Breaking News
Showing posts with label seram. Show all posts
Showing posts with label seram. Show all posts

Wednesday, September 24, 2014

Misteri Gunung Datuk Rembau Most Wanted



Kami nak kongsikan pengalaman Misteri kami di Gunung Datuk, Nak dijadikan cerita kami ke gunung datuk pada minggu yang lepas, gunung datuk yang terletak di daerah rembau negeri sembilan ni memang terkenal dengan keindahan semulajadinya, dah alang-alang sampai kami pun nak juga terokai gunung datuk ni, dengan bayaran RM5.00 seorang perjalanan kami diteruskan, walaupun cuaca pada ketika itu agak gelap..

Di cerpen kan lagi kami tak jumpa jalan naik, terserempak pula dgn Cadbury... kita baru bukak langkah sikit lintang pukang dia lari, dia ingat kita biasa-biasa. berkerut juga dahi masing-masing.

Dan selepas mesyuarat di adakan kami dengan sebulat suara bersetuju untuk patah la balik sebab hari dah hampir gelap,dalam perjalanan berpatah balik tu jumpa air terjun kecil dengan panorama yang indah, apa lagi kami keluarkan camera amik gambar sana sini, berpuluh puluh juga la gambar yang di ambil..bila dah selesai, kami pun balik ke pangkalan utama,.

Kami tengok kawasan dah lengang tak ada orang, tapi terdengar suara meriah, kami mencari la,kami tengok kat bawah ada tempat mandi rupanya, ramai pula orang mandi manda, sempat juga la kami ambil gambar mereka, meriah sungguh.. tapi kawasan kat kaunter, dewan dan foodcourt dah kosong tak ada orang, kami rasa kami orang terakhir turun dari gunung.

Tak ada yang pelik lagi..selepas bersiap dan kami mulakan perjalanan balik ke kuala lumpur, sebaik sahaja keluar dari kawasan gunung datuk, nak belek-belek gamba tadi? dah hilang, kebingungan kami, satu folder tu je yang hilang. Yang lain ada lagi, Lepas tu baru terfikir, tadi yang mandi ramai-ramai tu datang naik apa?, selepas kami, cuma tinggal sebuah kereta dan motorsikal? ... Ok....

Dan juga dah berbagai usaha kami lakukan untuk recovery gambar yang hilang, tetap tak berjaya..
Read more ...

Saturday, May 24, 2014

Merungkai Misteri Kellie's Castle




17 May ipoh: Seramai 38 orang sahabat media, menyertai aktiviti menjejak paranormal di istana lama Kellie's atau pun kellie's Castle, yang terletak di batu gajah perak, gua tidak ketinggalan untuk merasai sendiri berada di istana usang yang di bina pada sekitar tahun 1907 lagi haa, lama baq hang.

bila sebut pasal kellie's Castle ni mungkin asing bagi kita semua betul tak? ada yang tak pernah dengar kan? haa tapi bagi penduduk perak ianya bukanlah perkara biasa, kejadian aneh dan mistik juga sering dikaitkan dengan Kellie's Castle ni, Kelibat-kelibat bekas penghuni kellie's Castle juga sering dikatakan kelihatan terutama anak perempuan Kellie's yaitu Helen, dan juga seorang lagi dipercayai warga india yg di gelar gopal, ada juga yang mendakwa pernah bertemu dengan pengawal istana tanpa kaki terapung di udara, langsuir dan berbagai lagi kisah misteri melibatkan kellie's Castle ni.

Antara pengalaman gua yang tak dapat gua lupakan ketika mengikuti aktiviti menjejak paranormal ataupun entiti ialah apabila gua di tinggalkan selama 10 minit di bahagian Corridor atas istana kellie's, tapi gua tak berseorang, gua di temani rakan gua yang berasal dari iran, nama dia mohammad, muka dia tak ensem pun gua lagi ensem kihkih, gua panggil dia amat je.

Setiap kumpulan yang ditinggalkan tidak dibenarkan membawa lampu picit mahupun camera ataupun sebarang kelengkapan lain dan juga tidak dibenarkan membuat bising.
4 minit awal gua tak rasa apa-apa, tapi dalam minit ke 6, kami dikejutkan dengan bunyi kelawar, selang beberapa saat kemudian kami disajikan pula dengan bunyi tapak kaki apa yang menggerunkan ialah di selangi pula dengan bunyi hela nafas yang garau.
jujur kalau hela nafas nora danish gua boleh cam kihkih, ni lain macam punya, mula-mula gua ingat gua sorang je yang dengar, gua buat rilek kaver macho, si amat muka dia tiba-tiba berubah, dia pun tanya gua "Did you hear that?" gua balas, saje buat tak tau kan, "hear what, just relax man, nothing going to happen" pastu si amat jadi semakin tak keruan, jujur gua bukan takut apa tau, gua takut kalau-kalau si amat ni kena rasuk ke apa haha, gua terbayang pulak cite penunggu istana kahkah!.

lepas tu kedengaran lagi bunyi tapak kaki tadi semakin dekat, ya'allah jujur jantung gua dub dap dub dap laju baq hang, lepas tu bunyi tadi terhenti, untuk reda kan keadaan gua buat-buat sembang dengan amat, kitorang borak pasal palestin, dengan tak semena-mena si amat berani kan diri pergi ke bahagian depan corridor tu melilau-lilau mata si amat, dengan sepantas ultraman dia toleh balik ke arah gua, lepas tu muka dia gua tengok macam kena renjatan elekrik.

dia bisik kat gua, "i think someone watching us, i saw someone standing over there, she's watching us, try take a look man", gua diam je, gua cuba cari idea macam mana nak relaxkan si amat ni, gua pun cakap kat dia "mat just calm down, there's nothing there,' dia pun semakin tak keruan, "no man, did you think am gonna make this a joke, just go man take a look, there is someone over there," er are you sure? ok, i think we better stay put here, and they will coming soon it almost 10 minute already". si amat gelak kan gua, cipet betul.

gua tengok si amat macam-macam doa dia baca, demi nak memastikan apa yang si amat tu cakap kan, gua pun berani kan diri tuk toleh ke corridor yang dimaksudkan tu, sekali, perhh gua nampak 1 bayang lembaga menyerupai budak nampak bayang rambut diiringi pulak bunyi cicak? aikk cicak?, gua tanya amat balik, "is there a girl u saw over there". si amat dengan happy menjawap, ",i told u man''. gua pun fuhh, ok"we stay put and relax ok. si amat gelak lagi. ok fine.

ini gua tak reka cerita ok, seramai 38 rakan media yang join aktiviti menjejak paranormal ni cuma gua dan amat je yang mengalami kejadian aneh ni.

kepada korang yang nak merasai sendiri pengalaman menjejak paranormal, boleh berkunjung dan rasai sendiri di istana Kellie's castle yg terletak di batu gajah perak, jangan risau, selain dari petugas yang berpengalaman korang juga akan di perati oleh ustaz yang di tugaskan khas tuk memastikan keselamatan para pengunjung.

Sedikit info mengenai Kellie's castle.

Istana kellie's ni milik seorang usahawan yang bernama William Kellie Smith ( 1870 - 1926) Mendiang berasal dari Scotland dan menjadikan malaya sebagai rumah keduanya, usia istana kellie's ni dah menjangkau lebih 100 tahun.

kellie's castle juga menjadi antara tarikan pelancongan paling tinggi di negeri perak, ha bukan sahaja dari dalam negara malah turut menjadi tumpuan para pelancong dari luar enagara untuk merasai sendiri menjejak misteri kellie's.
Senibina istana kellie's juga sangat uniq kerana dikatakan menyerupai istana raja british di india dengan rekabentuk morish.

Pesanan berbayar dari gua, kalau korang yang nak pergi ke istana kellie's nanti Mulut jaga-jaga, si amat tu pun mulut dia boleh tahan juga masa mula-mula nak masuk, akibatnya taraaa, sendiri mau ingat la.




Sidang media yang berlangsung bagi mempromosikan kellie's Castle sebagai salah satu pusat pelancongan dan untuk mereka yang gemarkan aktiviti paranormal.

 gambar-gambar ni di ambil sekitar jam 1 hingga 2 pagi.




Ruangan ni adalah barangan lama milik kellie's, memang unik giler.



ni la si amat.

Para peserta dari sahabat media bersama petugas Kellie's Castle.

Rakan-rakan media.

ni ruangan atas, gambar ni gua ambil dari luar Corridor.

ni pula istana yang di bom oleh tentera jepun, kalau korang perati kan betul-betul dekat tingkap tu mesti nampak sesuatu.

ni laluan ke corridor atas. cuba tengok kat celah tingkap tu??

Jaga-jaga anda sedang di Perhatikan?

Read more ...

Friday, May 23, 2014

Lelaki bunuh diri terjun dari tingkat 19



22 May Kuala lumpur: Seorang lelaki yang dipercayai warga myanmar maut yang dipercayi terjun dari sebuah kediamannya di tingkat 19, menurut sumber lelaki berkenaan baru sahaja tiba di negara ini sebagai pekerja buruh, menurut rakan serumah mangsa, si mangsa tidak banyak bercakap dan gemar bersendirian.

apa yang menjadi misteri ialah ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah malam, apartment tersebut mengalami gangguan bekalan eletrik yang secara tiba-tiba terputus selama lebih kurang 20 minit, pengawal keselamatan yang bertugas terdengar bunyi yang agak kuat jatuh dari atas, sebaik sahaja bekalan elekrik pulih, pengawal keselamatan dan beberapa saksi kejadian melihat mayat telah terbaring di tempat kejadian, mangsa dipercayai maut ditempat kejadian akibat kepala mangsa yang pecah, dan 15 minit kemudian pihak polis tiba dan mangsa dibawa oleh ambulans.

apa yang misterinya ialah bagaimana mayat tersebut boleh terbaring di situ sedangkan beliau sepatutnya terjatuh di atas kereta atau pun longkang di depan parking kereta,

untuk gambaran yang lebih jelas gua kongsikan sikit gambar yang sempat gua rakamkan semalam.


PERINGATAN KERAS: KALAU TAK MAMPU NAK TENGOK, JANGAN TENGOK!








Anda fikirkanlah macam mana mayat boleh berada disitu sedangkan kereta tidak ada kesan darah atau apa-apa kerosakan. kita nantikan jelah apa laporan dari pihak media dan pihak polis. ber haunted la rumah gua lepas ni. T_T

Read more ...

Wednesday, September 26, 2012

Misteri jalan Pintas Kuala pilah - bahau.



Kuala pilah - Kejadian ni berlaku pada pagi ini sekitar pada pukul 8:00 - 9:00 pagi di jalan pintas kuala pilah - bahau, anda mesti tertanya-tanya apa yg dah terjadi dengan kereta ni, apa jadi dengan ownernya? persoalan yg sama berlaku ketika kami menyaksikan kejadian ni sebentar tadi, dari keadaan kereta ni memang agak menyeramkan..

Secara kebetulan kami mengenali rakan mangsa kemalangan tersebut, menurut rakan mangsa sedang di rawat di hosptal kuala pilah, mangsa tidak mengalami kecederaan yg serius cuma trauma barangkali, sementara itu kami sempat bertanyakan situasi sebenar kejadian, rakan mangsa memberitahu kereta yg di pandu mangsa hilang kawalan dan terbabas ketika melalui selekoh, kalau nak diikutkan selekoh biasa je, tapi mungkin faktor hujan yg menyebabkan kereta hilang kawalan dan terbabas kerana jalan yg licin akibat hujan yg lebat...


Read more ...

Tuesday, July 17, 2012

Misteri: potret mayat aisyah

Aishah (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis kampung yang pemalu. Dia berhijrah ke ibukota sekitar tahun 1984. Aishah mengalami sejenis penyakit di mana matanya sangat sensitif terhadap cahaya yang terang. Sebab itulah Aishah sentiasa memakai kaca mata hitam. Dan Aishah paling pantang jikalau ada sesiapa yang mengambil gambarnya. Kerana dia sensitif terhadap 'flash' yang dikeluarkan oleh kamera. Cahaya yang terang akan menyebabkan Aishah mengalami migrain yang teruk.

Pernah sekali kilang tempat Aishah bekerja mengadakan jamuan tahunan. Jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar tiba-tiba ter-snap gambar Aishah. Lantas Aishah terus mengalami sakit kepala yang teramat sangat sehingga berbuih mulutnya menahan kesakitan. Dia meronta-ronta di atas lantai sehinggalah pihak ambulan sampai. Selama 3 hari Aishah ditempatkan di hospital di dalam bilik yang istimewa di mana lampu dipadamkan dan hanya dibuka bila perlu. Jurugambar tersebut juga datang melawat Aishah dan meminta maaf kepadanya.

Sejak hari itu Aishah telah berhenti kerja. Doktor membekalkannya beberapa jenis
Read more ...

Friday, September 2, 2011

Cerita Rumah Sewa Berhantu RM50 Di Shah Alam : Betol ke? Angker!

cite ni panjang die memang macam laha*** tapi berbaloi-baloi sebab memang seram, lu baca memang tak rugi wehh, boleh la suruh m daud kilau buat wayang pasal ni, tak pun suruh abg seekers tu buat wayang pasal ni plak, boleh dia kelentong kita lagi ekekkekee....

TRUE STORY?

Huhuhuhu seram juga cerita nih.

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]

Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...
Read more ...

Friday, June 3, 2011

Korang pernah jumpa POCONG tak? atau kena TINDIH?

Nora Elena ni memang Cun kan (^^,

ni cerita benar yang aku alami sendiri la. pada suatu malam tu aku memang rasa suspen gila, panic lagi la. aku nak tido tak boleh. housemate aku kerja malam. tinggal la aku sorang diri je kat rumah. al-maklum la aku menyewa berdua je.
nak dijadikan cite. macam biasa la lepas berblogging, fesbuk, gossip-gossip dan macam-macam lagi la. aku pun pasang la lagu,dengan harapan terlena la dibuai lagu kan. layan pulak lagu shuffle perhh. aku malam-malam memang layan lagu shuffle je.

mata aku ni punya payah la pulak nak pejam. hati dah rasa lain macam. kat luar macam-macam bunyi aku dengar. yang aku tensenye pulak bila tengah malam mesti ada anak orang menangis. dengan anjing melalak tah lagu apa. yang paling best sekali aku dengar kat area ni ada orang jumpa pocong wahhh >.<" memang kaww la.

Korang imaginasi la sendiri macam mana situasi yang aku alami ni. dengan keseraman yang tengah melanda tu tiba-tiba aku rasa angin sepoi-sepoi bahasa macam angin bayu kan, pada hal dengan keadaan tingkap aku tu memang pelik la ada angin masuk kan. bulu roma aku, bulu ketiak aku apa lagi meremang la.
tapi aku tak runsing lagi berlagak cool kan. jam pulak tik tok! tik tok! tik tok! dah cecah kul 4 pagi walawey esok aku kerja wey.

Read more ...

Saturday, May 7, 2011

Hantu di Karak Highway (budak2 jangan baca)


Mak Aziz balik dulu Mak", "Aziz..... Mak kata jangan balik dah malam ni, pagi esok jerla balik dah pukul sembilan ni...". "Tak boleh Mak Aziz kena balik malam ni juga, banyak kerja kat office tu yang tergendala mak...". "Aziz, besoklah balik , bukan apa mak melarang ni, mak risau kamu balik malam-malam ni pulak tu sesorang, bukan dekat Kubang Kerian ker KL tu......" "tak apalah Mak, Aziz balik dulu assalammualaikum" lantas Aziz mengucup tangan ibunya dan terus memasuki perut kereta Honda yang baru seminggu dimilikinya...... "emmmmm.... Boring betullah.." rungut Aziz seorang diri lantas menutup gelombang radio ERA setelah boring mendengar Jamal Jamalludin berceloteh. Dijelingnya jam yang terpahat pada keretanya,
Read more ...

Thursday, November 4, 2010

Rakan tidur malam yang tanpa diundang??

Asek lawak je kan haaa ni aku nak kasi korang sampai x leh tidur malam plak
agagaggaaaa ni kisah real yang telah dirakam oleh cik ct tv skodeng a.k.a cctv :D



Perhatikan betul-betul gambar di atas. Nampak tak? Ops, lupa nak cakap yang jangan tengok sebelum anda tidur. Nanti confirm takleh tidur. SERAM beb!!!
Read more ...
Designed By