KERETAPI.
kami duduk bertentangan. aku tak mampu bersuara, aku tak pasti apa yg aku buat ni betul atau salah. fara amira natasya yg ingin pergi jauh kerana tak mahu di jodoh kan dengan lelaki pilihan keluarganya. fara amira natasya seorang gadis yg manja tapi agak pendiam dan banyak habis kan masa dengan melukis, dan aku adalah kawan baiknya.
walaupun aku kawan baiknya tapi ntah kenapa kami tak banyak berbual dan kalau bertemu kami banyak habiskan masa dengan mendiamkan diri, tapi dalam perjalanan kami yg tiada hala tuju ni fara kelihatan agak muram dan banyak habiskan masa dengan melukis. aku hanya memerhatikan, sepanjang 3 jam perjalanan fara hanya diam, aku terima sms dari fara pagi tadi yg tertulis "teman saya nak pergi jauh jgn tanya apa apa, jumpa kat kl sentral"
1 jam kemudian.
"fara awak dah makan" fara hanya diam dan memandang aku, lalu aku pergi membeli sedekit makanan, aku tertanya-tanya kenapa gadis yg tinggi lampai bak modeling seperti fara amira natasya ni menjadi seorang yg sangat dingin..
Sementara di rumah kedua ibu bapa fara, keadaan agak tegang, ibu fara begitu marah dengan tindakan fara, 'abg kena pergi report polis, kalau dia kawin lari ikut jantan macam mana, ini semua salah abg' marah ibu fara kepada ayah fara, 'heh elok la tu yg awak nak paksa budak tu kawin kenapa kan dia dah kawin lari saya tak nak masuk campur' kata ayah fara sambil tersenyum sinis.
sebelum fara pergi dia sempat berjumpa ayahnya dan meminta izin dari ayahnya, sejak dari kecil fara memang rapat dengan ayahnya, nasib la ayahnya seorang yg memahami.
"saya tau awak nak cakap apa, awak tak payah nak cakap apa apa sebab keputusan saya muktamat, awak tak berhak nak masuk campur'' belum sempat aku duduk fara bersuara, dan aku hanya tergamam sebentar, aku cuba bertanya tapi masih risau kalau-kalau fara terasa hati, "apa maksud awak fara, saya nak bagi awak air coke ni je, mana tau awak haus ke" dengan perlahan lahan aku meletakkan di mejanya, fara hanya memandang aku dan terus diam.
mungkin fara masih tertekan dengan situasinya, keadaan di dalam keretapi agak sunyi, mungkin penumpang lain sedang nyenyak tidur, aku agak teruja dengan pemandangan dari keretapi ni, sungguh indah tak sangka kat malaysia ada tempat-tempat yg cantik begini, dan tiba-tiba aku lihat fara tersenyum.
kali ini aku cuba untuk berbual dengan fara, 'fara awak ok," dengan nada yg perlahan aku bertanya. "zafril saya ok terima kasih" melihat pandangan matanya yg tajam dah buat aku rasa gerun,aku terdiam lagi, kemudian, "zaf kalau awak sayangkan seseorang apa yg awak akan buat untuk dia, jika awak di beri pilihan" aku tersentap dengan soalan fara, "kenapa awak tanya macam tu" terketar-ketar suara ku, "zaf takkan awak tak faham saya cakap bahasa melayu bukan cina" dengan tiba-tiba suara fara meninggi dan penumpang lain turut tergamam dengan tindakan fara, "er fara hee, ok ok, kalau saya, saya akan pilih kebahagiaan dia" aku pun tak tahu apa yg aku cakapkan, fara terdiam seketika.
"awak tau ke kebahagiaan yg macam mana seorang wanita inginkan, awak rasa awak mampu ke beri kebahagiaan kalau awak sendiri tak tau kebahagiaan yg macam mana seorang wanita inginkan" dengan nada yg perlahan fara berkata, tiba-tiba aku lihat airmata fara berlinang, aku semakin buntu aku tak tahu nak buat apa, "fara awak ok, awak mungkin betul, saya memang tak tau kebahagiaan yg macam mana seorang wanita inginkan" fara hanya diam kembali.
masa semakin pantas berlalu, dengan hujan yg semakin lebat, kami menuju ke pantai timur dengan tanpa hala tuju yg pasti, aku terpaksa menemani fara mana mungkin aku sanggup biarkan gadis seperti fara bersendirian, ketika ini mungkin aku sudah di buang kerja oh tidak, aku masih tak faham dengan soalan fara tadi, persoalan ni semakin bersarang di benak fikran ku.
3 jam kemudian.
"fara awak ada plan apa-apa ke" soal ku dengan perlahan, "zaf saya mintak maaf sebab dah susahkan awak, saya tak ada kawan lain yg boleh saya percaya selain awak, saya tak tau" aku hanya terdiam mendengar kata-kata fara tadi, oh ye mungkin aku patut ajak fara kawin dan bina hidup bahagia di pantai timur, ohh giler dah mula nak berangan -___-" mana mungkin, perjalanan kami hampir tiba, fara masih lagi dengan pena dan kertasnya, walaupun kami kawan rapat tapi bagi aku fara amira natasya seperti asing dan misteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan