Selasa, 31 Mei 2011

Warkah buatmu.

saya kan nak bagitau la kat awak, saya suka awak kan malam-malam kadang-kadang saya mimpi awak. mimpi ngeri pulak tu. yang awak pun satu dengan macam tu je masuk mimpi saya. bukan nak bagi signal ke dulu kan. saya nak bagitau awak malu. tapi susah la hidup saya macam ni.

awak awak awak awak.

awak bukan tak tau saya ni mana reti nak ngorat pompuan kan. saya ni harap muka je kacak macam anuar zain tapi mana la reti bab bab nak ngorat ni. saya nak cakap apa kat awak. nanti kalau saya cakap, 'saya suka awak' saya dah tau dah awak mesti tanya kenapa saya suka awak kan. aaa saya nak jawap apa. saya pun tatau kenapa saya suka awak. takkan saya nak tipu awak kan. cakap awak macam ana raffali kan. dosakan tipu tu.

aaa awak pulak baik dengan saya kan awak caring. ehh ni yang saya pening ni
saya nak buat apa-apa pun dah tak senang. ni saya nak salahkan sape pun saya dah tak tau kan.
saya kalau suka kat awek mana pernah bagitau awak saya biar je. itulah kan dengar sangat pepatah orang putih tu apa kononnya kalau jodoh tak kemana la sangat dah last-last melepas la saya kan padan la muka saya kan.

memang la kan kadang-kadang saya rasa saya annoying awak kan dengan selambek saya sms awak kan macam muka tak tau malu kan,habis tu nak malu apa bukan awak nampak muka saya pun kan,nak call lagi la saya malu kan lagi-lagi bila awak tak angkat kan aaa dengar je la caller ringtone awak melalak kan sampai saya dah hafal dah lagu merbok dua sejoli awak tu awak ni pun jiwang jugak kan.

awak tolong la jangan buat saya macam org gila kan awak jangan la masuk dalam mimpi saya lagi. awak punya pasal saya boleh jadi gile tau, nanti kalau saya jadi gile awak nak ke kat saya tak nak kan. ni 1st awak saya buat macam ni kan saya harap awak baca la ea. saya ni bukan mat jiwang mat romantik. awak nampak je muka saya kacak macam anuar zain tapi saya brutal awak.

ni awak saya nak bagitau ni sini habis sini je la ea.

10 ulasan: