Sabtu, 14 April 2012

member nak berkapel nak mewah, kita merana!!!

article kat bawah ni memang bagus dan terbaik laa aku harap orang yg sepatutnya tu baca la ea sebab benda ni memang reality aku pun ada kawan jenis lahanat macam ni, hakk tuiii sama lu!!


Ok, untuk post kali ni aku nak share dengan korang tentang kisah sahabat yang suka sangat nak hidup mewah sampai menyusahkan member2 sendiri. Aku bukan nak kutuk sapa2 ar, tapi kalau artikel ni terkena mana2 pihak, eloklah di ambil iktibar supaya kita tidak dicemuh di kemudian hari, betol x?

Ok, korang pernah x dapat member yang jenis suka hidup mewah daripada orang lain tapi jenis suka nak berhutang orang?.. dah la dia ni suka nak berhutang orang, tapi susah pulak dia ni nak membayar. Tak kisah kalau nak berhutang, tapi kalau sampai member dah kesempitan duit tu, patut ker kita nak tengok dia merana seorang diri. Bila kita tak ada duit, kita pinjam duit dia, tapi bila dia susah, kita buat2 tak nampak jer. Bukan tu jer, depan2 member lagi dia ni jenis nak berlagak and suka show off dengan kemewahan dia seperti menunjuk2 yang dia sorang jer ada keta, x kesah la kalau nak pakai kereta, tapi agak2 ar, ko naik keta sedap2, tapi member ko sampai x makan sebab x da duit and ko sikit pun tak da rasa ingin nak bayar balik hutang dia yang ko pernah pinjam dulu.. tak patut kan?

Tu satu hal. Ni dah tau diri tu berhutang, ada hati pula nak berkapel2, kalau dah berkapel tu konform2 la dia kena belanja awek dia makan.. Wehhh, sedar2 la, kita tu bukan kerja pun lagi and still lagi belajar. Kalau rasa hutang member pun tak boleh nak bayar, tak payah la nk dok fikir2 nak berkapel2 tambah2 kalau hutang lama tak terbayar, tetiba nk buat hutang baru pulak, tak ker panas member tu... So jangan nak terkejut la kalau member tu sikit2 dia jauhkan diri dari kita kan... Bukan jer setakat nak berhutang, ni di sebabkan kapel punya pasal, habis harta benda member kita nak pau( sebat)... weh, kesian la weh kat member tu, dia pun hidup susah gak, dia pun student macam ko gak, apasal ko nak sebat harta dia? sebab korang kapel?? wehh, plsss....

Kadang2 tu aku rasa rimas gak kalau dapat member2 yang macam ni, korang tau tak, habis harta benda aku dia rembat.. sampai rokok yang aku beli pun dia sebat.. Nak dijadikan cerita, aku beli rokok malam tu and sebelum tido aku cek la rokok aku ada berapa batang lagi, then pagi tu aku bangun tetiba rokok tinggal sebatang jer.. kalau korang la kat tempat aku, korang akan menyumpah x member yang macam tu? konform2 la korang akan menyumpah kan...

Ok, tu pasal member yang suka pau rokok, ada plak member yang duk syok2 kapel tetiba habis harta benda kita dia nk sebat, patut ker macam tu?... Nak dijadikan cerita, pagi tu aku ada perbarisan pagi pukul 6.30 pg, tapi aku bangun lewat pukul 6.15, aku pun kelam kabut cari alatan mandi aku, korang tau x bila aku pegang berus gigi aku apa yang aku rasa? MasyaAllah, Basah kot ( Indicator yang someone dah pkai berus gigi aku sebelum aku pakai)... Kalau perkara ni jadi kat korang, korang panas tak kalau member yang hangat bercinta ni sesedap dia jer ambik barang personal kita kita macam tu such as berus gigi, deadoran and so on.. Kita hidup membujang x da awek tapi nak duk kena tanggung orang yang ada awek pulak.. setakat tu x kisah la, tapi kalau dah diri tu bergantung kat member then ada awek pulak nk show off kat member yang ko duk pau harta benda dia,,, common la wei,, ada sikit perasaan malu pun dah kira ok ar, tak perlu nak malu banyak2...

Kadang2 dalam hidup ni, awek/pakwe tu pun penting gak, tapi kalau boleh cuba lah jangan menyusahkan member2 terutamanya member2 yang x da awek, diorang tu dah la hidup x da tempat nak mencurahkan kasih sayang then terpaksa pula nk tanggung derita sebab style hidup korang yang jenis suka berkapel dan belanja2 awek/pakwe korang tu.... Ingatlah, bercinta ibarat meniti di atas titian pelangi, tapi sahabat2 sentiasa menanti dibawah untuk menyambutmu supaya kamu tidak terlalu sakit apabila terjatuh kelak...

Sekian

word "ko" in the post refer to someone else and not to readers

** sumber - - - www.tentangkita.org

Tiada ulasan:

Catat Ulasan