanak dan wanita.

apakah tanda sokongan kita kepada saudara kita di gaza? Boikot produk yang menyumbang kepada tentera zionist.

Video: Mesej Amaran dari Anonymous kepada kerajaan israel supaya menghentikan serangan terhadap gaza..












http://www.ibtimes.co.uk
Read more ...

Friday, July 18, 2014

Nahas MH17: AS kerjasama dengan Ukraine



DELAWARE - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengarahkan pihaknya mengadakan kerjasama rapat dengan pihak berkuasa di Ukraine.

Obama dipetik sebagai berkata, kemalangan tersebut menjadi salah satu keutamaan AS susulan laporan 23 rakyatnya turut terlibat dalam nahas berkenaan.

"Ia adalah satu tragedi yang sangat dahsyat, pihak kami kini sedang berusaha untuk mengetahui sama ada maklumat tersebut benar atau tidak dan ia merupakan keutamaan kami buat masa ini.

"Buat masa sekarang, saya telah mengarahkan sebuah skuad pasukan keselamatan kebangsaan untuk terus menghubungi pihak kerajaan Ukraine bagi mengetahui perkembangan lanjut mengenai berita itu," katanya.

Obama dalam pada itu mengucapkan takziah kepada kesemua keluarga mangsa nahas tragedi MH17.

Wakil Kementerian Dalam Negeri Ukraine, Zoryan Shkyryak yang dipetik melalui agensi berita Rusia, Interfax berkata, 295 penumpang dan anak kapal MH17 disahkan maut dalam insiden itu.

-Sinar harian
Read more ...

Pesawat malaysia MH17 dengan 295 penumpang terhempas

Pesawat malaysia MH17 dengan 295 penumpang terhempas 

17/7/2014 pesawat MAS MH17 dilaporkan terhempas di kawasan perkampungan di Ukraine, pesawat yang membawa 295 termasuk anak kapal yang berlepas dari amsterdam dan di jadualkan tiba di kuala lumpur pada pukul 6 pagi ini, pesawat tersebut telah di tembak jatuh oleh perluru berpandu era soviet yang dinamakan BUK dan terhempas dari ketianggian 10,000 meter di ruang udara ukraine dan mengorban kan 295 orang.



Tarikh 17/7 dan pesawat MH17 ini adakah sekadar satu kebetulan atau sudah di rancang, kejadian berlaku di kawasan konflik antara kumpulan pemisah (pro rusia) dan ukraine, setakat ini kedua-dua belah pihak masih menafikan terlibat dalam serangan ke atas pesawat MH17.

Tonton laporan dari berita Rusia












*Update


Statement by Prime Minister Najib Razak:
Malaysian Airlines flight MH17 
Yesterday evening, I was informed of the terrible and deeply shocking news that a Malaysia Airlines jet went down in eastern Ukraine. 
Malaysia Airlines has confirmed that the jet was Malaysia Airlines flight 17, which was on a scheduled flight from Amsterdam to Kuala Lumpur. 
The flight departed Amsterdam at 12.15pm, local time. It was scheduled to arrive in Kuala Lumpur at 6.10 am, local, Malaysian time. 
The aircraft was a Boeing 777-200.
The aircraft’s flight route was declared safe by the International Civil Aviation Organisation. 
And International Air Transportation Association has stated that the airspace the aircraft was traversing was not subject to restrictions. 
Malaysia Airlines has confirmed that the aircraft did not make a distress call.
The flight was carrying a total number of 295 people – comprising 280 passengers and 15 crew members. 
Malaysia Airlines is in the process of notifying the next-of-kin of the passengers and crew. All possible care will be provided to the next-of-kin. 
The Government of Malaysia is dispatching a special flight to Kiev, carrying a Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team, as well as a medical team.

Read more ...

Tuesday, July 15, 2014

Wanita Ayu mengamuk kereta di langgar

sila abaikan image di atas.

Seorang wanita mengamuk akibat keretanya di langgar, Kami agak teruja kerana biasanya samseng lebuhraya adalah lelaki tapi kali ini seorang wanita melayu ayu. LOL

Kak long CDM25




Kami sentiasa berfikiran positif mungkin wanita ini baru diceraikan LOL.
Read more ...

Harga baru lesen kereta dan motor 14 julai 2014


Mungkin ramai yang dah sediamaklum harga baru lesen memandu motosikal (B2) dan kereta (D) meningkat naik begitu mendadak bermula semalam (14 julai), persoalannya yang bermain difikiran kami ialah apakah relevannya??..

Harga baru lesen kereta dan motor 14 julai 2014.

Mulai 14 julai 2014 harga lesen memandu kelas D dan kelas B2 akan dinaikkan seperti berikut.
-Kereta kelas D - RM 1300 akan naik ke RM 2000.
-Motorsikal Kelas B2 - RM 600 (Termasuk Yuran Lesen) akan naik ke RM 1050.




 Harga baru bagi kenderaan kelas D

 harga baru bagi kenderaan kelas B2

Kami hanya Diam "kau pandang aku, aku pandang kau" apakah pula alasan menteri kali ini? apakah lebih ramai pemilik lesen superman selepas ni?
Read more ...

Sunday, July 13, 2014

Program Amal sumbangan juadah berbuka kepada gelendangan dan warga kota

Dalam kita bergembira menyambut bulan ramadhan dan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi, janganlah kita lupa masih ada insan yang amat memerlukan bantuan dan sumbangan.

Baru-baru ini beberapa rakan media, blogger dan sukarelawan kuala lumpur mengadakan satu program berbentuk sumbangan juadah berbuka puasa kepada warga kota dan gelendangan yang tertumpu di kawasan pertama kompleks dan sogo, dianggarkan lebih 500 pack diedarkan kepada orang ramai.

Di minggu terakhir ramadhan kali ini kami bakal mengadakan satu lagi program berbentuk amal dan sumbangan, sokongan dari semua amatlah dialu-alukan.. segala butiran mengenai program tersebut akan kami kongsikan tidak lama lagi.

Untuk sebarang maklumbalas boleh hubungi kami melalui email di doposen3@gmail.com
Bukankah yang memberi itu lebih mulia dari yang menerima..

Read more ...

Saturday, July 5, 2014

Awie Mengaku Tidak Bersalah Dakwaan Pukul Isteri Di Mahkamah


Penyanyi rock terkenal, Awie hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang, KL atas pertuduhan memukul isterinya, baru-baru ini.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.
Mengikut pertuduhan, dia dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Rozana Misbun, 36, hingga menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana Ampang, di sini, kira-kira jam 1.30 petang, pada 2 Jun lalu.
Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Awie yang ditemui media di luar mahkamah berkata kes yang berlaku ini tidak menggangu kariernya namun berserah kepada Tuhan jika rezekinya cuma sampai di sini selain tidak mahu mengulas lanjut.
“Kes ini tidak mengganggu kerja saya. Saya masih bekerja seperti biasa. Tapi kalau Tuhan kata sampai sini saja rezeki saya, saya terima. Saya minta maaf kerana tidak dapat mengulas lanjut. Saya serahkan semuanya kepada peguam saya”, katanya ringkas.
Sementara itu, mahkamah telah memerintahkan penyanyi ini membayar ikat jamin sebanyak RM9,000 dengan dua orang penjamin. (rtky/fr)
Sumber: http://www.rotikaya.com/awie-mengaku-tidak-bersalah-pukul-isteri/
Read more ...
Designed By