Jumaat, 13 April 2012

Zed Zaidi buat laporan polis berkenaan facebook pagenya digodam


Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil, 32, atau Zed Zaidi membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara, di sini semalam, mendakwa laman facebook diceroboh individu tidak dikenali.

Zed mendakwa kumpulan yang menggodam facebook miliknya dikenali ‘Aaronators Crew’ dan dia hanya menyedarinya ketika melayari laman sosial itu jam 6 petang, kelmarin.


Katanya, ia mungkin berkait tindakannya mempertikaikan kemenangan pelakon popular, Aaron Aziz, 36, yang menggondol Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH11), Ahad lalu.


“Saya tidak menuduh sesiapa dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat. Namun, saya akan memanjangkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) esok (hari ini),” katanya.


Menurutnya, biarpun diceroboh, kumpulan itu tidak memaparkan kenyataan berbaur ugutan, fitnah dan lucah sebaliknya hanya memberitahu facebook miliknya digodam.



Katanya, selaku Timbalan Presiden Seniman, dia sedar banyak perkara dibangkitkan dalam memperjuangkan hak artis seperti memohon cermin gelap, perlindungan insurans, permohonan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1SMA) dan terbaru mempertikaikan kemenangan Aaron.


“Saya percaya pencerobohan facebook disebabkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa usul yang saya cadangkan. Namun, masih ramai ahli Seniman menyokong penuh usaha dijalankan,” katanya.


Ketika disoal sama ada dia ‘gila publisiti’ Zed menjelaskan tidak pernah meminta publisiti murahan, namun kontroversi tercetus apabila dia tampil memperjuangkan hak selebriti.


“Saya bukan bodoh meminta publisiti murahan sebaliknya berjuang memohon hak artis. Apa gunanya jawatan disandang seandainya saya tidak melakukan sesuatu untuk mereka,” katanya.


Berhubung kenapa tidak mempertikaikan kemenangan Aaron sebelum kemenangannya berkata: “Pada 22 Jun 2009, menerusi zedzaidi.blogspot.com.my, saya menulis mengenai lambakan selebriti asing ke negara ini, namun tiada sesiapa memandang.



“Dengan jawatan ini, saya akan terus memperjuangkan hak artis. Seandainya ada yang tidak menyokong apa dibuat, jangan undi saya untuk pemilihan seterusnya,” katanya.

suarakaki: Makin bertambah kontroversi si zed ni ekk, si penghacker ni pun satu, apa la dok hack2 facebook org, nanti aaron aziz juga yg dipersalahkan, haa seeloknya berdamai je la, industri seni ni kecik je, isu penyanyi luar yg melambak kat pasaran luar tak ada pulak jadi isu, lagi lagi isu konsert artis luar yg melambak lambak kat malaysia ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan