Rabu, 15 Februari 2012

Nilai kehidupan.

Ramai orang mencari cinta, tapi berapa ramai yang tahu menghargainya, ramai orang mahukan kehidupan yang sempurna, tapi berapa ramai yang tahu menilainya, ramai yang mahu dirinya di sayangi, di kasihi, di cintai, di rindui, tapi berapa ramai yang mampu mendapatkannya, ramai yang tidak mahu, di benci, di caci, di hina, di keji, tapi ramai yang di benci, di caci, di hina, di keji, ramai yang sayang pada ibu bapa, tapi berapa ramai yang tahu membalas jasa mereka,

sedar tak ramai orang yang tak tahu menilai erti kehidupan yang sebenar, ramai yang kesal dengan kehidupan mereka sendiri, ramai yang menyesali perbuatan sendiri, tapi berapa ramai yang cuba untuk perbetulkan diri sendiri, kesilapan sendiri... aku tak rasa dalam kamus islam ada istilah "semua sudah terlambat"

Mungkin aku silap mungkin aku salah mungkin ini hanyalah teori bodoh aku, jadi sila betul kan aku jika aku silap, ini hanyalah untuk mengingati diri aku sendiri...

berapa banyak dosa yang pernah kita buat berapa banyak kesilapan pun yang kita pernah buat, pintu taubat tu tak akan tertutup selagi kiamat tak menjelma, air tak akan pernah kering untuk kita berwudhu dan sentiasa akan ada ruang untuk kita solat dan sentiasa ada jalan untuk kita dekatkan diri pada allah, jangan biar kegelapan dan kisah silam menjadi penghalang untuk kita ubah hidup kita menjadi lebih sempurna,

bagi aku kesempurnaan hidup bukan hanya ada paras rupa yang cantik harta berjuta atau di sayangi semua orang, kesempurnaan hidup adalah bila kita dekat kan diri pada allah, menurut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. jadi sekali lagi aku mintak betulkan aku jika aku silap. terima kasih.

ps: dengan penuh emosi aku menulis ni. terima kasih kerana sudi membaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan