Khamis, 15 November 2012

Israel lancar serangan balas terhadap Gaza



GAZA - Tentera Israel sekali lagi melancarkan serangan balas ke arah penduduk Palestin di Semenanjung Gaza, sehingga meragut enam nyawa dan mencederakan 30 yang lain, selepas rejim mendakwa kumpulan militan meletupkan kenderaan mereka, semalam.
Menurut pegawai, jumlah korban keganasan kelmarin, merupakan yang paling tertinggi melibatkan satu insiden di Gaza.

"Sekurang-kurangnya lima orang parah dan sebahagiannya adalah kanak-kanak yang kritikal.
"Penyerang menyasarkan orang awam yang nyata sekali tidak berdosa," kata aktivis perubatan.
Sumber memaklumkan, susulan serangan dari puak rejim itu, kumpulan militan Palestin bertindak melancarkan serangan roket sebagai pembalasan ke dalam Israel.


Susulan itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengancam akan menyerang balas jika kumpulan militan tidak menghentikan tembakan roket mereka.

"Dunia perlu sedar bahawa Israel tidak akan berdiam diri dengan segala cubaan menyerang kami. Kami kini sedang bersedia untuk bertindak," katanya dalam mesyuarat mingguan kabinet. - Al-Jazeera

1 ulasan:

  1. Syukur alhamdulillah negara kita aman walaupun tidak sentosa

    BalasPadam