Breaking News
Memaparkan catatan dengan label visit melaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label visit melaka. Papar semua catatan

Sabtu, 13 September 2014

Menara Taming Sari Warisan Melaka

Anda kini berpeluang mengelilingi bandar bersejarah negeri Melaka dalam keadaan yang selesa dan bergaya pada ketinggian 80 meter di Menara Taming Sari. Nikmati Keindahan selat Melaka yang luas dengan pembangunan yang pesat di bandar warisan dunia negeri melaka.

Menara Taming Sari yang terletak di Jalan Merdeka, Banda Hilir, Melaka ini telah dibuka pada 18 April 2008. Menara setinggi 110 meter ini direka berinspirasikan lagenda Keris Taming Sari. Kami juga tidak ketinggalan untuk melihat keindahan bandar negeri melaka dari jarak tertinggi.

Menara Taming Sari merupakan menara pertama di negara kita yang mempunyai struktur berpusing sepenuhnya. Dan boleh memuatkan 66 orang dalam satu masa. Disini juga terdapat restoran, kedai runcit, Khidmat Photo dan juga terdapat pelbagai cenderahati yang menarik. 

Melaka Taming Sari Berhad Office

Tell: +606-288 1100

Read more ...

Melaka River Cruise Warisan Sejarah Sungai Melaka

Melaka River Cruise Warisan Sejarah Sungai Melaka.

Menyusuri laluan warisan sejarah sungai melaka merupakan satu aktiviti yang menarik selain dari dapat melihat keunikan bandar warisan melaka yang kaya dengan sejarahnya kami juga dapat mempelajari serba sedikit mengenai sejarah di negeri melaka.

Sungai melaka merupakan laluan utama pedagang pada suatu ketika dahulu, melaka merupakan kawasan perdagangan yang terkemuka di dunia, tidak hairanlah jika kita lihat pelbagai warisan yang wujud di melaka hari ini.

Sesetengah bangunan usang tersergam indah yang telah wujud sejak zaman kegemilangan negeri melaka di lihat masih utuh berdiri sehingga ke hari ini, ianya dapat anda saksikan sepanjang merentas sungai, desa dan perkampungan moden yang menyinpan pelbagai cerita.

Dengan hanya bayaran RM8 anda akan di bawa berlayar menaiki kapal persiaran selama 45minit bersama seorang "tour guide" yang akan menerangkan mengenai sejarah di sepanjang sungai tersebut.

Melaka River and Coastal Development Corporation
Telefon: +606-281 4322/ 23

Read more ...
Designed By