Breaking News
Memaparkan catatan dengan label Jdt. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jdt. Papar semua catatan

Sabtu, 13 September 2014

Tanjung Piai Penghujung Benua Asia

Kembara darul takzim di teruskan ke destinasi seterusnya iaitu Taman Negara Johor, Tanjung Piai yang juga merupakan penghujung benua asia, yang kaya dengan Hutan Paya Bakaunya. Kawasan ini juga di penuhi dengan ekologi dan persekitarannya sudah tentulah memberi ketenangan kepada sesiapa sahaja.

Disini juga terdapat pelbagai hidupan yang mendiami hutan paya bakau seperti ketam dan banyak lagi serangga lain dan tumbuh-tumbuhan pula hidup dengan sihat. Tanjung Piai Taman Negara Johor meliputi kawasan seluas lebih 926 hektar x 526 hektar yang merupakan hutan bakau di persisir pantai.

Jom jelajahi Taman Negara tanjung Piai yang kaya dengan pelbagai hidupan semula jadi serta keindahan pemandangan lautan di penghujung benua asia. selain itu Di sini juga terdapat pelbagai jenis flora dan fauna. Kawasan ini di kenali sebagai Tapak Ramsara 1289 di dunia pada 31 Januari 2003.

TAMAN NEGARA TANJUNG PIAI
MUKIM SERKAT
82030 PONTIAN, JOHOR
TEL : 07 6969712/ 6969796
FAX : 07 6969786 / 6961029

Read more ...

Jumaat, 12 September 2014

Renaissance Hotel Johor Baharu

Keindahan kota bandaraya johor baharu dapat anda saksikan di Renaissance hotel, keistimewaan hotel yang bertaraf 5 bintang ini pastinya dari segi penginapan, keselesaan pengunjung adalah keutamaan mereka, lokasinya yang terletak di bandar permas jaya, juga berhampiran lebuhraya terkemuka.

Selain dari decoration yang menarik hotel ini juga turut menyediakan pelbagai perkhidmatan asas yang menarik.
turut tersedia Spa yang di sediakan khas untuk lelaki dan wanita, bagi anda yang mengutamakan kesihatan pasti menggemari mini Gymnasium yang di sediakan dengan pelbagai kelengkapan, bagi yang gemarkan aktivity santai pastinya tidak akan melepaskan peluang berenang di kolam renang dimana pada petangnya anda dapat menyaksikan matahari terbenam.

Setiap hotel pastinya mementingkan quality makanan, di renaissance hotel juga tidak ketinggalan dengan menyediakan pelbagai menu makanan yang sedap dan lazat, dari chef's yang berpengalaman.

Untuk keterangan lanjut hubungi Siti Natrah Raidanie Roseda Abdul Halim Public Relation Officer 07-3813 333 / 017737 8017
Email: natrah.rainanie@renaihotels.com

Read more ...
Designed By