Rabu, 16 Mac 2011

Blogger MUdah Lupa....



Tajuk macam politik pulak hahaha...Adeh malas betul nak menaip hehee...apa khabar semua sihat,dah dengar puisi dari Malique dan tun kita tu belum? malas? tenet slow?? hahaa...guna la unifi laju beb (bape TM nk bayar aku ni hahahaa)

Puisi tu dah lama dah sebenarnya tapi bagi aku baru ke lama ke yang penting isi dia tu, dalam maksudnya tu,bukan apa saban hari dan waktu bila aku blogwalking je ada je kes blogger bergadoh..blogger ni banned blogger ni,blogger tu tiru blogger tu,kau copy entry aku, aku rembat entry kau?? kau jadi anon kutuk aku,aku jadi anon maki kau?? apa kejadahnya...macam budak bodoh je gadoh dalam alamaya ni..
(cehhh emosi hahaa)

1.nya aku malu la sebagai bangsa melayu yang beragama islam..,islam ye, kat mykad aku agama islam hehee...
2.nya bertambah malu bila bangsa lain melihat dan mentertawakan bila bangsa melayu seolah berpecah belah...
3.nya lu ingat blog ni setakat kat malaya ni je ke boleh bukak dan baca,ingat geng sesama lu je yang bukak baca dan lihat bila korang memulakan aktivity gadoh dialamaya ni..blog ni global la der satu dunia boleh tengok? masalah bahasa? tak ada masalah la google translate ada...


P/S: dunia seakan semakin diambang kemusnahan,mana baik mana buruk tak akan gua nak kasi tau pulak.... assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.....

3 ulasan: