Breaking News
Showing posts with label biasa. Show all posts
Showing posts with label biasa. Show all posts

Thursday, February 20, 2014

Facebook Beli WhatApp 50Bilion



LOS ANGELES 20 Feb. - Laman sosial popular, Facebook semalam mengumumkan pembelian sistem mesej popular, WhatsApp dengan nilai AS$19 bilion (RM62.7 bilion).
Facebook membayar AS$12 bilion (RM39.6 bilion) dalam bentuk saham dan wang tunai AS$4 bilion (RM13.2 bilion).
Perjanjian itu turut melibatkan wang tambahan AS$3 bilion (RM9.9 bilion) dalam bentuk saham Facebook untuk pengasas dan kakitangan WhatsApp.
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif WhatsApp, Jan Koum akan menyertai Lembaga Pengarah Facebook. - Bernama



Menurut sumber FB memberi alasan membeli WhatApp kerana FB mesengger tidak mendapat sambutan seperti mana whatApp, pengguna whatApp diseluruh dunia dianggarkan lebih 450 juta...

apalah agenda si mark zukerberg ni ye.. apa-apa pun Group WhatApp memang havoc hehe...
Read more ...

Sunday, February 16, 2014

Dunia belog yang sama



Sejak aku tinggalkan Dunia belog pada 8 juta tahun yg lalu keadaan dan tipikalasinya masih sama dan tidak ada perubahan yg ketara, cuma ada perbezaan dimana kalau dulu majoriti para beloges berbelog sekadar minat dan hobi duit tu sebagai sampingan je la, tetapi hari ini ada yg menjadikan dunia belog sebagai mata pencarian harian atau pun sumber pendapatan tetap itu satu kemajuan yg harus nora berikan empat bintanggg...

apa yg aku cakapkan sama ialah dari dulu sampai sekarang majori blog budak pompuan terutamanya, berat bertan-tan, nak loading punya la lama, apa yg korang letak pun aku tatau, tanpa sempat mengskoding intinya aku terpaksa tekan pangkah.. -__-"

keduanya masalah lagu, deyyy dekat lappy aku ni ada berjuta-juta lagu, orang masuk belog hang bukan nak dengar lagu kalau nak dengar lagu baik gua bukak radio -___-

ketiganya comment box yg ada captcha  verification aiyooo kemon laa, betul bagus niat nak menghalang spammer, tapi agak laa.. dalam masa yg sama menghalang para komentar yg lain juga..

baiklah ini semua ikhlas dari hati...
haihh banyaknya aku nak komplen lagi ni hahahha,,, ok la blog anda suka ati anda :D

Read more ...

Friday, February 7, 2014

Kisah Uncle Raju.. (coretan)

Suasana lengang, legar bigar di tgh kotaraya, sambil aku menjamu limau ais dan nasi goreng kampung mamak, 2 sudu baru ku suap, sesudu seterusnya, belum sempat ku jamah, aku campakkan sudu ku ke pinggan, seorang uncle, raju barangkali namanya, membongkar misteri sampah demi mencari sesuap nasi, aku termenung seketika, selera ku berteraburan entah kemana, aku terkedu. Inikah dunia yg kalian laungkan kemerdekaannya, aku cuba memanggilnya tapi tak di endah... lantas karim menyapanya agar tidak membokar lagi misteri sampah di kedainya..... aku tertanya dan terus tertanya, sambil uncle raju berdiri di tepian jalan di genggam eratnya tea o ais dan roti pemberian dari karim... lantas terus berlalu pergi...... "wahai sang burung laungkan kepada mereka apa itu erti kebebasan, wahai sang burung cerita kan kepada mereka kemana saja engkau terbang"...







...... masa merentas kita tanpa kalian sadari, ketika itu dimanakah kita,  apakah kalian lebih megah bertanyakan soalan kepada umum berbanding diri kalian sendiri... atau apakah kalian tidak mempunyai jawapan, lalu menceritakan kepada perasaan, bertukar pula emosi tak keruan... sudah, sudah siapa pula yg harus di persalahkan? kalian lihat aku bebas, atau kebesan kalian tidak ada kekangangannya...

apakah hidup ini berteraskan takdir semata, apakah kita tidak punya hak untuk membantu dan mengubah takdir seseorang,apakah kita menganggap derita seseorang itu hanyalah perkara biasa, apakah alasan kita membiarkan sahaja hanya kerana mereka tidak mungkin memberi sebarang pulangan atau jaminan lalu kita membiarkan sahaja....tepuk dada tanya iman...
Read more ...

Thursday, February 6, 2014

Apakah itu Diskriminasi ???



Apakah itu Diskriminasi ???
Diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan.

Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat manusia. Ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan manusia.

Diskrimasi boleh berlaku dalam pelbagai konteks. Ia boleh dilakukan oleh orang perseorangan, institusi, firma, malah oleh kerajaan.
Terdapat pelbagai perlakuan yang boleh dianggap sebagai diskriminasi, perlakuan diskrimasi yang ketara adalah seperti berikut:

Seorang peniaga enggan berurusan dengan seorang pelanggan berdasarkan kumpulan yang diwakillinya.


*Seorang majikan memberi gaji yang tidak setimpal dengan sumbangannya kepada pekerja berdasarkan kumpulan yang diwakilinya.*

Sebuah institusi pendidikan enggan menerima seorang pelajar, walaupun dia mempunyai kelayakan dan masih mempunyai kekosongan dalam institusi berkenaan, disebabkan individu berkenaan mewakili kumpulan tertentu.

adakah anda amalkan diskriminasi? aku adalah mangsa diskriminasi...

terima kasih la kat wikipedia senang keja aku haha. biasanya pengamal diskriminasi ni manusia yg jenis racist, aku tak faham kenapa wujudnya manusia yg hidup berteraskan bangsa dan mengetepikan hak asasi individu sebagai manusia,

diskriminasi ni bukan perkara baru, tapi dah berzaman beribu-ribu tahun dahulu lagi barangkali, cuma ianya di anggap perkara biasa, tapi bagi aku ini satu jenayah terlampau terhadap mental dan dan hak asasi sebagai manusia...

tulisan cakar rimau macam ni memang tak akan dapat mengubah apa-apa, aku cuma harap satu hari ini, ada manusia yg mampu mengubah dan menghapuskan "diskriminasi dari kamus mukabumi.

Read more ...

Tuesday, December 17, 2013

cinta dalam disleksia...

cinta dalam disleksia...

kenapa aku ungkapkan ayat ni, kerana seawal umur 7 tahun ku, aku mengalami disleksia, apakah disleksia, secara umumnya mungkin ramai yg tak mengetahui apakah itu disleksia, biar aku ungkapkan secara bahasa kasar manusia sejagat yg berakal tapi belum di asah, mereka menggelar kami "org yg bodoh" kerana kami sukar memahami sesuatu, lambat dalam pelajaran yg di ciptakan, senang cakap "lembab macam lembu" kami di klasifikasikan sebagai golongan "LOW CLASS" jadi kami disisihkan dari masyarakat kanak kanak sejagat, golongan seperti kami akan terlihat ciri-cirinya seperti memberontak, pembuli, diam bersama amarah, itu cara kami, melemparkan lembing tak berasah, akhirnya sampai di persimpangan kejahatan...

jadi, jika kamu melihat kanak kanak seperti ini adakah kamu memanggilnya bodoh hanya kerana kebodohan kamu yg tak mengetahui punca..

haruskah aku tandakan soal siapa yg bersalah? adakah kamu menyangka golongan seperti kami di ciptakan untuk kejahatan semata? adakah kamu menyangka golongan seperti kami di ciptakan untuk menjadi manusia yg tidak berguna?

timbang caci neraca mu, tak berpaksi di bumi.....

secebis tulisan ini biar tak berisi tak berseni, biar buta jahil, biar, asal sampai ke mata tusuk masuk ke kepala, cukup, biar kau mencaci, biar, kerna aku sudah lelah dan lelah terbiasa, biar kaki ku melangkah, biar terus kehadapan, biar terus langkah kanan walau tak berpijak di bumi...
Read more ...

Tuesday, October 1, 2013

Apa salah aku?

apa salah aku? apa salah aku? kau tanya apa salah kau?
apa kau dah tak kenal diri kau? apa salah aku?
diri kau sendiri kau boleh tanya? apa kau dah tak kenal siapa diri kau?

apa salah aku? apa aku dah buat?
apa yg kau dah buat? segala perbuatan dan pilihan kau?
kau boleh tanya?
pada siapa kau patut tanya sebenarnya?
apa aku dah buat? kau rasa siapa yg layak jawap soalan kau ni?
apa aku dah buat? kenapa jadi macam ni? apa salah aku?

jadi demi nak melupakan masalah kau ni,
kau nak memberontak kau nak cuba tunjuk pada satu dunia?
kau silap? kau ingat ada org yg akan hulurkan tangan,
kau ingat ada org yg akan suluhkan jalan?
kau berharap pada siapa? siapa yg kau rasa mampu?

Read more ...

Sunday, June 30, 2013

Ya itu filem ahli sihir.



aku mungkin percaya pada keajaiban mungkin kerana terlalu banyak menonton harry potter barangkali, filem juga yg dipersalahkan. dunia barat dari dulu hingga kini gemar menayangkan cerita-cerita karut ahli sihir dan filem-filem fantasia lainnya. tapi keajaiban yg berlaku bukan pada filemnya tapi penontonnya barangkali, hingga terlalu taksub mempercayainya, ada juga mungkin. kasihan...

yg aneh dimalaya mereka gemar menayangkan filem-filem hantu bomoh dan sebagainya seperti
Read more ...

Sunday, January 6, 2013

Apa yang Di perlukan HATI.




Pada suatu ketika dahulu, aku bertanya pada diri ku sendiri, apakah yg aku inginkan? lalu hati ku menjawap, "tiada lain melainkan kasih sayang dan cinta yg tulus dari seorang wanita" lalu aku bertekad mencari cinta, mencari kasih dan sayang dari seorang wanita, apabila aku hampir dengannya, aku bertanya lagi dengan diri ku, adakah engkau yakin ini yang engkau cari dan perlukan, lalu hati ku berkata, "ya, kau sudah hampir dengannya" aku menjawap, kenapakah aku masih merasa kosong di dalam jiwa ku seandainya itu yang benar-benar di perlukan, lalu aku biarkan, aku tidak mahu hati ku memberi jawapannya, apabila aku mendapatkan seperti apa yang di inginkan oleh hati ku yaitu cinta dan kasih sayang dari seorang wanita, aku masih merasa sama, kosong, aku tidak merasa ketenangan malah kebahagiaannya tidak seperti yang aku bayangkan, kerana itu aku tidak bisa menghargai kasih dan sayang itu, akhirnya aku kehilangan kasih sayang dan cinta yang  hati ku dahagakan selama ini, tapi aku masih merasa sama walau selepas aku kehilangannya, perasaan yang sama ketika aku mencari sesuatu dahulu, lalu aku bertanya lagi, wahai hati adakah benar segala kemahuan mu selama ini, apakah yang aku perlukan dan mahukan agar aku dapat merasa ketenangan. aku mencari jawapannya hampir bertahun-tahun, hingga aku menyadari apa yang aku perlukan memang kasih sayang dan cinta tapi bukan yang utama dari seorang wanita tapi ALLAH SWT, memang aku perlukan kasih dan sayang dari seorang wanita tetapi dengan keredhaan allah, itulah yg perlu, selama ini aku mencari jawapan tetapi jarang sekali aku meminta darinya, jarang sekali aku mensyukuri nikmatnya, aku bermohon padanya tapi tidak dengan seikhlas hati, bagaimana allah perkenankan doa kita seandainya ia tidak datang dari hati yang ikhlas, dan bagaimana pula kita boleh memahami jiwa kita seandainya tidak kita selamai hati nurani kita sendiri, jadi aku berharap agar janganlah kita berhenti memohon keredhaan dan hidayah dari allah.

Read more ...

Tuesday, November 27, 2012

oh bini siapa ku.


aku tertanya-tanya macam mana la hidup aku nanti bila dah ada bini, hidup sebagai seorang laki kepada bini aku, perhh dari hari aku lafazkan aku terima nikahnya sampai la ke akhir hayat dia tanggungjawap aku, berat giler kan, terdaya tak aku nak membimbing bini aku nanti, dan soalan yang bermain siapa pula yang bakal jadi bini aku nanti?

baik ke dia jahat ke dia nakal ke dia, comel ke dia cantik ke dia. reti tak dia masak reti tak dia buat kerja rumah, reti tak dia masak sambal petai feveret aku? haa yang paling mustahak boleh ke dia tahan dengan kerenah aku? boleh ke dia tahan dengan perangai aku, mampu ke dia hadap susah senang dengan aku.

persoalan pasal bini aku ni memang buat aku nerves jangan bini bini ku perkasa dah la hahahah. seronok betul hidup ni kalau macam dalam drama tu kan. bukan main. haha.

jika anda yg membaca ni adalah bakal bini bini aku ingat pesan ni, kenali hati fahami jiwa lihatlah awan pandang ke arah langit pejam kan mata.
Read more ...

Wednesday, December 7, 2011

Gunting Rambut Di pavilion... [joke je]


pada suatu hari ketua anti pavi, telah dipaksa ibunya untuk menemani ibunya membeli belah di pavilion, tapi malangnya arun, bukan nama sebenar dan bukan juga aaron aziz telah enggan untuk menemani ibunya, si ibu berang dan ingin memotong 90% duit belanja sekolah arun, lalu arun akur dan terpaksa mengikuti si ibu ke pavi.

situasi cemas berlaku apabila si ibu kompius melihat rambut arun yang panjang, ibu arun kompius kerana arun kelihatan supo pondey, lalu si ibu memaksa arun memotong rambutnya..

pada mulanya arun enggan tapi setelah ugutan ibunya yang dasyat, arun pun akur, dan pergi ke sebuah saloon, dengan muka yang hodoh lagi buruk arun membuat muka selengenya dan duduk, lalu amoy yang cantik pun menghampirinya dan bertanya, "ya adik, na potong macamana
Read more ...

Tuesday, December 6, 2011

Ini Pesan Mak!


hai semua, saya dengar cerita blogger perempuan cepat feymes sebab mereka suka cerita mengena diri mereka (means personal story to other people) saya dengar dari blogger feymes tu ben ashaari (bukan nama sebenar) so if saya nak cerita pasal diri saya boleh feymes tak :D

saya rasa sesiapa je boleh maju jika ada usaha, tak kira la, dengan apa usaha pun, macam ex-kawan saya, (sekarang dia dah feymes) dihentam dipijak ditendang ditempeleng dingorat (haha itu tipu XD) kadang-kadang hati saya terguris luka juga dengan tohmahan dan mulut keji anon dan blogger gangster yang menyerang!

saya dah lama sedar mungkin sejak dari lahir lagi, mak saya pesan biar apa orang buat pada kita, jangan sesekali kita dendam atau lawan balik, nampak lemah tak bererti lemah! orang yang cuba menunjuk kekuatannya adalah orang yang lemah! so sejak dari itu saya ambil
Read more ...

Sunday, October 30, 2011

Perlu Cukup Rasa !


kakak saya pesan if gaduh ke apa jangan amalkan "clash"
sebab nanti akan jadi habit sampai ke kawen, sebaiknya.
if ada masalah kena bawak bincang, slowtalk,

yeahh i faham masa dalam situasi tu emosi memang tertekan, so
better masing-masing redakan hati yang tengah tak menentu tu,
kalau boleh jangan contact dua tiga hari..

tapi kalau sayang tak sampai 2 3 hari comfirm u'all
akan cari pasangan u'all balik, tu kalau sayang la.
Read more ...

Thursday, October 13, 2011

blogwalking and blogreader.


hell yeahh mood memang meracau gile babeng la kan hehe,

meh nak cerita apa beza blogwalking and blogreader.

blogwalking is totaly hipo, sekadar nak trafik, harap kunjungan balas.
komen tuk sekadar nak bagitau yang beliau dah datang,
dengan harapan owner blog balas jejak, what the heckk,

and that the reason why gua stop blogwalking hehe.
ada nampak muka gua kat shoutmix lu orang? tak ada kan haa!
haa tapi tu tak bermakna gua tak pergi blog orang.

haa tu la sebab gua nak cite pasal blogreader,
gua sayang blogreader kat blog gua (ada ke kekekekeke)
blogreader adalah user yang membaca article ada dari A
Read more ...

Monday, October 3, 2011

Chunk & the Gangster kg BTO: Rahsia Botol Kicap.


aku kan dah lama x promot blog org aaa so kali ni aku merajin kan la diri ini yg malas, haa ni pasal blog mangkok kawan aku yang sekor ni, ehh jap korang jangan salah paham dia ni melayu tau bukan tamil aaa, kecik ati dia kang, sebenarnya aku kamcing hooww3 dengan dia,

tapi aku ada satu kemusykilan sikit dengan dia ni, ye la dia ni dari dulu kejenye tak ada lain asyik nak hentak org dengan botol kicap je, aku pun heran la, apa kejadah la mamat sekor ni, aku pun siasat la, sebenarnya aku x siasat pun kebetulan je time tu aku ternampak dia? jeng jengg jeng! alaa biasa la rington suspen macam dalam drama melayu tu, alaa sejak zaman p.ramlee dah ada kan hehee, korang nak tau kenapa?
Read more ...

Thursday, September 29, 2011

Ingatlah Orang Yang Tersayang, Jika Aku Tanpa?


Aku terbayang bagaimana hidup tanpa bintang, tanpa bulan, tanpa awan, tanpa matahari, tanpa udara, tanpa gravity..

Mungkin boleh hidup, tapi sempurna ke hidup tanpa semua tu...

aku boleh hidup tanpa bintang dan bulan, tapi malam ku akan suram..
aku boleh hidup tanpa matahari, tapi siang ku akan gelap tanpa cahaya..
aku boleh hidup tanpa matahari, tapi hari ku akan hilang serinya..

Udara, tanpa udara aku tak mampu untuk hidup..
Read more ...

Monday, August 15, 2011

Cari Jodoh Disini.... (Bukan Agensi Cari Jodoh)



Anda tidak mempunyai kekasih? tidak ada keyakinan diri? tidak bergaya? juga sudah tentu wajah anda sangat ugly! very bad! bad! malu meluah perasaan adalah faktor utama mengapa ada sebilangan diantara kita yang masih tidak mempunyai pasangan atau pun kekasih...tidak kira lelaki atau wanita!

BERITA BAIKKK!!!!

Masalah anda selesai disini! terima kasih kepada encik lembu dan keluarga yang sudi memberikan tips untuk mendapatkan pasangan kekasih dengan mudah! cepat! dijamin baekk punyeerr! tiada bayaran yang diperlukan seperti agensi agensi cari jodoh yang lain, ianya dijamin percuma! FREE OF CHARGE.

BAGAIMANAKAH CARANYA!!!

sabar sabar jangan gelojoh kerana tak lari gunung dikejar...

inilah jawapannya taadaaaaaa!!!!!!
Read more ...

Awas Makhluk Merbahaya Berjaya Melepaskan Diri Dari Tahanan Botol sos KFC


Pada suatu hari saya telah bermimpi, mimpi saya amat ngeri, dan saya sangat takot, saya tak tau kenapa saya takot sedangkan saya tau itu hanyalah mimpi... dalam mimpi tersebut saya telah menjadi seorang superhero yang tidak mempunya apa apa superpower. saya sangat hairan ye, mengapa saya tidak ada superpower sedangkan saya adalah seorang superhero...

saya telah ditugaskan untuk menentang seekor raksasa yang menyerupai alien tanpa hidung, apa yang membuatkan saya menjadi ngeri ialah alien tersebut ya saudara dan saudari alien tersebut juga suka memakan anai anai, sangat menakotkan saya sehingga ke hari semalam, apabila makhluk alien tersebut berjaya diberkas oleh jabatan agama islam selangor (jais)
Read more ...

Tuesday, August 9, 2011

Kebahgiaan VS Kebahgiaan.


Di saat waktu berhenti...kosong dimensi membutakan mata,memekakkan telinga lalu diri menjadi hampa saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka.


korang pernah dengar bait bait kata puisi ni, sedih dan syhdu je kan, maksudnya sangat dalam, dan lagu nyanyian too phat ni mesej yang cuba di sampaikan memang terbaik...

hari ini aku nak berkongsi rahsia aku dengan korang...
korang tahu kebahgiaan? bukan lagu shahir tu, kebahgiaan dalam perpisahan, ni tentang kebahgiaan, aku percaya berjuta juta manusia mencari erti kebahgiaan, dan termasuk

Read more ...

Ucapan......


Aku perasan dari kecik lagi, setiap kali ada perayaan ke apa apa je la, perkara yang baik baik, mahu pun yang buruk mesti ada ucapan, contoh macam sekarang..

nak sahur mesti ada ucapan selamat bersahur.

nak berbuka ada ucapan selamat berbuka.

hari raya pun ada, selamat hari raya maaf aidilfitri, maaf zahir dan batin.

raya haji jugak selamat hari raya aidiladha.

hari jadi pun ada ucapan selamat hari jadi semoga panjang umur dan murah rezeki.

yang baru couple pun ada uacapan juga, tahniah semoga tak cepat clash.

yang dah clash pun ada ucapan juga, esok esok jumpa la yang lebih bagus dari dia.

yang dah tunang pun sama juga, selamat bertunang, semoga sampai ke jinjang pelamin.
Read more ...

Sunday, July 31, 2011

Harry Potter versi illustration anime [picture]


Ada tak kipassusahmati Harry potter kat sini hehe, gua salah sorang kipassusahmati harry potter, ni gua ada jumpa satu poster watak watak dalam harry potter versi illustration anime, ada yang cool dan tak bape nak cool sebab ada watak yang nampak ganas kat movie sekali kat versi illustration anime ni sadis, jambu je muka hehee.....

nak tengok click read more, picture nye gila panjang wo, besar pulak tu..
Read more ...
Designed By