Sabtu, 11 Disember 2010

4 golongan lelaki yg menempah neraka...


Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.



Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.



Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.



Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.



Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-



" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."



Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..



Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.

ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.



Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.



AMIN YARABBALALAMINa279;



apa yang perlu kita buat, tolong copy paste yer, kemudian kita tolong sebarkan.......

Note: sharing is Caring and peace no war.. :) renung2knlh....

22 ulasan:

  1. kaum lelaki memang kn lalui byk cabaran...didunia mahupon akhirat...

    BalasPadam
  2. cabaran dan tanggungjawab yang sangat berat, terutama para suami yang mempunyai anak..
    mendidik isteri dan anak dipikul oleh bahu yang bergelar 'lelaki'

    BalasPadam
  3. minta dijauhkan dr perkara2 di atas...Amin

    BalasPadam
  4. kesiannya.. adakah salah wanita lelaki ke neraka? :(

    BalasPadam
  5. tanggungjawab lelaki memang berat



    terbaru ; KERING

    BalasPadam
  6. sbb tu Allah kata dlm Quran
    "arrijalu qawwamuna a'la annisa'"

    BalasPadam
  7. minta-minta saya tak jadi penyebab lelaki ke neraka...

    BalasPadam
  8. Lelaki dan perempuan, ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.

    BalasPadam
  9. sesuai dengan amanah yang diberikan kepada golongan lelaki supaya menjadi pembimbing ke arah kebenaran.

    kalau dapat jalankan amanah dengan bagus, bagus lah balasannya, tak gitu?

    BalasPadam
  10. tggjawab sorg laki mmg berat !
    tp yg peliknye.., golongan yg ramai dlm neraka adalah PEREMPUAN !

    n susah jugak ade sdara mara or anak perempuan sbb susah nk jaga ! bak kata pepatah. " lbh senang jaga sekandang lembu dr jaga seorang anak perempuan"... hahahhhhaaaa.....

    ape2pn.., sayangi lah ayah, abang.., adik lelaki.., saudara lelaki anda ye ! **tetiba

    BalasPadam
  11. besarnya tanggungjawab seorang lelaki. kepada lelaki2 selamat menempuhinya. :)

    BalasPadam
  12. huhu semoga kita tak tergolong dalam orang2 yang lalai.. AMIN...

    BalasPadam
  13. susah sebenarnya jadi lelaki ni kan? ada org ckp.. "kau lelaki senang la" padahal jadi lelaki lagi susah.. nak tanggung dosa anak isteri lagi kan. moga-moga kita diberi kekuatan utk jadi lelaki yg baik2.

    BalasPadam
  14. tanggungjawab besar seorang lelaki sebagai pemimpin. semoga entri nie menjadi renungan :D

    BalasPadam
  15. jadi orangg laki kena la menjadi pelindung dai azab dunia dan akhirat... bukan menjadi perogol atau lelaki yang tak berguna.. aduih.. sori kalau emo skit...

    BalasPadam
  16. hati2 kaum lelaki..biar di sini letih tetapi di sana berehat

    BalasPadam
  17. banyaknye tanggungjawab... berat..

    BalasPadam
  18. tanggungjawab sbg lelaki harus dipikul dgn penuh tabah kan ? :)

    BalasPadam
  19. bersedialah lelaki dengan ilmu bukan dengan ego

    BalasPadam
  20. Hello my friend.
    My wife had surgery for cataract.
    I help around the house.
    The other eye Tuesday.
    Good Sunday.
    Teb.

    BalasPadam