Selasa, 19 Julai 2011

Gangster KL Yang Lebih Bahaya Dari KL Gangster.


Setiap kehidupan setiap manusia ada satu cerita.
cerita aku bermula Di sini, kuala lumpur!, hidup di kota sebesar KL ni kalau iman tak teguh jangan cuba mengenal erti kuala lumpur. bermacam-macam manusia yang aku jumpa kat KL ni, dari setiap pelusuk 14 negeri (tak termasuk bangla, nepal,dan sebagainya), semua ada kat sini, demi mencari kekayaan hidup dan cikaro.

Awie (bukan nama sebenar atau awie wings) seorang sahabat yang ada dalam susah dan senang, walaupun perbezaan usia kami terlalu jauh, tapi kami ada satu tujuan yang sama, yaitu mencari erti kehidupan, kata orang jauh perjalanan luas pemandangan. tapi perjalanan tanpa arah, tanpa pengalaman dan pengetahuan membuat kami bertindak tanpa berfikir, sanggup lakukan apa sahaja demi kehidupan hari esok. tanpa berfikir apa akibatnya kami bertindak cuba merampas dato' siti nurhaliza dari datok k. namun usaha kami mencapai sia-sia apabila awie disantau terlebih dahulu.

amran (bukan nama sebenar) seorang pengedar young tau fuu yang terkemuka di KL dia turut dikenali dengan gelaran sabut kelapa merah, dan usop (bukan usop wilcha) adalah orang kanan amran yang paling dipercayai, seorang yang sanggup lakukan apa sahaja demi duit dan kekayaan. usop adalah penyebab perniagaan amran musnah, usop telah menjual resipi rahsia young tau fuu milik amran kepada KFC Holding.

kassim (bukan nama sebenar atau kassim selamat) seorang kaki kelepet dan mat pets yang terkenal, buruan polis sejak 8 tahun yang lalu, bertemakan movie Catch me if you can membuatkan kassim sukar dijejaki, bekas naib president persatuan orang-orang cacat ni pernah mengelepet duit kutipan derma bernilai hampir 8juta USD. tapi kegiatan kassim dapat dikesan oleh minah makcik penjaga toilet yang memiliki kelengkapan seperti MI6 007.

kadir (bukan nama sebenar) seorang peniaga pasar malam yang memiliki kepakaran memikat janda-janda kaya juga dikenali sebagai mansion malaya (MM) pernah menggoda isteri perdana menteri texas, tapi rahsianya di bongkar oleh jijah isteri ke 2 kadir, kadir juga di syaki terlibat dalam kes penipuan untuk mendapatkan tapak pasar malam jalan hang tuah.

chunk kul (bukan nama sebenar atau otomen chunk) juga seorang kaki kelepet dan playboy paling merbahaya di KL, beliau pernah didakwa kerana melakukan jenayah pengedaran botol kicap tanpa cop yang halal, dibebaskan kerana berjaya mengelepet mahkamah tinggi texas dengan alasan ohek3, beliau pernah diceraikan sebanyak 8 kali dengan alasan mandul dan curang.

Z (bukan nama sebenar) seorang kaki pow yang paling berkuasa, ketua ganster yang meiliki pedang samurai yang berharga RM 80 dengan terma falsafah hidupnya Kata hati dan all misstake, gagak (bukan nama sebenar) yang membantu Z menaikkan nama kumpulannya sehingga digeruni budak-budak sekolah pandan indah 2.

Enna (bukan ainna jalil atau enna banana) satu-satunya penjenayah wanita yang paling merbahaya dan juga dikehendaki interpol, FBI dan NYPD, kerana jenayah penyeludupan pisang tanpa permit yang sah, pernah didakwa dimahkamah tinggi texas akibat penyelewengan kebun pisang farid (bukan farid kamil) enna jugak pernah menjadi naib president persatuan-persatuan cikaro janda di kuala lumpur, dilucutkan keahlian kerana tidak memiliki title Janda, tanpa gelaran janda beliau tidak layak memegang jawatan president.


Amir (bukan amir rajalawak) seorang budak nerd yang paling merbahaya, pernah dicalonkan dalam anugerah bintang paling popular berita harian walaupun beliau bukan artis atau pembaca berita Astro warna, berbekalkan muka yang tak berapa nak hensem beliau pernah merampas janda chunk kul yaitu minah makcik penjaga toilet yang memiliki peralatan seperti MI6.

Setiap negara mempunyai satu Raja, setiap kapal selam mempunyai satu nakhoda, setiap cerita mempunyai satu jalan cerita, dalam cerita ni perbalahan dalam merebut KL dan siapa yang paling berkuasa menjadi jalan cerita antara mereka, kesemua gangster ni menjadi musuh antara satu sama lain.

cerita aku yang sebenarnya tak ada kena mengena pun dengan semua ni, aku saje reka semua cerita ni haha. OKBYE.





Recent Posts




8 ulasan: