Sabtu, 15 Februari 2014

Kami Anti Valentine's Day



Apa ada pada valentine? sehingga begitu ramai umat islam yg begitu girang ingin meraikan sambutannya? sambutannya pula berupakan maksiat? salah siapa pula? bukan hendak mencari salah siapa atau menuding jari, bagi aku MediaMasalah yg bertanggungjawap menyebarkan Valentine's Day seolah mendidik para remaja mengenali Valentine sebagai Sambutan Hari kekasih yg bertemakan universal, bukan keagamaan?

even aku sendiri pun terdidik dengan sambutan Valentine adalah sekadar sambutan hari kekasih, kerana sebaran di mediamasa yg meluas terutama TV. tanpa mengetahui hukum hakamnya.

tanyalah remaja hari ini, berapa ramai yg tahu sejarah Valentine? majoriti hanya tau ianya sambutan hari kekasih? tetapi disebaliknya?

Sejak zaman dahulukala kita telah hidup dalam masyarakat yg berbilang bangsa dan agama, jadi perlulah agar kita sama-sama menjaga sensitiviti agama masing-masing.

Anti Valentine ialah bermaksud kami umat islam mengharam sambutan hari Valentine kepada umat islam, Kita sedia maklum Valentine merupakan upacara Ritual keagamaan Pengganut kristian.

sepertimana yg jelas di dalam hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منهم    
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”

Wallahualam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan