Khamis, 7 April 2011

Kisah putri dan pahlawan yang hensem lagi cute



Pada suatu hari di sebuah pulau yang terpencil jauh disudut pulau-pulau yang ada disemenanjung,disitu wujudnya sebuah istana yang sangat indah dan di kelilingi dengan air jatuh...dalam keindahan tersebut ada cerita 1000 suka duka seorang putri,yang digelar putri zara yang sangat cantik,raja pulau tersebut sangat zalim dan kejam,pada suatu hari datang sekumpulan utusan dari negara kg dusun,putera kg dusun tersebut berhasrat untuk mengahwini putri zara,dan raja bersetuju demi memperluaskan empayar beliau dan memaksa putri zara berkahwin...

tetapi putri enggan,dan dalam kesibukan utusan negara kg dusun dan raja tersebut berbincang tentang majlis perkahwinan tersebut,putri dan seorang dayang kesyangannya telah merancang untuk melarikan diri..tetapi dayang tersebut sangat takut tapi terpaksa akur dengan kemahuan putri zara,pada malam tersebut putri dan dayang telah pun berjaya melarikan diri,pada keesokan harinya maka kecohlah istana dengan kehilangan putri zara..raja sangat marah dan menghukum semua dayang yang ada atas tuduhan bersubahat...


akhirnya putri zara sangat gembira dan happy go lucky apabila dia merasakan begitu bebas, seperti terbang diawanan... tiba-tiba putri telah tersesat,dan diserang oleh sekumpulan perompak yang sangat hodoh,putri dan dayang menjerit meminta tolong


'helpp helpp plss helpp us helpp us' 'tolong jangan apa-apakan hamba' rayu putri 'ohh tidak hamba tidak akan mengapa-apakan tuan hamba hahahaa' 'boss ayam serama ni boss' celah perompak hodoh 1,aahh diam kau, aku akan uruskan hahaa'

dalam kekecohan tersebut muncullah suara yang sangat merdu lagi mengasyikkan, 'tuan hamba yang hodoh kalau mahu bertarung carilah yang padan masakan perempuan tuan hamba nak buli ah ahh ha ha' perompak-perompak yang hodoh itu pun kelihatan cuak, 'siapa tuan hamba?? hamba ayoun samseng dan selaku perompak yang termasyur tuan hamba jangan cuba cari nahas buruk padahnya'

warning ketua samseng tersebut,tetapi sikit pun tidak menggugat pahlawan yang hensem tersebut dah la hensem segak bergaya pulak tu,

'tuan hamba tolong selamatkan kami' jerit dayang, putri zara hanya tersenyum-senyum sepoi-sepoi bahasa, 'tuan hamba berdua jangan risau memang tugas hamba,biar hamba habiskan samseng ini' dengan lagak bergaya dan kacak pahlawan tadi terus menyerang kumpulan samseng yang hodoh tersebut,

setelah 30minit pertarungan berlangsung akhirnya kesemua penjahat tadi berjaya ditewaskan dan akhirnya telah diserahkan dibalai polis bukit aman, tuan putri pun mula mengorak langkah dan berterima kasih kepada pahlawan tersebut,


'oh sebelum lupa hendak bertanya siapakah gerangan mu wahai pahlawan yang kacak?' 'ehh tuan hamba buat hamba malu la hhee, ' agak gedik disitu ya, 'nama hamba umar' orang memanggil hamba umar yg cute, tuan hamba ni siapa dan dari mana mengapa boleh sampai disini..

tanya pahlawan tersebut. 'ohh panjang ceritanya kalau hamba cerita nanti bersambung pulak cerita ni,hamba berasal dari sebuah pulau yang terpencil hamba telah dipaksa berkhawin dengan putera kg dusun,tapi hamba tidak rela'

terang putri dengan nada yang sedih' oh jika begitu tuan hamba ni putri rajalah yer,wahhh untung hamba dapat gf anak raja,jadi sekarang kemana arah tuju tuan putri' tanya pahlawan tersebut, 'hamba tidak tahu'

dalam adengan ayat mengayat yang berlarutan sehingga 20 minit akhirnya pahlawan tersebut berjaya memikat hati putri zara dan akhirnya mereka berkahwin dan di kurniakan 3 orang cahaya mata,mereka kini bahagia menetap di condo jalan pantai dalam..setelah raja mangkat akibat gastrik yang kronik pahlawan yang kacak lagi hensem tadi diangkat menjadi raja pulau tersebut.
sekian
-TAMAT-

13 ulasan:

  1. tinggi angan angan kau. HAHA tergelak aku baca. hadoi-.-

    BalasPadam
  2. adeyyyyy. agak gedik disitu. HAHA

    BalasPadam
  3. umar lagi gedik dari puteri rasanya!!!

    BalasPadam
  4. hahaa watak umar 2 bkn sy yer..ia hanyalh rekaan semata :P

    BalasPadam
  5. eeemmmmm.... ieta nak jadi puteri boleh?

    BalasPadam
  6. yuz:genre cte ni fantasy so klu ak wat cte yg betul2 cm cte ak dn dia ak trberak dlm seluar, smlm kucing ak beranak yeayyyy, bajet la yuz ade org nk bace ke ohek3..nme pn cerite kot.

    mamaieta jd bibik je keh hahahaa.... :D

    BalasPadam
  7. ahahaha ! terbaek bro !

    BalasPadam
  8. ceh...ingatkan hape td...
    dah la blm brekfes lg..
    ko plak buat lawak...umaaaarrrr...

    BalasPadam
  9. Hihihi...best. jom baca cite pasal kepochi kat blog saya!

    BalasPadam
  10. ahahahha ! sengal pon ade..adehh ! lawak2..

    BalasPadam