Rabu, 22 Februari 2012

Program amal: myTINA project -Charity for School Holidays


Assalamualaikum, hai selamat hari-hari diucapkan tak kira pada hari apa anda bukak dan baca article ni selamat sejahtera diucapkan, pada hari yang kacak lagi jelita ni umar nak kongsikan activity kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pihak myTINA Project salah seorang dari mereka adalah rakan blogger umar,
so umar pun akan meluangkan sedekit masa untuk menjadi sukarelawan, tu je la yang mampu hehe, dan pihak myTINA memerlukan sumbangan ikhlas dari anda semua yang perihatin untuk kanak kanak yang mengidap Kanser & Leukemia di Wad KK3. Hospital Kuala Lumpur, dah lama umar terngin nak menghadirkan diri untuk program amal macam ni, insyaallah kalau tak aral melintang kita jumpa kat sana k. untuk keterangan lanjut baca article dibawah ni k.

Assalamualaikum sahabat sahabat saya. minta luangkan masa beberapa minit untuk baca ini.

Pada bulan Mac akan datang, InsyaAllah saya akan megikuti satu aktiviti amal yang kedua dibawah nama "myTINA project - School Holidays with Little Warriors" yang di jadualkan pada 17hb Mac 2012 bersama kenalan saya.

Kepada yang belum mengetahui ttg program ini, myTINA Project adalah satu program amal yang khas bagi kanak kanak yang mengidap Kanser & Leukemia di Wad KK3. Hospital Kuala Lumpur. Pada program yang pertama tahun lepas, kami telah menghiburkan lebih 50 kanak kanak serta penjaga mereka semasa program Charity Raya 2011. Ramai rakan rakan yang telah membantu menjayakan program tersebut.. U know who u are.Alhamdulillah ♥..jazakallah..

Tahun ini pada musim cuti sekolah bulan Mac, saya dan beberapa rakan ingin juga melibatkan beberapa aktiviti bersama mereka seperti aktiviti permainan, mewarna dsb supaya cuti sekolah bulan Mac ini lebih bermakna bagi mereka..insyaALLAH..oleh yang demikian, kami ingin menyuarakan hasrat kami untuk mendapatkan sumbangan barangan seperti berikut:-

1. teddybears / soft toys
2. blanket gebu
3. buku cerita / buku mewarna / pensil warna
4. Untuk penjaga mereka - kami ingin mendapatkan 'mug' untuk penjaga kerana pihak hospital tiada menyediakan cawan/kole/mug/tupperware.

Kami juga ingin mendapatkan seberapa ramai sukarelawan juga pada hari tersebut.

Jika anda berminat untuk menyumbang atau kenal sesiapa yang sudi menyumbang atau sudi menjadi sukarelawan pada hari tersebut..sila berhubung dengan kami di Program Wall kami (link dibawah)

Kami memohon jasa baik rakan rakan semua dan mengharapkan respon yang positif..semoga ALLAH membalas segala jasa anda.

Marilah kita mendekati mereka yang kurang bernasib baik..marilah kita meringankan beban kanak kanak ini dan penjaga mereka..

'Due date' adalah 10hb Mac 2012. Sila confirm sebelum tarikh tersebut..

Sekian..terimakasih banyak banyak...

Salam


click sini untuk event detail: https://www.facebook.com/events/276824765720451/

p/s : pada tanggal 4hb April 2011, perginya seorang adik yg ceria dua minggu sebelum tarikh lahirnya disebabkan kanser otak. setelah berjuang berhabisan, Allah lebih sayangkan dia. program ini salah satu langkah utk terus memperingati arwah adik Qistina Afiqah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan