Selasa, 13 Disember 2011
Pontianak???
AL KISAH 3 SEKAWAN PONTIANAK YANG BERLAGAK TERER..
Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer.... Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power.
Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan. Terus dia berkata: "Korang nampak kampung kat seberang bukit itu?" Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak." Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!" Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda.
Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi secepat kilat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah. "Korang nampak bandar tu?", katanya dengan muker yang kerek. "Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yang setengah abad sambil ketawa seram, "ha! ha! ha! ha!".
Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjuk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjatnya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya...Lalu pontianak yang 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata , "korang nampak tembok batu tu ?" "Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...
"Errrrr...................... aku tadi tak nampak...Huhu @.@ "
hahah sengal je lawak dekat atas ni.Sumpah kelakar nak pecah perut lagaknya.huhu ;P NICE POST.
BalasPadamjom singgah ;P
LATEST ENTRY : Masa Kecik-Kecik Dulu [Part 1]
bonggok punya pontianak...kalau jumpa pontianak mcm ni depan mata, komfirm tergelak besar saya...komfirm gelak saya tak nak mengalahkan pontianak 3 ekor tu..
BalasPadam