Sabtu, 8 Disember 2012

Kegagalan, seungkap kata seorang anak lelaki.


Chapter One.

Mungkin azizie tak pernah terbayang akan ada hari yang teramat sedih muncul dalam hidupnya, march 2010 azizie mendapat berita akan pertunangan norul imani, tidak ada apa-apa yang mampu di bayanginya selain kesedihan dan kesakitan, penantian dan impian yg di harap musnah begitu sahaja, azizie berdiri di balkoni kondo yang tinggi sambil merenung jauh ke bawah, terfikir sejenak untuk terjun ke bawah agar segala kesakitan yang di rasa lenyap bersama, azizie lantas mencapai mp3 recorder lalu di tekan punat button merahnya, 

semua dah berkhir, mungkin benar apa yang kau bagitau dulu, cinta tak semestinya dimiliki, aku cuba menerima dengan redha dan pasrah, tapi aku tak berdaya, aku tak pernah kenal kebahgiaan sebelum ku kenal kau, setiap saat aku menanti kau, setiap malam aku menanti agar kau muncul walau dalam mimpi” 

azizie terhenti seketika, fikirannya menjadi kosong, tiba-tiba dia teringat kali terakhir dia berjumpa dengan norul setiap bait-bait ayat yang dilafaz norul segar di ingatan, 

zie, dengar sini norul tak boleh terima zie, norul sayangkan zie, sebagai seorang sahabat, norul janji akan sentiasa jadi sahabat zie norul akan jaga zie sebagai seorang sahabat, tapi norul nak zie tolong norul, jaga diri zie tuk norul, norul cuma harap zie faham dengan situasi norul, zie apa yang norul belajar dan faham cinta tak semestinya dimiliki, norul harap zie pun faham dan belajar, walaupun norul tak dapat jaga zie, tapi norul percaya zie akan tunaikan permintaan norul, teruskan hidup cari kebahgiaan zie, maafkan norul, kita akan jadi sahabat.” 

Itulah hari terakhir azizie melihat wajah norul, setelah bertahun berlalu akhirnya khabar pertunangannya tiba, walaupun azizie sedar yang hari ini akan tiba jua, namun melawan perasaan cinta bukanlah semudah yang di sangka, “norul aku akan tunaikan janji aku” dan azizie terus mematikan recordernya, sejenak dia termenung melihat akan keindahan malam yang bersinar,

“malam sungguh ceria, bintang berseri tapi sayang hatiku mati” 



airmata terus berlinangan, coke dan sepapan panadol menjadi teman, malam itu menjadi permulaan bagi azizie.
rasa kecewa dan hampa, membawanya kepada kebencian, tidak ada lagi rasa sayang atau cinta apatah lagi ingin berkasih walau terkadang jelas terpancar di mata azizie yang dia perlukan kasih sayang seorang wanita, namun dia tetap gagahkan dirinya untuk membutakan hatinya, seakan dia hilang rasa sebagai seorang manusia biasa, dia menjalani kehidupan hariannya sama seperti sediakala tapi tiada siapa yang mengerti akan dirinya dia tersenyum dia tertawa namun di sebaliknya penuh dengan seribu duka, setiap malam dia menahan matanya dari terlena kerana bimbang akan dengan mimpi, yang suatu ketika dahulu itulah yang di nantinya, mimpi akan kehadiran norul, hakikatnya azizie hanya hidup dalam kenangan dan dunia fantasynya yang kadang di tambah dengan beberapa situasi itulah sahaja cara bagaimana dia mampu membuat dirinya tersenyum walau dalam tangisan, setahun kemudian selepas pertunangan norul seperti yang di jangka, majlis perkahwinan norul bakal berlangsung, norul mengundang azizie untuk menghadiri majlisnya, namun siapalah azizie, mana mungkin dia mampu berdiri melihat orang yang paling di cintainya duduk bersanding di pelamin yang indah, azizie mencari alasan yang kukuh agar tidak menghadiri majlis perkahwinan norul, pada perkahwinan norul, azizie pergi ke luar Bandar atas urusan tertentu, hari demi hari terus berlalu, dia juga terus meyakini dirinya agar melupakan norul, dan mencari peganti, namun rasa benci lebih menguasi dirinya kerana takut dengan cinta dia mula membenci cinta, azizie mula menjadi seorang perampas kekasih orang walau gadis itu tidak pernah di cintanya, azizie mula mempermainkan perasaan sesiapa sahaja yang terpikat dengannya, tanpa di sedari azizie telah menyakiti terlalu banyak hati, kerana satu hati banyak hati yang menjadi mangsa, tidak pernah ada sedikit pun rasa sayang atau kasihan, kadang-kadang dia menangis sendirian azizie menyadari bukan itu yang di mahukannya, kadang dia mahu  dan cuba mengubah apa yang salah, dia ingin memperbetulkan keadaan yang semakin terpesong jauh dari apa yang di perjuangkan selama ini, dia hampir lupa akan dengan pesanan dan janjinya kepada norul, dia seakan hilang kepercayaan pada semua orang, tidak ada kawan sahabat, tidak ada sesiapa untuk dia meluahkan segalanya, terpendam tanpa siapa yang tahu, dia percaya tidak ada sesiapa yang mampu memahami, dirinya sendiri dia tidak percaya apakah lagi orang lain.

azizie sedar yang dirinya di benci oleh ramai orang, ramai juga di kalangan teman-temannya, mereka hanya membenci tanpa bertanya kenapa. "aku tak pernah minta sesiapa untuk memaafkan aku, aku cuma harap agar satu hari nanti ada yang memahami"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan