Sabtu, 4 Jun 2011

Asal Usul cerita sejarah mekdi.


pada 600 ribu tahun akan datang akan wujudnya seorang jejaka kacak yang macho lagi ensem macam anuar zain namanya dot dot dot korang sila reka sendiri namanya ekekeke.
ceritanya bermula apabila aku ternampak dengan sebuah restoran makanan segera ala-ala kedai mamak yang moden. bila dah nampak kedai makan tu biasalah.
mesti tali barut cacing-cacing dalam perut ni buat missed call kan. kira bagus la kalau dia buat pesanan ringkas sms kan dah haru jadinya.. tapi jangam dia 3G dah la muntah aku nanti ekekeke
ceritanya bertambah suspen la bila tiba-tiba ada puteri dayana ramli muncul pulak kan macam cerita space 1999 tu.

betul-betul aku berdiri depan kedai tu aku nampak tertulis dekat signboard tu 'mekdi' wahh dalam hati ni, ini mesti kedai mek kelate ni? wahh maju la demo, biasa mek kelate bukak warung tepi highway kan jual tomyam sipot.

bila masuk-masuk je. orang beratur panjang nak mampos. aku naik heran,kedai mekdi ni ada jual no ekor 4D ke. aku pun duduk la. macam biasalah warung kan aku pun 'pssstttt waiter-waiter" wahh sambil petik-petik jari kan, macam kat hotel pulak dengan tak ada adap, padahal dah tertulis dah kat nametag dia saripah,amboi hodoh name haha. budak waiter tu pun pandang pelik pulak kat aku kan,
aku tau la muka aku ensem macam anuar zain kan. aku pun naik segan la.
tiba-tiba budak waiter tu sambil mata pandang atas, tangan didada ~~ dengan muka toye dia, sekali aku tumbokk kau berdarah idong ko kang. dengan selamba dia jawap "order di kaunter YE BANGG"
sekali hambek kau terus nyah aku dari situ ekekekee...

demi nak menjadikan jalan cerita ni lagi best, aku pun reka la lg cerita, tengah lepak-lepak kat tepi jambatan zombie lokasi kat mana pun aku tak tau, sebab mana wujud lokasi tu.
tiba-tiba dengan lagak kacak dan ayu macam nora elena, puteri dayana ramli pun datang la kat aku yang tengah kebulur dek mekdi tadi kan. dalam hati aku fuhh nasib baik bukan saripah tadi fiuuuuuh!.
puteri dayana yang kacak tadi pun tiba-tiba hulur la satu bungkusan pelastik yang tertulis 'mekdi' wahh terharu sampai nak nangis aku,perihatinnya la kau dekat aku kan 'mata pandang atas,tangan didada'

bila aku dah dapat makan mekdi maka kenyang perut aku,maka dengan selambeknya tamat la cerita ni,bila dah tamat maknanya habislah cerita ni ekekeke.

pesanan ringkas dari hati ini: dayana ramli esok mekdi jangan lupa ea :D


terima kasih kerana membuang masa baca entry yang tak bermoral ni. peace. (^^,

10 ulasan:

  1. =)) damn giler! hahahah...

    suka2...ucu , jgn lupa achik juga! hahaha

    BalasPadam
  2. Mafahss: haha ni mmg mengarut punye cerita :D

    achik: wahh kau sibok la haha =)) =))

    BalasPadam
  3. rasa nk guling lps bc entry ni8-}

    BalasPadam
  4. SM: haha maaf la ni cerita yg nk dismpai kn kpd someone :D

    nursyamime: hahaa jgn poning nnti ekekek =))

    BalasPadam
  5. bongek !! hahaha..tak blah betol merepek tak beragak..kahkah... =))

    BalasPadam
  6. x paham. moral of the stori : dadek minat kat sharipah the waiters. hehehe :))

    BalasPadam
  7. cte ni mmg x bermoral haha.. sorg 2 je yg phm heheehe :D

    BalasPadam