Breaking News
Memaparkan catatan dengan label pekan pahang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pekan pahang. Papar semua catatan

Selasa, 9 September 2014

Disini lahirnya sebuah cinta | Rumah kelahiran Tun Abdul Razak

Rombongan kami di bawa melawati rumah tempat kelahiran Perdana menteri Malaysia yang ke-2 iaitu Tun Abdul Razak di Pekan, Pahang.

Rumah kecil yang Terletak di Pulau keladi ini kini dijadikan sebagai galeri yang mempamerkan pelbagai barangan lama dan merupakan antara salah satu destinasi pelancongan yang terdapat negeri pahang.

Turut dipamerkan di galeri rumah kelahiran Tun Abdul Razak ini ialah seperti keris lama, al-quran lama dan pelbagai lagi koleksi yang pernah digunakan oleh Tun sendiri.

Disini lahirnya sebuah cinta', bersesuaian dengan tema kemerdekaan kita pada tahun ini, jadi apakata kita lawati rumah kelahiran Bekas perdana menteri yang kedua ini iaitu Tun Abdul Razak yang juga merupakan bapa kemerdekaan.
Pekan pahang mempunya pelbagai destinasi pelancongan yang menarik.

Read more ...

Kompleks pengembangan tenun pahang Diraja

Kompleks pengembangan tenun pahang Diraja di buka pada tahun 1993 dan kini telah berkembang pesat sehingga ke peringkat antarabangsa.

Pihak Tenun pahang diraja ini juga telah berkerjasama bersama 5 pereka muda di malaysia bagi mengembangkan lagi dan mempelbagaikan fashion tenun sesuai dengan pembangunan era hari ini, dan pastinya menarik minat pada golongan penggemar fashion.

Kelebihan dan keunikan tenun diraja pahang ini pastinya dari segi kraftnya dan di perbuat 100% secara manual oleh mereka yang di latih secara professional.

Kepada anda yang gemarkan fashion terutamanya fashion yang berkonsepkan tradisional apakata berkunjung ke pusat tenun pahang diraja yang terletak di pekan pahang, di sini anda boleh lihat sendiri bagaimana proses penenunan dilakukan secara manual dan tradisional.

Read more ...
Designed By