Isnin, 10 Disember 2012

Van Persie bantu Manchester United tundukkan city



LONDON: Pertembungan musuh tradisi lewat malam tadi menyaksikan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, Manchester United berjaya menundukkan penyandang juara EPL musim lalu Manchester City 3-2 dalam perlawanan di Stadium Etihad.Manchester United bermula garang selepas mendahului 2-0 hasil jaringan Wayne Rooney pada minit ke-16 dan 29 separuh masa pertama.Sebaik saja babak kedua bermula, Manchester City lebih banyak menyerang dan akhirnya berjaya mendapatkan gol pertama pada minit ke-60 hasil jaringan Yaya Toure.Perlawanan menjadi semakin sengit apabila Pablo Zabaleta menyamakan kedudukan pada minit ke-86.


Bagaimanapun, kegembiraan pasukan tuan rumah tidak kekal lama apabila penyerang sensasi Manchester United, Robin Van Persie menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90 hasil lencongan cantik sepakan percuma yang berjaya menewaskan penjaga gol Manchester City, Joe Hart.Keputusan itu meletakkan Manchester United di depan dengan kelebihan enam mata berbanding pencabarnya, Manchester City dengan mata keseluruhan berjumlah 33 daripada 16 perlawanan. - bernama.


kedudukan terkini :D Man Utd masih mengungguli carta :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan