Misteri kehilangan pelajar tingkatan empat, Nurrahayu Qomarodin Bajuri, 16, terjawab apabila polis menemui beberapa anggota badannya yang dikerat dan dibakar di dua lokasi berlainan iaitu di tanah perkuburan Hindu di Masai dan di ladang sawit di Sungai Tiram, Ulu Tiram, kelmarin.P/s: adik-adik sekalian hati-hatilah bila keluar malam k, make sure ada teman bila keluar malam, zaman sekarang ni binatang dengan manusia lebih kurang sama je, susah nak bezakan.
Polis turut menemui serpihan tulang selain pakaian milik remaja perempuan itu yang hilang dari tapak pembinaan berhampiran tempat kerja bapanya iaitu di pekan Seri Alam, Masai. Allayarham hilang selepas dihantar pulang oleh teman lelakinya pada jam 2 pagi, 14 Jun yang lalu. Ibu angkat Nurrahayu, Juliana Jumail tidak menyangka anak kesayangan keluarganya itu ditimpa nasib malang apabila ditemui dalam keadaan yang menyayat hati.
Dia juga tidak menyangka jenazah yang terbaring kaku di depan matanya merupakan Ayu selepas melakukan pengecaman di Hospital Sultanah Aminah. Pengecaman itu dilakukan berdasarkan keadaan fizikal gadis tersebut yang memiliki tubuh kecil dan gemar memakai penyepit rambut.
Malah, menurutnya, keluarga kandung Ayu juga diminta ke hospital untuk membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) berikutan penemuan mayat itu.
Pihak polis masih menyiasat motif di sebalik pembunuhan kejam Nurrahayu. Pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 46 tahun untuk membantu siasatan. Lelaki yang ditahan itu bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan mempunyai lapan rekod jenayah pada masa lepas termasuklah menyerang, menculik dan mencuri. -mstar
Jumaat, 8 Julai 2011
Kes Pembunuhan Nurrahayu Qomarodin Bajuri Dibakar Dan Dikerat | Mayat Gadis Berusia 16 Tahun Di Bunuh Kejam Di Seri Alam, Masai
Seram sejuk umar baca tentang Kes Pembunuhan Adik Nurrahayu ni, yaallah mengucap panjang, tak tau nak cakap apa, umar harap pihak berkuasa dapat menangkap binatang yang bertopengkan manusia ni dengan segera, kepada reader oh! umar marilah kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah kepada Allahyarham Nurrahayu Qomarodin di atas pemergiannya.
innalillahiwainnailaihiraajiuun...
BalasPadamxtaw nak kata apa
huhuhuhu .. sedih n takut bila baca . binatang pn tak berperangai mcm ni.. ini perangai mcm iblis n setan.. nk smkn dgn binatang, binatang mulia lg mcm anjing n kucing
BalasPadam:((
BalasPadamnape orang yang ade rekod jenayah boleh jadi pengawal keselamatan?
BalasPadam@yui92
BalasPadamsadis je kn.. ngeri wooo sy pn ade adek pmpuan >.<'
@Hanniss SaNia
BalasPadamhehe xtau la ni sepesis ape, mmg zalim tahap setan da.
@Mra Mastura
BalasPadamoit3 awat ko kakak??
@Khel Khaliesah
BalasPadambiasalah alasan nye sape je la yg nk jadi guard kn.... hai tatau na ckp ape,,
Ya Allah, kejamnya manusia ni sanggup bunuh orang macam tu ye.
BalasPadamDia ni kenalan kawan fika. sedih dgr cerita psl ni :(
BalasPadamal-fatihah buat roh adik Nurrahayu Qomarodin...
BalasPadamharap pembunuhnye dpt hukuman yg setimpal...:(