Isnin, 19 Disember 2011

Si Isteri dengan 3 permintaan.

Alkisah seorang isteri yang bergaduh dengan suaminya. Kerana marah si isteri ini lari ke dalam hutan meninggalkan suaminya. Adapun di dalam hutan tersebut maka terserempaklah dia dengan jin yang terperangkap di dalam botol. Maka berkatalah jin tersebut kepada si isteri tersebut. " Jikalau kau membebaskan aku maka aku akan tunaikan permintaanmu".

Setelah berfikir sejenak maka bertindaklah si isteri tersebut membebaskan jin yang terperangkap di dalam botol. Setelah dibebaskan jin tersebut maka bersuara si isteri kepada jin. "Sekarang kamu makhluk untuk menunaikan permintaan dariku ini". Maka berkata pula jin tersebut. "Adakah kamu sudah berumahtangga?"
"Sudah, tapi mengapa ditanya? " Balas si isteri. "Kalau begitu aku berimu dua pilihan. Pilihan pertama kamu mendapat satu permintaan, dan pilihan kedua kamu akan mendapat 3 permintaan tetapi suamimu akan mendapat sepuluh kali ganda dari apa yang kamu minta".

Setelah memeras otak maka si isteri memilih untuk mendapat tiga permintaan. Sekali lagi jin tersebut memberi amaran bahawa suaminya akan mendapat sepuluh kali ganda permintaannya itu. Setelah bersetuju maka berbunyilah permintaan si isteri.

Permintaan pertama : "Aku hendak menjadi wanita tercantik di dunia."
Jin berkata : "Suamimu akan menjadi lelaki yang terkacak di dunia".
Di dalam hati si isteri : "Tak apa... Sebab aku adalah wanita tercantik".

Maka tertunailah permintaan pertamanya itu.

Permintaan kedua: "Aku hendak menjadi wanita terkaya di dunia."
Jin berkata : "Suamimu akan menjadi lelaki yang terkaya di dunia dan hartanya sepuluh kali ganda darimu".
Di dalam hati si isteri : "Tak apa... Sebab hartanya, harta aku juga".

Maka tertunailah permintaan keduanya itu.

Setelah dua permintaannya ditunaikan maka timbullah rasa dendam di dalam jiwa si isteri tersebut. Maka permintaan si isteri yang terakhir adalah "Wahai jin, permintaan ketigaku adalah aku mendapat serangan jantung yang ringan".

Tanpa persoalan maka jin tersebut menunaikan permintaan tersebut.

Moral: Kaum Adam beringatlah bahawa wanita itu bijak, maka janganlah mencari pasal dengan mereka.

Perhatian kepada pembaca wanita : Ini adalah pengakhiran cerita untuk kamu. Teruslah berasa bahagia dengan cerita ini.

Kepada kaum lelaki teruskan membaca. Cerita lelaki masih belum tamat.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Suami si isteri tadi mendapat serangan jantung sepuluh kali lebih ringan dari si isteri.

Moral: Wanita taklah bijak sangat. biarkan mereka bergembira dengan cerita mereka.

P/s : Sekiranya anda wanita dan masih lagi membaca artikel ini maka terbuktilah wanita itu tidak suka mendengar cakap. Sebab itulah anda masih membaca artikel ini walaupun sudah diberitahu cerita kamu sudah berakhir.

3 ulasan: