Breaking News
Showing posts with label jalan hang jebat. Show all posts
Showing posts with label jalan hang jebat. Show all posts

Saturday, September 13, 2014

Jongker Walk Melaka Warisan Dunia

Bukan sahaja kaya dengan sejarah, melaka juga dikatakan syurga bagi pengumpul dan penggemar barangan antik, Pengunjung pastinya terpegun dengan pelbagai barangan artifak lama yang mana ada diantaranya yang wujud sejak 300 tahun dahulu dan boleh didapati dengan pelbagai koleksi menarik, masing-masing mempunyai sejarah dan cerita yang tersendiri.

Jalan Hang Jebat, dahulunya dikenali sebagai Jonker Street, dikenali di seluruh dunia terutamanya di kalangan penggemar barangan antik.

Selain itu terdapat juga pelbagai kafe dan kedai yang menjual pelbagai barangan kraft, suasana amat meriah pada hujung minggu dengan kehadiran para pelancong dari dalam dan luar negara.

Kami juga sempat menemu ramah beberapa peniaga disana, menurut mereka disini menjadi tarikan utama kerana sifat penduduk melaka yang mesra kawan juga mereka turut boleh di tawar menawar ketika urusan jual beli.

Pelbagai cenderahati yang cantik dan menarik boleh didapati disini, apa tunggu lagi sekiranya anda ke melaka berkunjunglah ke jongker walk ataupun jalan hang jebat untuk menerokai suasana medan lama bertemu yang baru. :)

Read more ...
Designed By