Khamis, 12 April 2012

Komen Aaron Aziz Mengenai Isu Pertikaian Kemenangannya di ABPBH 25


Tidak berniat untuk menyerang kemenangan Aaron secara individu, Zed menyifatkan pandangannya mewakili artis Malaysia.

“Dia memang deserved untuk dapat benda tu, dia memang layak. Tapi bila dia menafikan hak artis Malaysia, bagi saya itu yang saya tidak bersetuju. Maksud saya, kalau kita bandingkan dengan Festival Filem Malaysia, salah satu syarat untuk menyertai festival itu ialah peserta perlu memegang hak kewarganegaraan dan memiliki MyKad dan bukannya sesiapa saja dari luar negara.” tegasnya sewaktu diwawancara menerusi telefon di Astro AWANI malam tadi.

Zed tidak menolak populariti dan bakat Aaron, namun berharap individu yang diangkat sebagai pemenang itu sepatutnya rakyat Malaysia.

“Saya tahu dia ada mohon kerakyatan Malaysia, tapi dia dah dapat ke belum? Masalahnya janganlah bangga sangat dengan ID Singapore dia. Dia bukan orang Malaysia lagi. Bagi saya, dia dianggap orang luar sebab tidak ada MyKad.” tambah Zed Zaidi yang agak terkilan dengan pilihan rakyat Malaysia.

Persoalan yang paling utama, mengapa pertikaian tersebut dilakukan hanya selepas Aaron memenangi trofi utama tersebut dan bukannya sebelum pencalonan dibuat? - Portal GUA

Budiey ingin memetik kata-kata luahan kawan-kawan di twitter @budiey: “Dia mewarnai filem kita dgn bakat mereka. Mereka pun ada hak utk dihargai. Kenape tak bangkitkan M. Nasir dapat pangkat datuk padahal dia penduduk tetap je..Ada bran? Kemenangan Aaron tu cabaran buat yg lain”

Apa pendapat anda dengan kemenangan Aaron Aziz ini?

Updated: jam 12.20 tengah malam 10 April:

Pada malam yang hangat ini juga, Budiey baca blog Zed Zaidi yang mana Zed ada menulis tentang pendapat terus terang dan berani beliau tentang isu ini bertajuk:

HEBAT SANGAT KE ARTIS LUAR NI?

Assalamualaikum kepada semua… wah..!!! makin panas cerita aku bila balik dari ABPPH tak sangka macam pisang panas!. Tapi aku tak kisah.. “AKU KENA BUAT APA YANG AKU PERLU BUAT” dah jadi TANGGUNGJAWAB aku sebagai seorang PEMIMPIN yang harus membuat kerja dengan AMANAH, JUJUR, IKHLAS dalam PERJUANG! Ya! aku sedar ramai yang suka, dan lagi ramai yang TAK SUKA AKU!, aku tak kisah! BERANI KERANA BENAR, aku memegang prinsip ” WALAUPUN PAHIT TERPAKSA DI TELAN ” dan ” KALAU TAKUT DI LANDA OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI!!! “.

Mengenai status di TWEETER dan FACEBOOK aku, Aku TETAP dengan PENDIRIAN AKU! oleh kerana setiap statement yang aku buat aku akan bertanggungjawab, dan untuk pengetahuan semua, ada aku sebut nama ARTIS KE? ada aku sebut EVENT MANA KE? jadi bila aku meletakan status yang aku BERBANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA, menjadi pertikaian oleh RAKYAT MALAYSIA, KENAPA EH? Bukan korang pemegang MYKAD ke? ke korang pemegang ID KAD atau PASSPORT dari NEGARA LAIN? hmmm…

Pokok-pokok keduduk di tepi pagar, Memakan landak di atas kota, Harap saudara saudari cuba dengar, Saya hendak membalas kata. Itu baru nak buka bicara, cuma korang hayati pantun aku ni, BUDAK BUDAK BERMAIN GULI, MARI BERMAIN DI TENGAH LAMAN, JIKA KITA TAK BERHATI HATI, TAKUT TERGADAI KAMPUNG HALAMAN! tu maksud kalau kita tak berhati hati habis MALAYSIA ni.. Mungkin korang sedar tak sedar banyak pengaruh dari luar termasuk la.. artis artis luar bekerja di MALAYSIA ni… aku cuma nak tau, bila korang sanjung ARTIS LUAR ni adakah di negara diorang, rakyat diorang SANJUNG ARTIS MALAYSIA macam mana korang sajung diorang eh? ada ke? hmm… kadang kadang aku rasa kesian dengan ARTIS MALAYSIA ni terasa macam di anak TIRIKAN di NEGARA SENDIRI je!

WAHAI.. ARTIS ARTIS MALAYSIA, BANGKIT LA!! BERSATU LA KITA…!! KITA DI JAJAH SECARA DIAM! LAMA KELAMAAN MALAYSIA NI BUKAN MILIK KITA. SUMBER MALAYSIA DI MAKAN OLEH ORANG LUAR! APA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG MEMPUNYAI MYKAD! CUBA KITA FIKIR 5 KE 10 TAHUN AKAN DATANG APA YANG AKAN JADI PADA INDUSTRI SENI KITA INI? SIKIT SIKIT ARTIS LUAR MASUK, TAK KIRA YANG BUAT KONSERT TERMASUK YANG BERLAKON, BELUM CAMPUR JADI PENGACARA LAGI? HMMM… DI MANA ARTIS MALAYSIA NI? MEMANG PERSAINGAN ITU SIHAT, TAPI SIHAT KE KITA DI NEGARA SENDIRI? KEPADA ARTIS MALAYSIA LUAHKAN RASA TIDAK PUAS HATI ANDA DI MANA MANA PLATFORM YANG ANDA ADA TIDAK KIRA DARI TWITTER, FACEBOOK, BLOG DAN SEBAGAINYA SUPAYA PIHAK KERAJAAN AKAN PRIHATIN DENGAN KEADAAN DAN TAHU MASALAH DALAM INDUSTRI KITA!!!

Setahu aku la… kalau orang yang memegang passport sebagai pelawat di Malaysia ni tak boleh bekerjakan? macam mana artis luar ni boleh bekerja di Malaysia? dan satu lagi kalau dapat permit kerja untuk bekerja di sini, siapa yang menyokong mereka ni? produksi? atau station TV? untuk kepentingan peribadi ke atau kepentingan industri yang tak cukup ARTIS? hmm… susah nak jawab jadi pihak kerajaan tolong tolong lah cek artis luar ni diorang datang sini bercuti ke? atau bekerja pakai pas pelawat…. pihak immigration tolong tolong lah cek ye jangan makan gaji buta je.

Kesian aku tengok artis malaysia ni, nak demand sikit pun tak boleh tapi artis luar kalau demand terus bagi, untungnya jadi artis luar. itu belum termasuk kalau dah kumpul duit banyak banyak kat MALAYSIA pastu duit diorang pegi ke mana? tak bawak semua ke negara diorang ke? rosak ekonomi Malaysia! haii… macam macam.. Ada pulak ARTIS LUAR ni dah la cari makan kat sini boleh BERLAGAK pulak tu dengan ARTIS MALAYSIA. HEBATNYA KORANG NI!!! WELL DONE!!!

Jadi tolong tolong beringat sesama sendiri YANG MENJATUHKAN BANGSA KITA ADALAH BANGSA KITA SENDIRI. Nak menyokong ARTIS LUAR tak salah… cuma perlu diingatkan ARTIS MALAYSIA MESTI DI BERI KEUTAMAAN DULU!!! Aku sebenarnya bukan tak puas hati siapa menang siapa kalah, cuma aku perlu menegakkan HAK HAK ARTIS MALAYSIA di MALAYSIA ni. itu je… lepas ni aku nak CADANGKAN kalau nak buat apa saja ANUGERAH contohilah FESTIVAL FILEM MALAYSIA, syaratnya yang bertanding MESTI dan WAJIB ORANG MALAYSIA yang mempunyai MYKAD. jadi renung-renungkan dan selamat malam.

ANAK SENI PEWARIS BUDAYA, BERANI BERUBAH UNTUK TRANSFORMASI!!! – dipetik dari Blog Zed Zaidi

KOMEN AARON AZIZ:

Sementara itu, Portal Mstar telah menghubungi Aaron Aziz untuk mendapatkan komen beliau. Nak tahu apa kata Aaron?

Aaron diminta mengulas mengenai entri menerusi Twitter milik Zed pada Ahad lalu yang dilihat seperti kecewa di atas kemenangan Aaron, seorang warga negara Singapura.

Aaron berkata Zed yang menjadikan faktor kenegaraan bagi mempertikaikan kemenangannya adalah satu pemikiran yang tidak matang apatah lagi ia datangnya daripada Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

“Saya tak boleh nak halang dia untuk menulis apa sahaja dalam entri Twitter miliknya kerana itu hak masing-masing. Cuma jika begitulah pemikiran dia yang juga merupakan orang penting dalam Seniman, saya rasa, dia tak cukup matang. Apa-apa komennya itu tidak menjejaskan saya,”

Tambah Aaron, dia percaya seni lakonan tiada sempadan dan isu kenegaraan sebenarnya tidak perlu dibangkitkan apatah lagi dia tidak pernah mengganggu “periuk nasi” Zed Zaidi selama ini.

“Apa juga jenis seni sekalipun, ia sebenarnya tiada sepadan. Lagipun kemenangan ini adalah pilihan orang ramai. Kalau saya kacau periuk nasi dia, lainlah. Insya-Allah, kalau dia masuk pertandingan saya akan undi dia,” sindir Aaron.

Sementara itu, Aaron berharap permohonannya untuk mendapat taraf penduduk tetap negara ini dapat diluluskan dengan segera bagi membolehkannya melebarkan sayap sebagai pelakon.

“Insya-Allah kalau dah ada kerakyatan nanti boleh dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia (FFM) atau anugerah lain yang dinilai secara profesional. Dari situ nanti barulah kita tahu sama ada saya sebenarnya adalah seorang pelakon yang baik atau tidak,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Aaron bakal muncul dengan beberapa buah tangan terbaru untuk para peminatnya iaitu filem KL Gangster 2, Kerat 14, Taikun dan Taicoon serta drama bersiri Adam dan Hawa untuk Astro Prima.

Selain itu, Aaron memberitahu pada bulan Jun depan dia bakal berangkat ke Brunei bagi menjalani penggambaran filem pertama terbitan syarikat produksi negara itu dan juga dipilih oleh KRU Studios untuk terlibat dalam Cicakman 3.

Tahun ini adalah cukup sibuk untuk saya kerana banyak projek yang perlu dilunaskan dan ini semuanya rezeki daripada Allah untuk saya dan keluarga,” katanya.

from: budiey.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan