Jumaat, 31 Disember 2010

Ucapan Maaf Seorang Lelaki Boleh Menyehatkan Jantung Wanita

Bismillahirrahmanirrahim.....

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.



Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat ‘bekerja’. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.



Bermaafan la kita yer jika melakukan kesilapan...sekadar info :)

33 ulasan:

  1. Orang yang minta maaf pula? Tekanan darah diaorang menurun tak? Ye la, pas dah minta maaf, biasanya dah lega rasa.

    BalasPadam
  2. "Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain "

    err~ tak bertapis ayat nih....

    BalasPadam
  3. mahap ye umar...he he he...rasulullah mmg suka orang yg meminta maaf dan memberi maaf....

    BalasPadam
  4. tapi lelaki susah nak mintak maaf...ego tinggi, huh

    BalasPadam
  5. sy nak jantung yg sehat..umar...mintak maaf skrg!
    ok..gurau jer~

    BalasPadam
  6. umar cepat mintak maf kat aku..haha

    BalasPadam
  7. mintak maaf jugak kalau ada salah silap :)

    BalasPadam
  8. yela sbb pmpuan ni kn pemaaf orngnya,,
    :)

    BalasPadam
  9. saya minta maaf ye kalau tulisan saya ini menghiris hati & jantung mana-mana pihak.. Selamat Maju Jaya:)

    BalasPadam
  10. umar... knp ip address sy kene banned dr shoumix kamu?
    xblh nk conteng shoutmix :P

    BalasPadam
  11. owhhhhh betol2...sihat jantung popmpuan dgr camtu^^

    BalasPadam
  12. Sempena dgn tajuk entry, ak nak minta maaf kepada semua orang termasuk kamo umar..huhu

    BalasPadam
  13. buat baik dibalas baik, buat jahat, kita balas dgn kebaikan jgk....

    BalasPadam
  14. tip info yang baik untuk renungan semua terimakasih

    memang susah untuk meminta maaf,,tapi yang susah itu rupanya obat untuk org lain...tq2

    BalasPadam
  15. kalau saling menyayangi tentu akan mudah saling memaafkan

    sangat bagus kawan, ^_^ salam hangat dari kota Balikpapan, kalimantan Timur.

    BalasPadam
  16. kadang2 bosan dengan lelaki yang asyek nak mintak maaf,tapi perangai di takuk lame, haha

    BalasPadam
  17. bila kita minta maaf dan memaafkan, hati kita akan tenang...fikiran pon jadi siuman...biasa kalau hati tak tenteram ni, mulalah nak bertindak di luar kawalan mcm org tak siuman...kehkehkeh

    BalasPadam
  18. tapi sekarang saya sangat marah ni!!
    kenapa banned saya at your shoutmix !!! x(
    huhuhu

    BalasPadam
  19. yeah,, betol tu.. saye mintak MAAF ye umar.. :)

    BalasPadam
  20. adusss...aku pun kena banned dari shoutbox....

    BalasPadam
  21. terima kasih utk info ni..pasni kene ckap cmni la kt org pompuan.." saya minta maaf dgn ikhlas ni" huhu

    BalasPadam
  22. maaf tu perlu disusuli dengan keinsafan jugak lah kan? kalau minta maaf, esok buat lagi, bagi perempuan kena heart attack lagi adelah!

    BalasPadam
  23. lina setuju! tp nak tgu laki mntk maaf boley gak wat pompuan pendek umo..ish...susah btl nak mintk maaf ikhlas2..

    BalasPadam
  24. kalo laki mintak maaf, mesti pempuan cair punyer...biase la diowg tu spesis suka kasih syg...

    BalasPadam
  25. lelaki susah mintak maaf..seikhlasnye la..kalau senang je ckp sorry tu tak ikhlas, betul ke?

    BalasPadam