Breaking News
Memaparkan catatan dengan label tempat menarik selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tempat menarik selangor. Papar semua catatan

Jumaat, 12 September 2014

Melawat Bee Farm dan Strawberry Park

Setamatnya acara Wing Of KKB perjalanan kami di teruskan ke Bee Farm dan Strawberry Park. Ramai yang kelihatan teruja apabila seorang ‘tour guide’ menerangkan mengenai spesies dah habitat lebah serta madunya. Lebah merupakan tarikan utama tempat ini tetepi ia juga mempunyai tarikan lain seperti Muzium Mini Serangga seperti rama-rama dan pelbagai spesies kumbang.

Ramai yang merebut kesempatan ini untuk membeli cenderahati dan mengambil gambar bersama koleksi rama-rama dan kumbang besar yang terdapat di sini serta menikmati air madu lebah yang sangat enak dan menyegarkan tekak. Manakala di Strawberry Park pula, kami sangat teruja melihat buah strawberi yang kemerah-merahan dan berbentuk seakan hati.

Selain daripada strawberi, disitu juga terdapat pelbagai jenis bunga-bungaan seperti Lavender,Ros, Kekwa dan banyak lagi. Aneka jenis cenderahati yang berunsurkan strawberi boleh juga didapati disini untuk dijadikan sebagai kenangan ketika berada di Strawberry Park Genting. Menarik bukan?

Read more ...
Designed By