Khamis, 6 Januari 2011

Diskriminasi jalanraya....hanya 2 roda


Sedang anda leka menunggang motor di lorong tepi... tiba2x anda terdengar bunyi seretan tayar dari belakang & dalam sekelip mata anda rasa diri anda melayang, jatuh terhempas di atas jalan & anda sedaya upaya untuk bangun semula namun anda tetap berguling & terseret... bila anda buka mata anda, anda pandang ke sebelah anda lihat motor kesayangan anda terperosok di bawah kereta, anda cuba bangkit dalam keadaan lemah, anda lihat tangan anda kaki anda dipenuhi luka, pedih sangat... anda berdiri & berjalan terhencut2x & pada masa yang sama pemandu kereta tersebut tanpa sebarang luka berjalan menuju anda & bertanya... "adik ok ke? sy mintak maaf sangat2x... td sy x perasan adik... sy x sempat ngelak td..." apa agaknya jawapan yang anda akan berikan? Dengan semudah perkataan maaf & wang gantirugi sebagai ganti nyawa yang hampir terancam... Betapa rendahnya nilai nyawa kita di mata mereka.

Hanya 2 roda... inilah dilema yang terpaksa ditempuhi oleh setiap penunggang motorsikal... Baik motor kapcai atau superbike, penunggang motorsikal sering menjadi mangsa diskriminasi jalanan... lihat sendiri statistik kematian melibatkan penunggang motorsikal... adakah semuanya berpunca dari penunggang sendiri? atau berpunca dari kecuaian mereka? Memang diakui, terdapat segelintir penunggang motorsikal yang langsung tidak mengendahkan keselamatan diri atau lebih senang ditafsirkan sebagai mat rempit. Tetapi harus diingatkan sekali lagi, bukan semua penunggang motorsikal adalah mat rempit & adalah tidak adil untuk meletakkan sepenuhnya beban kesalahan terhadap penunggang motorsikal jika berlaku sebarang kemalangan. Acap kali kita akan mendengar mulut2x orang berkata jika berlaku kemalangan "elok mampos je budak ni, bawak motor menyusahkan orang"..... "Budak ni bawak laju ni".... "Lori depan mata tak kan tak nampak".... "padan muke ko" sedih rasenye jika kita berada di tempat mangsa kemalangan ni, sudahlah menangung kesakitan, dicemuh lagi... siapa kita untuk menghukum manusia? biarlah pihak yang berkenaan untuk menjatuhkan hukuman jika kita benar2x bersalah... tapi bagaimana jika hakikatnya bukan kesalahan kita?

Saya percaya, setiap penunggang motorsikal mesti mempunyai pengalaman ngeri, pahit semasa menunggang motorsikal di atas jalan raya... mungkin sedang anda menunggang motorsikal secara tiba2x lori yang tayarnya sama tinggi dengan anda menghimpit anda atau kereta di depan anda secara tiba2x menukar lorong ketika anda berada di lorong sebelah atau kereta keluar masuk simpang tanpa mempedulikan anda yang sebenarnya sudah terlalu dekat dan bermacam2x lagi insiden yang bole mengakibatkan kemalangan... saya sendiri sudah hampir lali dengan situasi begini terutama di bandar2x besar dimana masing2x saling mengejar masa sehingga tidak mempedulikan penunggang motorsikal yang turut menggunakan jalan raya untuk menuju destinasi masing2x...

Malang tidak berbau, malang boleh menimpa tidak kira samaada anda menunggang motorsikal atau kereta & sebagainya... tapi ingatlah, ketika anda selesa memandu dalam kereta yang berhawa dingin di dalam hujan yang lebat, kami sedang bergadai nyawa menunggang motorsikal di dalam keadaan tersebut, jangan jadikan alasan tidak nampak kerana hujan lebat sebagai alasan jika anda terlibat dengan kemalangan dengan penunggang motorsikal kerana adalah tanggungjawab anda sebagai pemandu untuk lebih fokus terutama pada penunggang motorsikal. Jika anda memandu kereta & terlibat dengan kemalangan, masih ad dinding besi di sekeliling anda untuk melindungi anda tetapi kami, hanya tubuh & takdir yang akan meneruskan nafas ini...

Buat semua penunggang motorsikal, jangan sesekali anda ambil mudah isu keselamatan semasa menunggang motorsikal, pastikan helmet anda bukan dari jenis yang longgar & diluluskan oleh sirim, helmet bukanlah sekadar fesyen tapi ianya perlindungan terbaik untuk melindungi kepala anda jika anda terlibat dalam kemalangan, keselamatan lain seperti jacket, glove, kasut & sebagainya juga perlu dititikberatkan... pastikan juga motorsikal anda tidak diubahsuai sehingga membahayakan diri anda sendri, patuhi undang2x jalanraya, jangan sesekali menempah maut dengan menunggang secara berbahaya seperti seorang mat rempit, & buat adik2x yang baru dapat lesen & baru menunggang motorsikal, jangan terlalu gembira sehingga anda alpa dengan keselamatan anda, saya bercakap begini sebab saya sedih bila kemalangan maut melibatkan motorsikal kebanyakan melibatkan umur belasan tahun yang saya kira baru lagi memegang lesen... Mulakan perjalanan anda dengan bismillah & doa, semoga anda selamat pergi & balik... sekian dari saya, sebarkan jika anda rasa bertanggungjawab, tegurlah jika ada kesilapan...

Hapuskanlah gejala rempit, kurangkanlah kadar kemalangan, hidupkan sebuah dunia permotoran yang sihat...

56 ulasan:

  1. haih~ sebab itula hawa adik-beradik dilarang menunggang motorsikal sejak dari kecil :D

    BalasPadam
  2. Sangat bersetuju dengan entri ni, baru sembang ngan kawan tentang perkara yang sama petanf semalam, alih2 ada entri camni pulak, macam tau2 je, haha :)]

    BalasPadam
  3. baru je discuss dngn kengkawan nak bawa motor tuk pegi kelas...ala...............

    BalasPadam
  4. dlu saya merempit je dari student smp keje..tp alhamdullilah juz kena ati2 je.. nie dok pkir nk bil blik moto coz myk naek lagi...

    BalasPadam
  5. mmg kene ar bro wat artikel niew.. kasi mat2 kete ngan uncle2 lori sedar sikit org2 kerdil cam aku yg bawk mtor ni.. pnah dulu sebulan aku terlantar xcident kene tibai seret ngan dua biji kete skaligus.. time ari raye plak tue.. aku nie pgguna kete jgk cam diowg tapi 70% bnyk gune mtor gi kje tapi x lar sampai men tibai jerk bwk kete menonong.. sowi ar der aq emosi sikit.. bak kata org tua, luka lama berdarah kembali... hahah.. neway, nice article.. =D

    BalasPadam
  6. Napa IP aku kena ban kat sini, xdpt la tinggal jejak lagi kat shoutmix awak huhuhu....

    BalasPadam
  7. aku bukan nak slhkan org bwk motor ke ape..tapi most of them mmg suke cilok sane cilok sini...kdg2 org yg bawak kete mmg xnampak..dok himpit kete tu watpe..bila kete brek mengejut kan da berlanggar..kpd org yg bawak moto..cube korang bawak kat laluan moto jek..mbe aku cakap kat laluan tu salu de paku etc sbb tu org bawak moto msk kat laluan kete..tapi bila msuk kat laluan kete lg bahaye ok..kalau dok kat laluan moto jek aku rase xcident dpt dkurang kan..ini pendapat aku...=)

    BalasPadam
  8. kerana nila setitik rosak susu sebelanga,,
    sbb kn beberape kerat mat rempit yg prngai mcm lahanat, tak pasal2 ramai penunggang moto pon dicop samseng jlnan..

    BalasPadam
  9. penunggang motorsikal adalah org yg berisiko tinggi terlibat dalam kemalangan....

    BalasPadam
  10. memang2...g keje naik moto...incik2 yg bawak lori tu laa haii...keja himpit je...tawula besaq pown..huhuu

    BalasPadam
  11. saya mengikut konvoi dua tahun lepas.
    masa zaman kanak kanak.
    boleh lah dikategorikan begitu cewahhh
    sekarang sudah berumur 17 tahun.
    cepat sungguh masa berlalu.
    konvoi moto di harui raya bersama sama teman teman.
    seronok apabila motor dispeed laju.
    tetapi sampai di selekoh tajan highway ke raub pahang helemt saya melayang dan saya sempat menyambutnya.
    aksi saya itu sebenarnya tanpa disedari boleh menyebabkan saya kematian
    kerana ada 3 line di highway.
    line 1 kereta avanza.line k2 lori pengangkut minuman kotak dan ketiga proton wira yang telah diubahsuia menjadi lancer..
    kalau tidak matilah saya disitu..
    ngeri sungguh..
    teridam selepas itu

    BalasPadam
  12. sentiasa berdoa semoga allah selamatkan perjalanan pergi dan balik kerja suami akak...sesunnguhnya akak tahu bertapa besar dan tingginya risiko kemalangan yang boleh dihadapi oleh semua penunggang motosikal....walau sekurang hajarnya manapun penunggang motosikal kepada akak....akak tetap bersabar dan sentiasa mengalah demi keseamatan nyawa diorang semua....cuma kadang2 ada juga penunggang motosikal yang tidak langsung menghiraukan nyawa sendiri.....

    BalasPadam
  13. mat motor dan mat rempit adalah 2 spesis yg teramat berbeza...motor ni mcam dianaktirikan kat jlnraya..mntang2la road tax 2ringgit je..huh..

    BalasPadam
  14. ajal dan maut di tangan tuhan. kita hanya merancang dan berusaha mengelakkan malapetaka yang mungkin terjadi, tetapi segalanya telah dirancang sejak azali lagi.

    Entry terbaru: Promosi! Akaun Hotfile 6 Bulan Rm20 Sahaja

    BalasPadam
  15. hurmmm...besa laa...kenderaan kecik memang selalu jadi macam tuh..pernah je sy eksiden tp alhamdulillah lar tak teruk pun,

    BalasPadam
  16. sy suke bwk moto laju2,rempit cket2 je. baik~lpas ni hati2..penah jtuh moto kut kat tgh jln raya yg sesak n jem time ujan. slamat alhamdulillah :P

    BalasPadam
  17. @ameer

    aku setuju dgn ko,adkh pak aji yg g surau nek moto tu pn mat rempit agagaa...

    BalasPadam
  18. aku rase malaysia should provide litar rempit untuk semua orang yang suka merempit..huhuhu..nanti xde la diorang merempit kat jalan raya

    BalasPadam
  19. @ dieabella

    tak berapa setuju dgn anda,laluan moto ade di highway je,tu pn highway2 trtentu je,kt tgh2 kl or bndar celah mne ade laluan moto,kt kg2 lg la laluan 2 way selalu brlaku kemalangan maut, ayat 'tak perasan' sangat xboleh diterima... nyawa mnusia tiada nilainya so sama2lah menghargainya :)

    peace no war... ;)

    BalasPadam
  20. Salam, Helmet ada cap sirim pun tak mengecualikan kita dri malapetaka, dh banyak helmet cap sirim duk bawah tayar lori. Itu just utk 'undang2'utk kita lebih teratur. Anyway, Allah lagi berhak atas tiap2 sesuatu, termasuk kejadian2 yang kita alami & org lain alami, redha & ikhlas menerimanya sebagai Qada & Qadar Ilahi. TQ - Nice post! i like

    http://myskrempes.blogspot.com/

    BalasPadam
  21. org yg drive kereta kebanyakannya laju2 mengalahkan mat rempit..sama gak ngan bawak lori dan bas tu hah..huh..nyampah..

    BalasPadam
  22. kalau org yang dok bawak kereta je memang tak fikir penunggang motor,lu pikir la sendiri!!!!

    BalasPadam
  23. Tiada kata selain berhati-hati di jalan raya dan fikirkan nyawa sendiri serta orang lain

    BalasPadam
  24. urm..xde komen ape2..just nak sampai kan pesanan nie "HATI-HATI DI JALAN RAYE"...ajal maut d tgn TUHAN

    BalasPadam
  25. xde semua jalan ada lorong khas motor..kena lebih berhati-hati la setiap masa ^_^

    BalasPadam
  26. assalamualaikum cik umar..
    memang selalu kes kemalangan 70% motor
    paling sedih bila langgar lari...
    innalillah... geram sungguh

    tetapi terkadang angin jugak dgn
    pemboncing motor.. bawak motor
    macam tok dia punyer... angin kus2 ler

    BalasPadam
  27. Bagus tajuk entry haNG... i lIKE....

    Tak kan pak aji pon kita nak panggil rempit?sebab dia naik motor. Aku pun naik motor jugak, aku ada kereta jugak. Tak boleh salahkan orang naik motor je... kalau kita berhati2... orang hantam jugak.... so kena la selalu beringat....

    http//:kopiolaici.blogspot.com

    BalasPadam
  28. entri bernas. saya bawak gen2 haha gurau http://bilatergigithalia.com/2011/01/05/tudung-shawl-menyakitkan-mata-fatin-liyana-irine-nadia-m-diketuk/

    BalasPadam
  29. majulah sukan untuk negara...hahhahaa,xda kaitan langsung..huuhuhuhu

    BalasPadam
  30. Kadang orang bawak motor ni pun menyakitkan hati gak. Segelintir tu la. Dah tahu jalan jamn, lagi nak bawak laju pastu cilok masuk lane sana masuk lane sini, kita nak tukar lane pun risau.


    Terbaru > Lelaki di Utara Banyak Main Cinta Dengan Wanita Thailand? > One Step Closer to the Maxis Om Nom Nom Race > Tukar Banner/Link Dengan phreak-id

    BalasPadam
  31. :D kopi ais satu hehe ber hati2 di jalan raya

    BalasPadam
  32. nilah risiko yg penunggang motor kena tanggung...

    BalasPadam
  33. @umar yg cute

    betul umar xperasan...kadang2 tetibe da ade kat tepi belah driver..pe cer?kalau ye pon xde laluan moto..duduk jek belah kiri sekali..kan senang...=)

    BalasPadam
  34. @Byah Tingtong

    xsetuju..nanti lagi ramai mat rempit..

    BalasPadam
  35. kadang2 tu kenderaan yang besar langsung tak prihatin pada kenderaan yang kecik...ikut suka diorang je nak potong jalan..

    BalasPadam
  36. betul tu..
    suka entry ni..
    bila budak perempuan bawak moto lagi la, suka2 je nak himpit2, nak hon2, nak ikut dekat. buat orang takut je.
    paling tak suka bila orang yang naik kete mewah bukak tingkap maki2. ish bukan jalan bapak die..

    BalasPadam
  37. takmo naek motor kat jalan raya sibuk :((

    BalasPadam
  38. sama2 kita jadi pemandu berhemah x kira motor kereta lori.....
    insyaallah selamt dijalan raya selain mematuhi undang2 pandu cermat jiwa selamat

    gud n3 umar

    BalasPadam
  39. tak jugak umar...kadang2 org yg bawak moto ni, nampak je kita bg signal, dia pecut lalu sebelah sambil hon2...kalau dekat takpe la..ni dr jauh bole pecut.kalau yg bwk kete panik, kena langgar, marah pula...tak semua la..certain2 je...
    p/s:mama tak bg hubby bwk moto sb fobia tgok jenazah arwah kwn xciden moto 5 tahun lalu...

    BalasPadam
  40. manusia ...handle..troater(pemulas minyak),pedal minyak,gear dan stering...manusia kalau dah pegang nie....memang selalunya hilang pertimbangan sikit,sederhana,separuh,hampir semua....walaupun dia pensyarah...tak caya....PM pun laju gak huhu

    BalasPadam
  41. tak tahu pulak seri, pengalaman seri biasanya knderaan kecil ni yang selalu buat masalah. sering masok sini masok sana kekadang masok pulak tu ikut sebelah kiri.

    BalasPadam
  42. bagus jgk nie..moga2 kita dilindungi dari perkara2 yang tidak diigini berlaku..mijie pun pernah mengalami insiden nie..mijie accident time form 2. lesen pun xde lagi. hehe..

    Penunggang motosikal perlu lebih berhati-hati kerana kebanyakan mereka suka sangat potong ikut sesuka hati tanpa bagi signal. kadang2 geram jugak dengan orang2 macam nie kn..mijie pun mcm ni gak dulu tp sekarang dah insaf..hehe

    BalasPadam
  43. tidak kira naik motor ataupun kenderaan apa, harap mereka memandu dengan berhemah...untuk keselamatan bersama...

    BalasPadam
  44. lumrah dunia bro..bukan kenderaan jer orang pon kalau kecik asyik jadik mangsa, negara kecik pon sama. sebelum naik kenderaan baca la doa naik kenderaan no supaya selamat.

    BalasPadam
  45. ingat satu jew "berhati-hati dijalan raya,ingatlah orang yang tersayang" :)

    BalasPadam
  46. berhati hati di jalan raya :)

    BalasPadam
  47. tu la...tak adil ko....lagi2 lori...cam faker je....ciss!!

    BalasPadam
  48. Pengalaman mengajar kita berhati-hati.

    BalasPadam
  49. Sebagai student, mana la mampoo nk naik kete. Hanya moto menjadi teman. :)] (jap ada org call)..sambung balik....terpaksa la nk wat cmner. nk ulang alik umah susah la skit. Hujan dan panas tp nk wat cmne. Tu je ada. Nk naik public transport, elok la sampai berjanggut. Sy stakat ni x pernah xcident trok2 tp ada la satu tragedi yg mana sy tgh drive kt highway scara tiba2 ada segaris minyak dan sy yg tengah bwk hampir jatuh..fuhhh, slamat. :-o

    BalasPadam
  50. tidak mahu menunggang dan memboncengnya sama sekali..takoot.

    BalasPadam
  51. Betul tu, bahayanya penunggang 2 roda dijalaan.. MJ sendiri penah jatuh bergolek ala2 filem hindustan di jalan.. huhuu

    BalasPadam
  52. btol.. org yg bwk motor ni xpandang kiri kanan yg kt belakang dia dh terjerit2 pon dia xpandang..bile dh berdarah br nk tanyer sakit ker???

    BalasPadam
  53. ada member xcident kena langgar.langgar lari. yang physo nye, pemandu kereta itu seorang wanita, ya wanita kejar moto yang dinaiki oleh kawan saya dan suami nya lalu melanggar dari belakang dengan sengaja..ya..dengan sengaja.akibatnya, kawan saya tangan dah separa robocop.

    BalasPadam