Breaking News
Showing posts with label sate tulang jelebu. Show all posts
Showing posts with label sate tulang jelebu. Show all posts

Friday, September 12, 2014

Sate tulang jelebu di dataran senawang

Sate Tulang Jelebu

Sate tulang ? Pastinya pelbagai persoalan yang timbul, macam mana nak makan tulang? Namun segala persoalan  itu terjawab setibanya kami  di gerai Sate Tulang Jelebu yang terletak di Dataran Senawang, seremban. Menurut pemiliknya, Abu Mansor Abu Sammah, 42, Sate Tulang Jelebu ini adalah perniagaan turun-temurun yang sudah berusia lebih 60 tahun.

Dicipta oleh datuknya sebelum kita mencapai kemerdekaan lagi dan pada waktu itu penjualan sate masih meng¬gunakan kandar, hidangan ini sememangnya sangat unik. Diambil namanya sempena nama produk sate tulang dan tempat asal ia wujud iaitu di Jelebu, sate tulang ini bukanlah tulang semata-mata seperti mana yang digambarkan ramai saat mendengar namanya. 

Sate Tulang Jelebu diperbuat daripada lebihan ayam yang digunakan untuk membuat sate ayam. Selepas isi ayam diambil untuk dijadikan sate, lebihan daging ayam yang terletak di tulang itu yang digunakan dan dicucuk dengan lidi, dibakar dan menjadi hidangan sate tulang yang sangat rangup dan sedap. Satu lagi rahsia keenakan Sate Tulang Jelebu ini adalah rasa enak dan sedap kuah kacang yang dibuat menggunakan kacang yang banyak iaitu lebih kurang 70 peratus daripada kandungan kuah. 

Read more ...
Designed By