Khamis, 26 Mei 2011

Bila anak dibaham anjing belaan,siapa yang harus disalahkan.



myMetro: Dibaham anjing.

RANAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang girang menyambut hari lahirnya kelmarin, maut selepas hampir 16 jam dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ranau di sini, kerana dibaham anjing milik bapa saudaranya.

Cukup menyayat hati apabila mangsa, Mohd Raqib Mohd Rasli yang sebelum itu dilihat mesra bermain dengan anjing terbabit ditemui kaku di dalam longkang dalam keadaan tubuh dipenuhi darah, selain kesan gigitan haiwan itu dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi di Kampung Matan di sini.

Mangsa yang menerima lebih 50 jahitan di seluruh tubuh, meninggal dunia kira-kira jam 9.40 malam tadi.

Sebelum kejadian, dia dikatakan bermain dengan anjing milik bapa saudaranya sebelum lelaki itu meninggalkan rumah untuk menghantar seorang lagi anak saudaranya ke pekan.

dengan nama tu dah kompem islam tapi main dengan anjing yang bapak saudara bela anjing? ni apa cite ni.alasan nak bela nak jaga rumah ke kebun ke cam susah pulak aku nak terima.bila dah jadi macam ni tak akan nak salahkan anjing tu. asal tak bela buaya ke ikan pirana ke -_____-"
tengoklah siapa yang jadi mangsa. manusia manusia.

Renung-Renungkan.

3 ulasan: