Khamis, 19 Julai 2012

Fakta Pe'el Tipikal perempuan, yg korang kena faham.

bajet giler makan kat tutti frutti bhahahaha

ni cite sini habis sini la ea, gua nak komplen sikit pasal pe'el pompuan ni, apa yg gua tak puas hati sangat ialah, lu org kan kalau perasan la kan, kalau tak perasan tu sebab lu selalu perasan bagus bhahaha, org pompuan ni selalu kutuk kutuk laki macam dekat fb twitter, daheck lu nah,

cakap laki tak guna la tak reti setia la ehh kemon la kalau lu cakap "jantan ta guna jantan ta guna" gua tak kesah lagi, membe gua aaa ada la dah 2 3 org yg kena kelepet hidup-hidup ngan pompuan tapi dorg rilek je..

pengorbanan lelaki ni banyak sangat oww contohnya lelaki ada 4 quota tapi bagitau gua berapa ramai lelaki yg kawen lebih dari satu? p. ramlee pun dah cakap "jarang-jarang" nampak tak besar sangat pengorbanan lelaki, lagi satu hantaran lapan juta? pompuan mintak itu ini, lelaki bagai nak gila cinta punya pasal, ini belum story pasal pergi shopping ehh kalau masjid india jangan cakap laa kalau 18 kali pusing baru beli satu tudung malek noor..

mata juling sana sini je yg lebih, gua bukan cakap ikot pengalaman ea gua cakap ikot fakta, masuk satu satu kedai ayat besa pompuan "ini santek yunk" lu nak jawap apa der" err~~ hehe mula la buat muka sampai klcc..

u memang tak sayang, aaaa ok cantek2 cantek sangat" u tipu u tak ikhlas, tengok punya lelaki berkorban nak pujuk bagai, sampai la ke dinner muka still kat klcc lagi, "u nak makan kat mana malam ni u cakap je i bawak" dengan muka ketat ala ala klcc dia jawap "mana mana je" err ok kalau macam tu kita makan kat kedai kak mah durian" tak nak la i alergic durian" , ok then u nak makan kat mana? "mana mana" daheckk bro, tak apa lelaki ni penyabar orgnya, ok "er kalau macam tu kita makan western pak jaamal" dia jawap lagi' "i tak nak makan western la eeee" err lu tengok, "habis u nak makan kat mana?" 'mana mana je i tak kesah ikot u la" er der ni kang kaki makannya,
"ok ok jom i bawak u makan tomyam kak yam" dia jawap lagi "eee u ni kenapa i tak suka makan tomyam la" hilang iman der, "habis u nak makan kat mana, itu tak nak ini tak nak" dia psiko balik der, " ehh yg u nak marah-marah ni kenapa?

ehh what wrong with u girl kenapa ekk pompuan selalu macam? ok plss gua bukan anti wanita tapi tengol la ea ada ke kementerian pembangunan lelaki dan keluarga? ada ada? tak ada kan... ehh hello kak hidup kat dunia ada pricenya, kalau takot bercinta jangan bercinta, lu gatal nak bercinta bila dah putus tu maksudnya dah tak ada jodoh.. lu belajar terima kenyataan boleh stop busuk busukkan kaum lelaki yg kacak macam gua.... peace yooo...

1 ulasan: