Breaking News
Showing posts with label sponsor. Show all posts
Showing posts with label sponsor. Show all posts

Tuesday, May 20, 2014

Casuarina @ Meru Hotel ipoh perak | Destinasi Persinggahan





17 May Ipoh: Baru-baru ini sidang media diadakan bagi mempromosikan Casuarina@meru Hotel yang terletak di bandar meru raya ipoh perak, sidang media yang berlangsung pada jam 3.30 petang, diwakili oleh En. Malizan Hj Zakaria merangkap GM Casuarina@Meru..
Casuarina Hotel juga turut Mempromosikan Menu masakan terbaru mereka. memang sangat Ohsem.
terliur baq hang, Casuarina ni baru sahaja beroperasi selama Enam bulan gitu, Bau cat pun tak hilang lagi hehe...

Casuarina hotel terletak bersebelahan dengan Terminal amanjaya dan pasaraya besar Mydin, secara tidak langsung memudahkan para pengguna lebuhraya plus, jangan risau bandar meru raya menghubungkan kedua-dua arah dari utara mahupun selatan, dengan mengambil laluan susur keluar plaza tol jelapang, lumut, chemor.



Casuarina berkongsepkan moden dan kontemporari dan santai gitu, sesuai untuk family, ahli korporat, pasangan yang baru berkahwin, kerana casuarina turut menyediakan bilik istemewa untuk berbulan madu ada bilik yang sweet sweet gitu, pendek kata semua lapisan masyarakat sesuai la haa kan senang hehe..
bagi gua hotel casuarina sangat santai untuk beristirehat, suasana bilik pula sangat sempoi dan menarik, selesa. serious gua lentok habis hehe.
untuk pengetahuan korang bandar meru raya ni digelar Putrajaya Perak dikalangan penduduk perak, haa hebat tak. hebat kan, putrajaya baq hang....


Berikut adalah senarai Room yang disediakan.
-Superior- 45 Room.
-Deluxe- 20 Room.
-Studio Suite- 70 Room.
-Family Suite- 9 Room.
-Premier Suite- 6 Room.

Dan pelbagai lagi kemudahan yang disediakan oleh pihak Casuarina@meru, antaranya mereka turut menyediakan Package yang di panggil Pits stop (Charge Per hour) dimana para Traveler boleh berehat selama mana yang mereka mahukan, minimum ialah 1jam.



Manakala menu masakan pula pihak casuarina@meru menyediakan pelbagai jenis juadah makanan dari masakan melayu hinggalah ke western, pornFood habis kau, masakan chinese, itali etc, semuanya disediakan dalam bentuk buffet so bayar sekali makan sampai kembung nak tapaw je tak boleh hehe tapi sebut nama gua kompom lepas hehe.

Menu masakannya pula bertema-tema gitu berikut antara tema yang pihak casuarina sediakan,
Isnin - Taj mahal (north Indian Cuisine)
selasa - Greate Wall Of chinese (Chinese cuisine)
Rabu - Banana Leaf (Curry House Of cuisine)
khamis - Selera kampung (Malay Cuisine)
Jumaat - Pisa ala mamia (Italian Western Cuisine)
sabtu - Sizzling, BBQ & SteamBoat.
Ahad - Around The World.

Manakala Harga Buffet pula RM25.00 untuk makan tengahari dan RM30.00 untuk makan malam.


untuk pengetahuan korang cafe di buka 24jam setiap hari dan juga khidmat room service 24jam, selain dari cafe ada juga Club lounge di aras 2 dan ada juga persembahan akustik dari jam 8.30 hingga 12 malam, apa yang menariknya lagi di aras 2 ni terdapat ruangan dengan suasana santai sambil menikmati pemandangan sekeliling, jangan risau casuarina tidak menyediakan minuman keras, wine yang mereka sediakan juga tidak mengandungi alkohol, gua ulangi tidak mengandungi alkohol..



Nak buat majlis perkahwinan? pon boleyy tak ada masalah pihak casuarina@meru menyediakan banquet dan catering service kalau tak silap gua hall free hanya perlu bayar service banquet and catering jika anda berminat boleh hubungi pihak hotel.

sebut nama gua gerenti setel kehkeh.

faciliti lain yang terdapat disini ialah Fitness Centre, convenience shop dan Business Centre.

kawasan meru raya agak jauh dari ipoh so apa yang menariknya? haa itu soalan gua sebenarnya tapi gua jawap sendiri hehe, terdapat kawasan yang menarik berhampiran bandar meru raya antaranya ialah

Sunway lost world of tambun.
Air terjun Ulu chepor.
Meru valley Golf & country club.
dan pasaraya Mydin (ada bowling okeh :D.

 nak ke ipoh pun tak jauh sangat sebenarnya gua jalan kaki je kehkeh. (kengkonon)

sebut pasal chepor ni haa banyak yang menarik sebenarnya, tapi gua tak nak cite kat sini hehe. lain hari gua story keh.

untuk harga dan keterangan lanjut korang boleh hubungi pihak hotel casuarina@meru macam gua cakap tadilah sebut je nama gua gerenti setel kehkeh, ataupun masuk je ke web rasmi disini.

setel keje gua, harap dapat payment la ye kihkih.





 



En.Malizan Hj Zakaria (GM Casuarina@Meru Hotel)


SO menarik tak ? untuk maklumat Lanjut boleh ke http://www.casuarinahotels.com.my/ atau boleh like laman fb rasmi mereka Klick sini.
Read more ...

Monday, March 17, 2014

Salebration Explorace 2014 Sunway Pyramid Memang #HAVOC

Turut hadir YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz


Bersempena dengan Tahun melawat malaysia ni Pihak tourism malaysia mengadakan pelbagai Activity bagi mempromosikan malaysia selain dari pihak media, blogger juga turut dipanggil bagi mempromosikan tahun melawat malaysia kali ini haa nampak blogger pun best apa.....

dan Akhirnya merasa jugaklah gua join Salebration Explorace 2014 yg di adakan di sunway pyramid, kehkeh. memang havoc, walaupun tak ada rezeki nak menang, tapi gua enjoy... Salebration Explorace 2014 dianjurkan pihak tourism malaysia sempena mempromosikan 1Malaysia Grand prix sale. eh betul ke, kehkeh.. gua tak dapat info lengkap..
yg gua tau makan free tuk blogger dan media itu memang haruslah... kann...

Pendaftaran bermula seawal 8.30pagi, selepas tu bekfes dan acara Explorace bermula pada pukul 10 gitu, habis satu Sunway pyramid berpusing hehe... setiap Kumpulan ada 5 anggota, dan kumpulan aku ada 4 gadis-gadis jelita, (muntah).. tapi aku nak luah kat sini clue dia memang hampeh, grrrr...

selain dari tu pada keesokan harinya (ahad) diadakan konsert ekslusif giler kerana turut dihadiri artis terkenal syasya solero awwwww dan ramai artis legend yg terlibat seperti Aris ariawatan, man kidal, Mojo, dan ramai lagi... sape yg tak pergi memang rugi, gua pun tak pergi kehkeh, ada hal yg tak dapat dielakkan...

orang cakap sambil menyelam minum air, haa sambil tu Gathering sekali dengan geng-geng blogger dari KBBA Lembah kelang, walaupun tak semua yg hadir, jumpa la jugak,
BIG thaks to berader Potia yg mengajak kami semua...



rakan media dan blogger.
Ni la para pemenang Explorace alaa dorang men cengelat ni, *nyampah* agagagaa.. tahniah Guys..

Uteh Dari famili blogger tercinta :D and myteam.




 si comel izzara qistina <3
si gojes Alisya. <3
Picture yg last ni team explorace yg paling rare dan paling ramai ahli, merangkap geng KBBA Lembah klang :D ada potia, Umi zara, mummy sue and Husban, Dikbee and mummy alisya.. :D
Read more ...

Thursday, February 6, 2014

Preview dan sinopsis film Kami Histeria




Terima kasih kepada ujang9897 sebab ajak aku pergi tengok preview filem terbaru terbitan Red films, sebuah filem ringan komedi seram Kami histeria, filem yg hampir keselurahannya di terajui oleh pelakon wanita jelita malaya siapa lagi kalau bukan Nur fazura Diana Danielle Nad zainal Mila jirin dan menampilkan seorang bakat baru Umie omar dan turut di bantu oleh izzue islam, juga turut menampilkan pelawak otai seperti afdlin shauki, sathiya babyface dan beberapa bekas peserta rajalawak... aku perasan kebanyakan film terbitan Redfilms lebih kepada wanita hehe adakah ini satu prejudis? kehkehkeh...







jalan cerita yg menarik, ringan, sesuai la untuk famili yg nak bersantai dan berhibur sambil release tension, lawak yg bersahaja, kami histeria menampilkan satu kelainan dari segi jenaka komedi dan visual yg menarik, berlainan dari lambakan filem filem komedi seram yg kebanyakannya boring (benda sama), satu cubaan yg berani, harus di beri pujian buat pengarah muda ini..

kalau anda peminat Nad zainal anda mesti tahu dia seorang pelakon yg serba boleh, aku yakin anda akan terkejut dan terhibur dengan watak Nad zainal dalam filem kami histeria...


dari segi runut bunyi pula amat mengkagumkan, kerana runut bunyi untuk filem kami histeria ini telah di jayakan dengan penuh gemilang oleh seorang pemusic legend Loque. sampai ada la menjerit dalam hall kahkahkahkah (klu la aku boleh record smlm) :D syabas diucapkan kepada Loque...

overall aku berani cakap tak rugi tengok filem kami histeria XOXO nora suka so nora bagi 4 bintanggg....









sinopsis.
Lima orang gadis remaja: Laila, Bad, Peanut, Airin dan Jojo mempunyai band mereka sendiri yang diberi nama “Kami Histeria”. Kumpulan ini berpindah ke kediaman baru di sebuah rumah pangsa yang berhantu. Semasa membuat rakaman lagu mereka, suara Langsuir turut dirakamkan dalam rakaman tersebut.
Lagu tersebut menjadi hit dan amat diminati ramai setelah dimuat naik ke YouTube. Mereka berusaha mendapatkan khidmat bantuan dari Cik Lang (Langsuir) untuk dirakamkan suaranya. Cik Lang sanggup membantu mereka dengan syarat sekiranya lagu mereka menjadi hit Cik Lang akan menuntut sesuatu daripada mereka. Bagaimana perjanjian kumpulan Kami Histeria bersama Cik Lang? Adakah Cik Lang berniat baik untuk membantu mereka atau sekadar helah untuk mendapatkan apa yang dihajati?



gambar sekitar preview malam kelmarin hehe.


saje nak menepek dengan artis. haha

 
 ok. dah habis, lokasi event berlangsung di TGV KLCC :)
Read more ...

Saturday, January 8, 2011

Sponsor post:The Green Hornet in 3D

Wassup ollss....entry kali ni umar nak promot filem terbaru yang gempak habis la lakonan mantop dari Jay Chou, Seth Rogen dan Cameron Diaz, The Green Hornet...
dan apa yang paling best sekali
sony malaysia ada buat contest yang cam best tuk korang nak tau lebih lanjut click je sini ada contest comfirm la ada hadiah hehee,nak tau hadiah dia apa korang usha la sendiri hehee so jangan la lepaskan peluang yang best ni...




sinopsis:

Following the death of his father, Britt Reid, heir to his father's large company, teams up with his late dad's assistant Kato to become a masked crime fighting team.

Director:

Read more ...
Designed By