Jumaat, 17 Disember 2010

Kisah Waiter yg Terlampau..


Seorang lelaki pergi ke sebuah restoran dan memesan semangkuk sup.Kemudian seorang pelayan datang membawa sup tersebut dengan jarinya tercelup di dalam sup tersebut, tetapi lelaki tersebut mengabaikan perkara tersebut.

Pelayan tersebut bertanya, “Adakah tuan mahu memesan apa-apa lagi?. Kami ada daging panggang yang sangat enak hari ini”.

“Macam sedap, baiklah saya mahu memesan daging penaggang tersebut”,kata lelaki tersebut.

Kemudian pelayan tersebut membawa daging panggang tersebut, tetapi jarinya diletakkan di dalam daging tersebut. Lelaki tersebut menjadi sangat marah tetapi masih lagi dapat mengawal perasaan marahnya.

“Adakah tuan mahu memesan pai epal?” Tanya pelayan tersebut.
“Baiklah” Kata lelaki tersebut.
Kemudian pelayan tersebut membawa pai epal tersebut dan kali ini jarinya dicucukkan ke dalam pai epal tersebut. Perasaan marah lelaki itu semakin membuak-buak.
“Adakah tuan mahu kopi?” tanya pelayan tersebut dan lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya. Kemudian pelayan tersebut membawa secawan kopi dan jarinya di dalam kopi tersebut. Kali ini lelaki tersebut tidak dapat menahan lagi kemarahannya.

“Apa yang kau buat ni hah?!! Setiap kali kau bawak makanan, mesti jari kau di dalam makanan tu.!!” Marah lelaki tersebut.

“Maafkan saya tuan, jari saya ni ada penyakit dan doktor menyuruh saya sentiasa meletakkan jari saya ini ke dalam sesuatu yang panas dan lembab.” Jawab pelayan tersebut.

“Habis tu, kenapa tak letak je dalam lubang punggung kau?!!!”. Marah lelaki tersebut.

“Habis tu, mana tuan fikir saya letakkan jari saya tu masa di dapur?” Jawab pelayan tersebut.

37 ulasan:

  1. cis pengotor nye waiter,,kalau tau ada waiter wat cam tuh,mmg confirm pas ni x pergi

    BalasPadam
  2. erkkk adakah???beginikah???
    k fine...makan kat uamh lg batter kot hakhakhak

    BalasPadam
  3. Kalau Waiter kt Kdai Makan yg Ash pergi nnti Mcm ni.. Ash balik tanpa bayar! hoho

    BalasPadam
  4. Hahaha..selebet siot waiter tu!
    COnfirm aku terus blah kalau ada waiter camtu.. :p

    BalasPadam
  5. owh?!!! jadi selama ni ak makan bekas punggung ko lah....hahahaha.

    BalasPadam
  6. macam s...
    tapi dulu ada dengar satu kes...
    kes seorang pelanggan yg soooo annoy pastu si tukang masak tu bengang n ludah dalm makanan yang dimasak untuk that pelanggang. eurgggh

    BalasPadam
  7. muntah jap....bodoh jek..hahahaha

    BalasPadam
  8. yayyyyyyyyyy pengotornya pelayan ituuu haha

    BalasPadam
  9. Aduuh.. terbantut selera pelanggan camtu! ;D

    BalasPadam
  10. gilaa dohh waiter tu . eeuuww .

    BalasPadam
  11. eeeyyyyyyy yux!hahaha

    BalasPadam
  12. hahahahahaaaaaa..tah pape g..xsenonoh

    BalasPadam
  13. eeii... kalo den, muntah jugak kat situ.. haisyy..

    BalasPadam
  14. tersangttttt la melampau..
    sape majikan dia tu??

    BalasPadam
  15. selekeh betul wuekkss!

    BalasPadam
  16. xgune punye waiter,, emosi sangat bace lawak ni, haha

    BalasPadam
  17. @sakdi

    cik sakdi thnx ye sbb melawat xde blog ke..

    BalasPadam
  18. @umar yg cute

    kalau bab2 kelaka + xsenonoh, layan je,kelaka.. haha incik umar,,saye akan selalu melawat sini, haha *tengok gambar waiter ni pon dah berdekah,haha

    BalasPadam